omniture

Acara Pelancaran Produk Inovatif Huawei Diadakan di Dubai, Lancar Pelbagai Produk Blokbuster Baharu

Huawei
2024-05-09 06:43 12

DUBAI, UAE, 9 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pada 7 Mei, di Acara Pelancaran Produk Inovatif Huawei di Dubai, syarikat ini mengumumkan produk boleh pakai, audio dan pejabat pintar baharu yang utama, termasuk HUAWEI WATCH FIT 3 serba baharu, HUAWEI MateBook X Pro yang diolah semula dan dinaik taraf serta tablet pertama Huawei dengan PaperMatte Display generasi terkini, HUAWEI MatePad 11.5"S, antara lain.

Pelancaran produk ini juga amat penting untuk jenama ini, memandangkan ia merupakan kali pertama sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebuah acara bertaraf antarabangsa sebesar ini diadakan, dengan begitu banyak produk dilancarkan secara serentak dalam pelbagai pasaran, menawarkan kepada pengguna bukan sahaja perkakasan baharu yang inovatif, tetapi turut memperkenalkan penyelesaian perisian yang dibangunkan sendiri, seperti aplikasi GoPaint. Berdasarkan kepada pengenalan, Huawei akan turut menumpukan kepada sumbangan yang diberikan oleh HUAWEI XMAGE kepada bidang fotografi melalui inovasi teknologi, memperhalusi produk dan memupuk budaya fotografi mudah alih. Sejurus selepas pelancaran produk ini, kami mengadakan satu lagi acara di sini, di Dubai, yang bertajuk 'A Heartwarming World—12 Years of Huawei Photography' ('Dunia Yang Mendamaikan Hati—12 Tahun Fotografi Huawei').

HUAWEI WATCH FIT 3: Gabungan sempurna antara fesyen, sukan dan teknologi


Slogan "Fashion Forward" merangkumkan intipati peranti boleh pakai Huawei dengan bijak dan dalam masa yang sama usahanya untuk menjamin tempatnya sebagai jenama yang benar-benar berkualiti tinggi. WATCH FIT 3 serba baharu mewarisi reka bentuk segi empat sama klasik model-model FIT terdahulu, manakala bahan dan proses pembuatan, reka bentuk interaksi serta seleksi warna tali jam yang diperluas menunjukkan peningkatan tahap yang menyeluruh. Kesemua inovasi pada elemen reka bentuk ini memberi penambahan kepada realisasi padu konsep "Fashion Squared" Huawei. Paparan terapung AMOLED berdefinisi tinggi, lebih besar berukuran 1.82" membawakan pengalaman visual yang lebih luas dan lebih berciri tiga dimensi. Badan jam tangan aloi aluminium mempunyai tekstur yang bergaya. Nipis, berukuran 9.9 mm dan hanya seberat 26 g, badan jam tangan ini lebih ringan daripada sebiji buah strawberi, menjadikannya kemasukan yang paling ringan dan paling nipis setakat ini dalam sirinya. Dengan rangkaian pilihan warna yang pelbagai dan UX terang yang mengintegrasikan mahkota berputar yang mempesonakan, WATCH FIT 3 bukan sahaja mudah digunakan, ia juga hiasan pada pergelangan tangan yang menggamit perhatian.

Dari segi kecergasan, HUAWEI WATCH FIT 3 bertujuan untuk menjadi jurulatih peribadi terus pada pergelangan tangan pengguna. Aplikasi Stay Fit dinaik taraf dengan teliti. Pangkalan data makanannya telah diperluaskan untuk meliputi dengan lebih baik 50 negara dan wilayah berbeza dan ciri analisis pemakanan baharu telahpun ditambah, bagi membantu pengguna mencapai keseimbangan antara diet dan senaman serta memanfaatkan sains bagi mencapai penurunan berat badan yang lebih sihat. WATCH FIT 3 turut menandakan penampilan sulung cadangan Smart Sports yang mengesyorkan untuk melakukan jenis senaman tertentu untuk tempoh tertentu, berdasarkan kepada tabiat pengguna, keadaan cuaca dan status dering Aktiviti, bagi menggalakkan pengguna untuk membangunkan tabiat yang sihat.

Bagi pemantauan kesihatan, WATCH FIT 3 menampilkan HUAWEI TruSleep™4.0, yang bertambah baik secara komprehensif pada lelaran sebelumnya. TruSleep™4.0 meliputi rangkaian penunjuk fisiologi yang lebih lengkap, sistem skor tidurnya ditingkatkan dan menawarkan interpretasi corak tidur dan nasihat tersuai. Di samping itu, ciri Kesedaran Pernafasan Tidur baharu membolehkan pengguna untuk tidur dengan ketenangan minda yang lebih baik. WATCH FIT 3 turut didatangkan dengan pemantauan penunjuk kesihatan HUAWEI TruSeen™ 5.5 dengan pemantauan kadar degupan jantung 30% lebih stabil. Antara muka SpO2 telah diperbaharui dan pengguna boleh menyemak SpO2 semasa mereka dalam masa sekurang-kurangnya 25 saat.

MateBook X Pro dan MatePad 11.5"S baharu: Alat untuk penciptaan menyeronokkan


Tahun lalu, pada 12 Disember, Huawei mengadakan acara pelancaran produk di Dubai, menumpukan sekitar konsep "Creation of Beauty" ("Penciptaan Keindahan"). Ini menandakan bahawa konsep produk Huawei beralih daripada pejabat pintar kepada penciptaan keindahan, dengan produk disasarkan untuk membantu pengguna menghasilkan ciptaan yang unik dan cantik serta menyerlahkan daya kreativiti dalam diri setiap pengguna.

Versi terbaru HUAWEI MateBook X Pro mewarisi inovasi teknologi, reka bentuk estetik dan pengalaman pintar yang dikodkan jauh ke dalam DNA PC Huawei. Penemuan teknikal membolehkan Huawei membangunkan komputer riba yang ringan dan berkuasa sekali gus. Seluruh peranti ini hanya seberat 980 g dan hanya 13.5 mm tebal. Ia merupakan satu-satunya komputer riba lain dengan pemproses berprestasi tinggi Intel® Core™ Ultra 9 dengan berat kurang daripada 1 kg.

Huawei mengaplikasi inovasi produk yang sistematik kepada MateBook X Pro, bermula daripada elemen peringkat bawah seperti HUAWEI Cloud Falcon Architecture dan sistem pelesapan haba Shark Fin kepada teknologi prestasi adaptif Super Turbo, menghasilkan prestasi berkuasa yang akan menyokong pengguna dengan lebih baik dalam usaha kreatif mereka. Selain membolehkan Huawei menjadikan MateBook X Pro lebih ringan, HUAWEI Cloud Falcon Architecture juga menghasilkan susunan dalaman komputer riba yang lebih kompak, dengan faedah-faedah ketara untuk hayat bateri, pelesapan haba dan penghasilan bunyi. Sistem pelesapan haba Shark Fin dinaik taraf secara komprehsif, walaupun dalam senario beban berat seperti mempersembahkan video 4K atau menyusun kod, perisian akan berjalan lancar sebagaimana biasa. Lelaran terkini Super Turbo memperuntukkan sumber sistem dengan pintar, membolehkan pengguna memulakan dan membuka fail besar pada kelajuan yang pantas dan bertukar-tukar antara tugas dalam milisaat.


Konsep "Penciptaan Keindahan" yang diperkenalkan pada Disember lalu mencapai semacam pengagungan di acara Dubai Huawei baru-baru ini, menerusi pelancaran HUAWEI MatePad 11.5"S, tablet produktiviti pertama yang membawakan HUAWEI PaperMatte Display generasi baharu. Huawei mendedahkan spesifikasi mengagumkan HUAWEI MatePad 11.5"S, termasuk nisbah aspek 3:2 (amat menghampiri "nisbah emas" bertahap), kadar segar semula 144 Hz dan resolusi 2.8K.

Reka bentuk inovatif PaperMatte Display menurunkan pemantulan permukaan kepada kurang daripada 2% dan menghapuskan 99% gangguan cahaya, agar pengguna boleh membaca teks atau menonton video dengan selesa meskipun dalam persekitaran tertutup yang terang benderang, malah di luar di bawah sinaran matahari.

Tablet ini turut hadir dipramuat dengan aplikasi Notes. Pengguna lama aplikasi Notes akan menemui penambahan baharu yang dialu-alukan seperti Note Replay, yang membolehkan pengguna mencatat nota ringkas sambil merakam mesyuarat. Selepas itu, mereka hanya perlu menyentuh nota untuk kembali ke titik masa yang sepadan dalam rakaman audio, menjadikan dapatan semula maklumat lebih mudah dan lebih cekap berbanding sebelum ini.

Aplikasi lukisan dibangunkan sendiri Huawei: Alat kreatif buat semua

Bagi membawa keseronokan melukis kepada semua pengguna, Huawei melancarkan aplikasi GoPaint yang dibangunkan sendiri.


Aplikasi ini dibangunkan secara bersama oleh Huawei 2012 Laboratories dan pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) lain daripada lapan bidang, termasuk bahan, optik fizikal dan persembahan grafik. Huawei turut bekerjasama dengan pasukan seni halus terunggul untuk mencipta aplikasi dengan kesan menulis dan melukis yang jelas serta realistik. Ia didatangkan dengan lebih 100 berus maya berbeza dan tekstur realistik rintis, memberikan kanvas realistik dan semula jadi kepada pengguna untuk melukis di atasnya. Hasil daripada FangTian Painting Engine, GoPaint dapat menyokong sejumlah besar lapisan, kependaman rendah dan kadar bingkai tinggi untuk respons segera kepada usapan berus pengguna. Digabungkan dengan prestasi berkuasa tablet Huawei, GoPaint menyampaikan aplikasi lukisan yang autentik, profesional, pintar dan mudah digunakan yang akan menarik minat penggemar seni mahupun golongan kreatif profesional.

Huawei menghabiskan masa selama tiga tahun ke atas penyelidikan dan pembangunan GoPaint. Walaupun sumber yang dikhususkan untuk perusahaan ini sudah cukup untuk membangunkan sebuah tablet baharu, sebaliknya matlamatnya adalah untuk menawarkan kepada pengguna tablet di seluruh dunia dengan aplikasi lukisan yang dimuat turun percuma, dengan harapan agar semua orang dapat mencipta perkara yang indah.

Huawei berkata bahawa GoPaint akan menyertakan set tutorial lengkap untuk membantu pengguna memahami setiap alat dalam aplikasi ini. Pengguna boleh belajar sambil membuatnya, bermula dengan ringkas dan memperdalam pengetahuan mereka secara beransur-ansur tentang fungsi tahap lebih tinggi.

Di samping itu, Pelancaran Produk Inovatif termasuk pengenalan kepada FreeBuds 6i, dengan keupayaan pembatalan hingar yang dipertingkat. Acara Dubai turut menyerlahkan HUAWEI MateBook 14, komputer riba dengan paparan 2.8K OLED profesional, HUAWEI WATCH GT 4, yang kini boleh didapati dengan warna hijau dan HUAWEI WATCH 4 Pro Space Edition, yang memiliki estetika kosmik baharu. Beberapa hari selepas acara pelancaran produk, mulai 8-10 Mei, Huawei mengadakan pameran yang bertajuk "A Heartwarming World—12 Years of Huawei Photography" ("Dunia Yang Mendamaikan Hati—12 Tahun Fotografi Huawei") di Concrete on Alserkal Avenue, Dubai. Ini akan menjadi pameran fotografi terbesar yang pernah diadakan oleh Huawei. Karya fotografi luar biasa yang dipamerkan di Dubai juga boleh dilihat secara dalam talian melalui media sosial rasmi Huawei.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services