omniture

Pameran dan Sidang Kemuncak Future Energy Asia 2024 bagi Menyokong Kebingkasan Iklim Benua dan Memajukan Peralihan Tenaga Asia

dmg events Asia Pacific Pte Ltd
2024-05-08 20:21 13
  • Berlangsung pada 15-17 Mei di Bangkok, acara ini akan menumpukan kepada keperluan mendesak untuk sekuriti tenaga dan kemampanan di Asia, yang mencatatkan purata suhu kedua tertinggi bagi tahun 2023
  • Di bawah naungan Kementerian Tenaga Thai, acara ini akan menghimpunkan lebih 22,000 peserta, 2,500 delegasi, 600 penceramah dan 350 syarikat pempamer untuk membentuk dialog peralihan tenaga
  • Penceramah ucaptama, pegawai kerajaan dan pemimpin industri akan membincangkan peranan Asia yang semakin berkembang dalam kepimpinan iklim global dan penggunaan penyelesaian tenaga mampan
  • Menyelaraskan penghasilan tenaga dengan inovasi, Future Energy Asia akan menunjukkan laluan untuk Asia bagi mencapai peralihan yang adil, inklusif serta berdaya maju dari segi ekonomi menuju emisi sifar bersih

BANGKOK, 8 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Dengan purata suhu di seluruh Asia mencapai rekod tertinggi pada tahun lalu, agenda untuk Pameran dan Sidang Kemuncak Future Energy Asia 2024 akan datang bakal membantu memainkan peranan penting dalam mendayakan tenaga yang boleh dicapai, berpatutan, mampan dan andal untuk semua, yang amat penting untuk memerangi perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar yang selanjutnya.

Future Energy Asia Exhibition and Summit 2024
Future Energy Asia Exhibition and Summit 2024

Berpuluh-puluh ribu pakar tenaga, ahli politik, pembuat keputusan industri dan penginovasi dari seluruh dunia akan berhimpun di acara ini, berlangsung di Pusat Konvensyen Kebangsaan Ratu Sirikit di Bangkok, Thailand pada 15-17 Mei 2024, yang melaluinya dasar kerajaan Asia-Pasifik, peluang pelaburan, dinamik pasaran dan inovasi teknologi, akan menjadi agenda.

Pameran dan Sidang Kemuncak Future Energy Asia akan dibuka dengan ucaptama mengenai langkah ke hadapan oleh Asia menuju keneutralan karbon dan peralihan kepada mobiliti elektrik daripada Menteri Tenaga Thailand dan Timbalan Perdana Menteri T.Y.T. Pirapan Salirathavibhaga.

Memerangi perubahan iklim dengan mempercepatkan peralihan tenaga bersih benua ini bersangkut-paut terutamanya berdasarkan kepada laporan "Keadaan Iklim di Asia 2023" ("State of the Climate in Asia 2023") Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) baru-baru ini yang menyatakan bahawa min suhu di seluruh Asia pada tahun 2023 merupakan yang kedua tertinggi yang dicatatkan. Banyak negara Asia menyaksikan cuaca ekstrem memecah rekod sepanjang tahun tersebut, seperti Jepun, yang mengalami musim panas paling hangat yang pernah direkodkan.

Program persidangan komprehensif Pameran dan Sidang Kemuncak Future Energy Asia termasuk Sidang Kemuncak Strategik, Persidangan Teknikal, Forum Pengawal Selia Tenaga, Forum Suruhanjaya Kawal Selia Tenaga, Sidang Kemuncak Strategik Future Mobility Asia dan Persidangan Teknikal Future Mobility Asia yang kedua-duanya akan melanjutkan dialog penting berkisarkan sumbangan Asia kepada peralihan tenaga global dan memberi perhatian kepada usaha penyahkarbonan rantau ini yang berterusan.

Penceramah-penceramah terkenal di Sidang Kemuncak Strategik termasuk:

  • Dr. Sompop Pattanariyankool, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Tenaga, Kerajaan Thailand
  • Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak
  • Wuttikorn Stithit, Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Perniagaan Petroleum dan Gas Huluan, PTT Public Company Limited
  • Dwi Soetjipto, Pengerusi, SKK Migas
  • James Ung, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Sarawak Energy
  • Dr Harald Link, Pengerusi, B.Grimm
  • Suresh Manglani, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Adani Gas
  • Alan Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pavilion Energy

Hadirin Future Energy Asia juga boleh mendapat pemahaman daripada tinjauan bekalan pasaran jangka sederhana hingga panjang daripada Anatol Feygin, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Komersial, Cheniere Energy, salah satu pembekal tenaga yang terbesar di dunia.

Ditempatkan bersama Future Energy Asia, Sidang Kemuncak Strategik Future LNG Asia turut dianjurkan untuk menghimpunkan perspektif kritikal mengenai peranan gas asli cecair (LNG) sebagai alternatif tenaga lebih bersih, yang melaluinya pemimpin kuasa dan utiliti Asia yang berpandangan jauh akan menjelaskan visi, strategi dan keutamaan peralihan tenaga mereka. Rangka kerja acara ini bertujuan untuk memangkinkan strategi komprehensif dalam seluruh landskap tenaga, menekankan hasil praktikal dan pandangan yang boleh diambil tindakan sebagai respons kepada turun naik, keandalan dan kemampuan harga LNG baru-baru ini.

Semasa sidang kemuncak ini, Wuttikorn Stithit, Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Perniagaan Petroleum dan Gas Huluan PTT Public Company Limited, akan memperkenalkan hala tuju pelaburan firma ini dalam infrastruktur gas, LNG dan mobiliti elektrik, diikuti oleh perbincangan mengenai strategi inovasi dan pengelektrikan Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT).

Antara empat zon pameran acara ini, dua daripadanya mempunyai perkaitan khusus kepada kebingkasan iklim dan peralihan tenaga. Zon Climatetech akan memaparkan kemajuan digital yang terkini dan strategi penyahkarbonan di peringkat global yang akan membantu pematuhan industri ini terhadap mandat tenaga dan alam sekitar, menarik minat pelabur, pakar teknikal dan entiti kerajaan. Zon Boleh Baharu akan mempamerkan syarikat-syarikat yang menawarkan inovasi solar, angin, hidrokuasa dan biojisim, produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang merevolusikan projek tenaga boleh baharu rantau ini.

Dianjurkan secara bersama oleh PTT Group serta EGAT dan disokong oleh penaja utama ADNOC dan PTTEP, Pameran dan Sidang Kemuncak Future Energy Asia 2024 akan mempamerkan inovasi rintis dan rangka kerja dasar yang akan membimbing peralihan menuju emisi sifar bersih. Menerusi barisan penceramah yang terkemuka, sidang kemuncak strategik komprehensif dan sokongan daripada syarikat-syarikat gergasi industri, acara ini dijangka akan mencapai kemajuan yang signifikan ke arah masa depan yang lestari. Bangkok akan menjadi tempat tumpuan di mana cabaran rantau ini bertemu penyelesaian global, menekankan peranan penting Asia dalam mengemudi dunia ke arah laluan tenaga yang lebih bersih, lebih andal dan mampan.

Latar belakang acara

15-17 Mei 2024
QSNCC, Bangkok
www.futureenergyasia.com 

Penganjuran serentak Sidang Kemuncak Strategik Future Energy Asia, Future Mobility Asia dan Future LNG Asia mewujudkan platform yang kritikal untuk memacu peralihan tenaga di Asia dan seterusnya. Rangka kerja acara bersepadu ini memangkinkan strategi komprehensif merentas landskap tenaga, menekankan hasil praktikal dan pandangan yang boleh diambil tindakan.

Future Energy Asia memimpin dialog, memfokuskan untuk mengintegrasikan teknologi inovatif seperti CCUS dan grid pintar bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan kemampanan. Ia bermatlamat untuk mengukuhkan sekuriti tenaga dan kebingkasan ekonomi, menyediakan persekitaran untuk dasar substantif dan kemajuan infrastruktur.

Future Mobility Asia menumpukan kepada keperluan segera untuk penyelesaian pengangkutan mampan, memperlihatkan kemajuan dalam kenderaan elektrik dan teknologi bahan api hidrogen. Sidang kemuncak ini penting untuk menggalakkan penyahkarbonan dalam sektor mobiliti, sejajar dengan sasaran pengurangan emisi global.

Akhir sekali, Future LNG Asia membawakan perspektif yang kritikal mengenai peranan LNG sebagai alternatif tenaga yang lebih bersih, penting untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu dan menyokong cita-cita sifar bersih rantau ini di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran dan cabaran rantaian bekalan.

Acara-acara ini bersama-sama menyediakan platform yang dinamik untuk pihak berkepentingan menjalin perkongsian, berkongsi penyelesaian inovatif dan membentuk dasar yang akan memajukan usaha global menuju masa depan tenaga yang mampan secara kolektif. Hasilnya akan mempengaruhi pasaran tenaga, membimbing penerimaan teknologi dan memacu kerjasama serantau dan antarabangsa.

Latar belakang penganjur

www.dmgevents.com 

dmg events ialah syarikat pameran dan penerbitan global, ditubuhkan pada tahun 1989 dan beroperasi dengan 13 pejabat di serata dunia. Dengan portfolio luas melibatkan lebih 80 pameran setiap tahun, kami menarik minat lebih daripada 1 juta pengunjung, memberi kedudukan kepada kami sebagai salah satu pengusaha yang terkemuka dalam industri ini. Portfolio global ini bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan utama dalam seluruh industri untuk memudahkan dialog pragmatik, berfungsi sebagai platform untuk perbincangan yang terkini pada barisan hadapan perubahan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dmg events memperluaskan operasi dengan ketara bagi mencapai pertumbuhan yang mengagumkan dalam pasaran baru muncul dan pasaran matang. Dengan acara baharu yang terus dilancarkan untuk membawa penyesuaian kepada keadaan pasaran yang berubah-ubah, berkembang dengan industri, acara secara langsung tetap menjadi titik utama, menyediakan gabungan antara pameran, persidangan, bengkel diperakui, seminar teknikal, kelab dan juga perbincangan meja bulat kepimpinan.

Pendaftaran Media

Sila daftarkan permohonan bagi mendapatkan pas media anda yang memberi akses kepada semua sesi persidangan* dan pameran.

Daftar di sini

Kami tidak sabar-sabar menantikan penyertaan anda di Bangkok untuk mendapatkan gambaran menyeluruh yang bernas mengenai landskap tenaga Asia yang semakin berkembang.

*Tertakluk kepada sekatan dan perubahan

Untuk butiran lanjut mengenai acara ini, sila kunjungi:

Future Energy Asia 

Future Mobility Asia 

Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran media dibuka kepada editor, penerbit, wartawan dan mereka yang boleh menunjukkan bukti bekerja untuk atau dengan outlet media yang diiktiraf, atau sebagai wartawan bebas bertauliah. Semua pendaftaran akan disemak dan penganjur acara berhak menolak kemasukan sekiranya individu tidak memenuhi kriteria media yang diperlukan.

Kami sedang dalam proses untuk mengatur temu bual media semasa acara ini dan berbesar hati mengetahui sekiranya anda berminat untuk hadir dan mengadakan temu bual bersama syarikat dan/atau individu yang mengambil bahagian.

Rothman & Roman bagi pihak dmg events:

DIANA ESTELLA PETER                                        TASHAN KASSEY 
EKSEKUTIF PERHUBUNGAN  AWAM                   PENGARAH AKAUN PERHUBUNGAN AWAM
Rothman & Roman                                                   Rothman & Roman
Tel: +65 8498 9424                                                  Tel: +65 8282 8746
E-mel: diana.estella@rothmanasia.com                   E-mel: tashan.kassey@rothmanasia.com 

 

 

Source: dmg events Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Oil/Energy Utilities