omniture

Forum Kesihatan Digital Dunia 2024: AI di Barisan Hadapan Inovasi Penjagaan Kesihatan

Tsinghua University
2024-05-02 21:58 14

BEIJING, 2 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Tsinghua University dan rakan-rakan kongsinya, Forum Kesihatan Digital Dunia 2024 muncul sebagai asas kepada Hari Tema AI Forum ZGC. Diadakan di Daerah Haidian yang berpusatkan teknologi di Beijing, acara ini menarik minat lebih 700,000 hadirin dalam talian dari seluruh dunia. Forum ini merupakan kolaborasi bersama Kerajaan Rakyat Daerah Haidian, Chinese Institute of Electronics, Tsinghua University School of Clinical Medicine dan Persatuan Penggalakan Industrialisasi Sains dan Teknologi, menonjolkan inovasi rintis dan memupuk perkongsian global bagi meningkatkan kesejahteraan pesakit.

From left: Jiahong Dong, Dean, Tsinghua School of Clinical Medicine; Anke Diehl, Chief Transformation Officer, University Hospital Essen; Chi-Chih Yao, Dean, Tsinghua Institute for Interdisciplinary Information Sciences, 2000 Turing Award winner; Hongwei Wang, Vice President, Tsinghua University; Mustafa Shehu, President, World Federation of Engineering Organizations; Jie Qiao, EVP, Peking University; Xunming Ji, VP, Capital Medical University; Tien Y Wong, Director, Tsinghua School of Medicine.
From left: Jiahong Dong, Dean, Tsinghua School of Clinical Medicine; Anke Diehl, Chief Transformation Officer, University Hospital Essen; Chi-Chih Yao, Dean, Tsinghua Institute for Interdisciplinary Information Sciences, 2000 Turing Award winner; Hongwei Wang, Vice President, Tsinghua University; Mustafa Shehu, President, World Federation of Engineering Organizations; Jie Qiao, EVP, Peking University; Xunming Ji, VP, Capital Medical University; Tien Y Wong, Director, Tsinghua School of Medicine.

Forum ini mempersembahkan barisan penceramah yang mengagumkan, setiap orang menyumbang pandangan unik tentang landskap kesihatan digital yang semakin berkembang. Antara mereka yang terkenal ialah Dong Jiahong, Presiden Jawatankuasa Akademik di Tsinghua University School of Clinical Medicine dan Andrew Chi-Chih Yao, Dekan Institut Sains Maklumat Antara Bidang di Tsinghua University serta penerima Anugerah Turing 2000. Ucapan daripada Mustafa Shehu, Presiden World Federation of Engineering Organizations dan Martin Taylor, Wakil WHO di China, memperkayakan perspektif keseluruhan yang dibentangkan di Forum ini. Dihadiri oleh 19 ahli akademik dan 70 dekan, acara ini mendorong perbincangan yang ekstensif mengenai masa depan penjagaan kesihatan dalam era yang semakin dibentuk oleh AI.

Kemuncak Forum ini ialah pelancaran "Indeks Kesihatan Bandar Tsinghua" yang menyediakan penilaian komprehensif tentang perkhidmatan kesihatan merentas 296 bandar Cina, mewujudkan penanda aras baharu dalam metrik kesihatan untuk membantu perancangan kesihatan kerajaan dan wilayah. Di samping itu, "Deklarasi Forum Kesihatan Digital Dunia" telahpun diratifikasikan, meletakkan rangka kerja kukuh untuk akses sejagat kepada penjagaan kesihatan dan menekankan kepentingan kolaborasi, piawaian etika dan perubahan berpacukan inovasi dalam amalan penjagaan kesihatan global.

Dialog Utama, iaitu segmen yang penting dalam Forum ini, menghimpunkan pemimpin daripada universiti-universiti ulung untuk membincangkan tentang memajukan kuasa produktif yang baharu dan membina sistem pemupukan bakat perubatan yang tangkas. Semasa sesi ini, Tsinghua University mengetengahkan rancangannya untuk membangunkan sistem pendidikan bersepadu yang menghubungkan hospital, sekolah perubatan dan institusi penyelidikan. Pendekatan ini bermatlamat untuk memupuk pelajar yang bukan sahaja mahir dalam kolaborasi antara disiplin, tetapi juga memiliki asas nilai kemanusiaan yang mendalam. Dialog ini meneroka impak transformatif AI dan teknologi digital dalam meningkatkan ketepatan diagnostik dan keberkesanan rawatan. Mereka menumpukan khususnya potensi untuk teknologi ini mengupayakan bimbingan perubatan masa nyata, jarak jauh di kawasan-kawasan dengan sumber perubatan yang terhad, lalu meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan yang seimbang di seluruh negara. Di samping itu, ahli-ahli panel menegaskan kepentingan mengekalkan pendekatan yang beretika dan berpusatkan pesakit dalam membangunkan dan menerima pakai teknologi kesihatan digital. Mereka menyokong sistem dinamik yang dapat membawa penyesuaian kepada keperluan pesakit yang semakin berkembang sepanjang hayat mereka.

Forum Kesihatan Digital Dunia 2024 memudahkan perbincangan peringkat tinggi dan memangkinkan inovasi masa depan dalam lingkungan kesihatan digital. Ia bermatlamat untuk memajukan industri kesihatan digital, mengintegrasikan teknologi digital dengan sains kesihatan dan hayat serta memupuk pembangunan baharu dalam kerjaya kesihatan. Dengan berbuat demikian, ia berusaha untuk meningkatkan hasil kesihatan global dan menyumbang kepada kesejahteraan kolektif masyarakat di seluruh dunia.

Pertanyaan Media: 

Pejabat Komunikasi Global, Tsinghua
overseas@tsinghua.edu.cn

 

 

Source: Tsinghua University
Keywords: Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Higher Education Artificial Intelligence