omniture

BIO-LiFE Herbalmeds melancarkan kempen "The Power of Sleep" untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk sihat sentiasa dengan menjaga tidur mereka

Herbalmeds
2024-04-30 16:33 3

Herbalmeds bekerjasama dengan Watsons Malaysia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama pengguna untuk meningkatkan kualiti tidur mereka

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- 9 daripada 10 rakyat Malaysia sejak dewasa ini mengalami masalah untuk tidur[i], dan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti amat susah untuk kebanyakan orang. Dengan jadual kerja seharian yang sibuk dan juga kehidupan seharian yang hiruk-piruk, ramai orang mendapat jumlah tidur yang kurang dan tidak memuaskan. Kesan kekurangan tidur lebih daripada berasa penat sahaja – ianya boleh menyebabkan kesan-kesan yang serius terhadap kesejahteraan anda dan menyebabkan penyakit-penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan juga boleh memberi impak kepada kesihatan mental anda[ii].

Dalam perbincangan panel yang diunjurkan sempena acara Herbalmeds – The Power of Sleep, Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail, Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia, berkongsi bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah kardiovaskular dan kesihatan lain dalam jangka masa panjang, manakala Cik Bharati Suresh Chand, Pakar Perunding Farmasi, Kesejahteraan Korporat & Jurulatih Kesihatan Mental berkata masalah kekurangan tidur dan relaksasi boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup yang  seimbang.
Dalam perbincangan panel yang diunjurkan sempena acara Herbalmeds – The Power of Sleep, Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail, Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia, berkongsi bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah kardiovaskular dan kesihatan lain dalam jangka masa panjang, manakala Cik Bharati Suresh Chand, Pakar Perunding Farmasi, Kesejahteraan Korporat & Jurulatih Kesihatan Mental berkata masalah kekurangan tidur dan relaksasi boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup yang seimbang.

Tekanan dan kebimbangan di dalam kehidupan seharian sudah menjadi lumrah di dunia yang kian sibuk ini. Emosi-emosi ini boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk rasa tenang dan berehat. Ini akan membawa kepada kesukaran untuk melakukan tugas dan mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti. Ianya juga boleh menyumbang kepada situasi di mana seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup dan menghasilkan tekanan yang berterusan sepanjang hari. Kunci untuk memecahkan kitaran ini adalah untuk tenangkan minda dan mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak, MEGA BiO-LiFE, sebuah syarikat kesihatan terkemuka di Malaysia dengan rangkaian produk kesihatan yang dibina berdasarkan ujian saintifik, telah melancarkan sebuah kempen bertajuk "The Power of Sleep."

Kempen ini bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya relaksasi untuk menjamin tidur yang bagus, kesannya terhadap tubuh manusia sambil menjemput rakyat Malaysia untuk meningkatkan kesihatan mereka dengan tidur yang berkualiti. Sebuah panel diskusi sekitar tajuk "The Power of Sleep" telah dianjurkan untuk membincangkan isu susah untuk tidur dan cara-cara untuk mengatasinya, yang dihadiri ahli-ahli panel terkemuka seperti Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail, Presiden Persatuan Permasalahan Tidur Malaysia dan Bharati Suresh Chand, Ahli Farmasi Perunding, Pelatih Kesejahteraan Korporat dan Kesihatan Mental.

Kempen ini juga adalah pelancaran rasmi produk Herbalmeds Calmee dan Herbalmeds Valerian Extract bersama-sama Watson Malaysia, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia. Produk Herbalmeds Calmee boleh didapati secara eksklusif di Watsons. Keseluruhan kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan ketenangan minda dan mencapai tidur yang bagus dan berkualiti, melambangkan komitmen Herbalmeds untuk memacu inisiatif-inisiatif sosial yang membantu rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Herbalmeds dan Watson akan bersama-sama menjalankan beberapa aktiviti untuk menanam kepentingan  kualiti tidur dan juga relaksasi untuk warga Malaysia. Informasi tambahan mengenai aktiviti-aktiviti ini akan diumumkan melalui laman sosial Watsons dan BiO-LiFE.

"Kekurangan tidur adalah sesuatu yang ramai orang di seluruh dunia berkait rapat,  disebabkan oleh banyak faktor-faktor luaran. Kami ingin berhubung dengan rakyat Malaysia yang menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan memberitahu mereka bahawa kami memahami perjuangan mereka. Herbalmeds by BiO-LiFE ingin membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka melalui bahan-bahan semula jadi, dan kempen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membantu orang ramai menerima rutin tidur yang sihat dan menjalani kehidupan yang sihat," kata Balaji Rajagopal, Pengurus Besar Mega Lifesciences & BiO-LiFE Marketing Sdn. Bhd. untuk Malaysia dan Singapura.

Bharati Suresh Chand pula berkata, "Mempunyai keadaan fikiran yang santai adalah penting untuk mendapat rehat yang baik dan menjalani gaya hidup sihat. Dalam kehidupan kita yang sibuk, pelbagai faktor menyebabkan kebimbangan dan ketegangan, menjejaskan emosi kita. Melakukan aktiviti-aktiviti seperti meditasi, meluangkan masa dengan alam semula jadi, atau melakukan hobi, dapat membantu kita kekal tenang dan santai yang membawa kepada tidur yang baik dan berkualiti. Mengekalkan ketenangan dan santai juga boleh meningkatkan tumpuan dan produktiviti kita. Saya memuji seruan kempen ini untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka dengan memastikan mereka mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti."

Sambil kita mengharungi hiruk-pikuk kehidupan seharian, ianya adalah mudah untuk mengabaikan kepentingan relaksasi dan tidur yang berkualiti. Herbalmeds menjemput anda untuk menjaga kesihatan anda dan meningkatkan kualiti tidur anda.

Untuk mengikuti perkembangan kempen The Power of Sleep dan aktiviti penglibatan pengguna Herbalmeds, ikuti halaman Instagram BiO-LiFE di www.instagram.com/biolifemy/ dan 'like' laman Facebook mereka di www.facebook.com/biolifemarketing/.

Mengenai BiO-LiFE

BiO-LiFE Marketing Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang telah berada di Malaysia selama 30 tahun. Ia mempunyai pasukan yang terdiri dari Pakar Pemakanan, Biokimia, Teknologi Makanan dan Pakar Mikrobiologi yang membantu membawa produk yang berkaitan kepada pengguna.  BiO-LiFE telah menjadi sebahagian daripada Mega Lifesciences sejak pengambilalihannya pada November 2016. Mega Lifesciences ialah salah satu syarikat farmaseutikal dan nutraseutikal terkemuka yang beribu pejabat di Bangkok dan disenaraikan secara terbuka sejak 2014. Mega Lifesciences juga terlibat secara aktif dalam membantu berjuta-juta orang mendapat akses kepada pemakanan tambahan & herba yang selamat dan berkualiti. Ditubuhkan pada tahun 1982, Mega Lifesciences terlibat dalam pembuatan, pemasaran, penjualan dan pengedaran Ubat melalui pejabatnya dan rangkaian pengedar yang luas.

Untuk informasi mengenai Herbalmeds, layari www.biolife.com.my.

Source: Herbalmeds
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Mental Health Retail New products/services