omniture

Xinhua Silk Road: Shaanxi Blower Group China membuat penampilan cemerlang di Hannover Messe 2024

Xinhua Silk Road
2024-04-30 22:33 14

BEIJING, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- Hannover Messe 2024, sebuah pameran industri antarabangsa, telahpun diadakan dari hari Isnin hingga Jumaat di Hanover, Jerman.

Photo shows that the exhibition booth of Shaanxi Blower (Group) Co., Ltd at the Hannover Messe 2024 held from April 22 to 26 in Hanover, Germany. (Source: Shaangu)
Photo shows that the exhibition booth of Shaanxi Blower (Group) Co., Ltd at the Hannover Messe 2024 held from April 22 to 26 in Hanover, Germany. (Source: Shaangu)

Pameran pada tahun ini menarik minat hampir 4,000 peserta pameran dari kira-kira 60 negara dan wilayah, yang melaluinya peserta pameran Cina menyumbang sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Di pameran ini, Shaanxi Blower (Group) Co., Ltd (ringkasnya "Shaangu") mempamerkan model yang dinamakan "pulau saling hubung tenaga pintar jimat-tenaga rendah-karbon".

Model ini bergantung kepada sistem kawalan pusat dan peralatan penukaran tenaga bagi mencapai penjadualan buatan khas bagi sejuk, haba, angin, air, elektrik dan bahan buangan dalam senario seperti pentadbiran perbandaran dan taman perindustrian, seterusnya mencapai matlamat pengurangan emisi karbon, kata Fan Xiaolong, pengarah eksekutif Shaangu Europe Research and Development Co., Ltd.

Shaangu telah mengalami transformasi daripada pengeluar tradisional kepada penyedia penyelesaian dan perkhidmatan sistem dalam bidang tenaga teragih, dengan sejarah selama lebih 50 tahun.

Syarikat ini menyediakan penyelesaian hijau dan pintar kepada ramai pengguna dalam bidang-bidang seperti industri kimia, metalurgi, perlindungan alam sekitar dan penyimpanan tenaga udara dengan sistem tenaga teragih hijau diinovasikan secara bebas.

Syarikat ini memiliki produk teras dengan hak harta intelek bebas, seperti pemampat aliran paksi, turbin wap perindustrian dan teknologi penyimpanan tenaga udara termampat, yang telah dijual kepada lebih daripada 100 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Shaangu merupakan peneraju industri termaju dan wakil tipikal bagi transformasi daripada pembuatan peralatan tradisional kepada penyelesaian sistem serta penyediaan perkhidmatan dalam bidang tenaga teragih, kata Yu Zhongchi, presiden China Machinery Enterprise Management Association.

Ditubuhkan pada tahun 1947, Hannover Messe dikenali sebagai "barometer" pembangunan teknologi industri global dan merupakan salah satu pameran industri yang paling berpengaruh di dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/339949.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Trade show news