omniture

Nitto Denko Avecia Inc. Melantik Presiden Baharu

Nitto Denko Avecia Inc.
2024-04-28 02:58 8

MILFORD, Mass., 28 April 2024 /PRNewswire/ -- Nitto Denko Avecia Inc. dan Nitto Denko Avecia Pharma Services (Nitto Avecia), oraganisasi peraju global dalam pembangunan kontrak dan pengilangan oligonukleotida untuk pasaran terapi, mengumumkan Presiden Baharu Nitto Avecia pada hari ini. Tammy Cooper akan memegang jawatan ini akan bermula pada 21 Jun 2024. Pada masa ini, Cik Cooper merupakan Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan dan Pengurusan Projek bagi Nitto Avecia. Sebagai Presiden, beliau akan melaporkan kepada Yoshihiko Terada yang akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Nitto Avecia. Mereka akan menggantikan Presiden syarikat semasa, Seiji Fujioka, yang akan terus berkhidmat sebagai Presiden sepanjang tempoh peralihan ini. Encik Fujioka akan terus sebagai Naib Presiden Eksekutif Korporat Nitto Denko Corporation (Nitto Denko) yang mengendalikan Wilayah Asia Selatan Nitto Denko termasuk India dan Oceania, selepas 21 Jun 2024.

Encik Terada telah berkhidmat dengan Nitto Denko selama sembilan tahun dan beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Staf di Nitto Avecia serta Naib Presiden Korporat Nitto Denko. Sebelum menyertai Nitto Denko, Encik Terada pernah memegang jawatan yang penting dalam industri farmaseutikal dan perundingan pengurusan.

Cik Cooper pula mempunyai latar belakang yang meluas dalam bidang farmaseutikal, beliau telah memulakan kerjaya beliau sebagai Ahli Kimia Formulasi Pembuatan bagi molekul kecil. Menyertai Nitto Avecia pada 19 tahun yang lalu dan beliau telah memegang pelbagai peranan yang mempunyai tanggungjawab dalam pemasaran, pembangunan perniagaan dan pengurusan projek. Yang paling terkini, beliau telah berkhidmat sebagai Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan, dan memainkan peranan penting dalam pasukan kepimpinan Nitto Avecia semasa tempoh pertumbuhan yang pesat terkini syarikat tersebut.   

"Saya amat berbesar hati untuk berkhidmat sebagai presiden wanita pertama untuk Nitto Avecia. Saya terinspirasi oleh peluang yang tidak terbatas di hadapan syarikat kami dan kesungguhan, ketabahan serta komitmen para pekerja kami. Melalui budaya inovasi kami, kami akan terus membawa pembangunan dan pembuatan oligonukleotida ke puncak kejayaan yang baru," ulas Cik Cooper.

Encik Terada turut mengulas, "Terdapat pandangan yang sangat positif bagi pasaran oligonukleotida dengan peluang besar bagi Nitto Avecia dan Nitto Avecia Pharma Services untuk bekerjasama dengan pelanggan kami dalam pembangunan farmaseutikal yang mengubah dan menyelamatkan nyawa. Saya berharap untuk terus bekerja dengan pasukan yang luar biasa ini sambil menyumbang kepada pesakit dan pasaran oligonukleotida."

Encik Terada dan Cik Cooper akan ditempatkan di ibu pejabat Nitto Avecia di Milford, MA.

PERIHAL TENTANG NITTO DENKO AVECIA INC. 
Nitto Denko Avecia Inc. merupakan syarikat peneraju yang diiktiraf dalam perkhidmatan pembangunan dan pengilangan terapi oligonukleotida dengan kemudahan syarikat bertempat di Milford, MA, dan Cincinnati, OH, serta Nitto Avecia Pharma Services di Irvine, CA yang merangkumi keperluan praklinikal hingga komersial. Syarikat tersebut telah menghasilkan lebih daripada 1,200 jujukan oligonukleotida dan membangunkan portfolio fasa akhir yang luas dan merupakan Organisasi Pembangunan Kontrak dan Pembuatan pertama yang menawarkan penyelesaian oligonukleotida menyeluruh dari hujung ke hujung. Maklumat lanjut: www.Avecia.com.

PERIHAL TENTANG NITTO DENKO CORPORATION
Organisasi ini telah ditubuhkan pada tahun 1918, Nitto merupakan pengeluar bahan Jepun yang terkemuka, menawarkan lebih daripada 13,500 produk industri yang berbeza kepada lebih daripada 70 bidang perniagaan seperti elektronik, automotif, ekologi dan sains hayat. Nitto Denko memberi komitmen untuk berinovasi dengan berorientasikan kepada pelanggan. Slogan jenama "Inovasi untuk Pelanggan," Nitto Denko "berhasrat untuk menjadi sebuah Syarikat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus utama yang penting yang sentiasa memberikan keajaiban dan inspirasi." Maklumat lanjut: www.Nitto.com

Untuk maklumat tambahan, sila hubungi:

Keri Dufault, Pengarah Kanan, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, Nitto Denko Avecia Inc. keri.dufault@nitto.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/2398216/4672922/MAV_Logo_copy__002_Logo.jpg

Source: Nitto Denko Avecia Inc.
Related Stocks:
OTC:NDEKY Tokyo:6988
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Personnel announcements