omniture

Pengumuman: Pelancaran "Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU" Nintendo Switch™ dalam Pasaran Asia

Imagineer Co., Ltd.
2024-05-09 13:00 17

TOKYO, 9 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Imagineer Co., Ltd. mengumumkan keluaran akan datang "Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU," permainan Nintendo Switch baharu di kawasan Asia kecuali Jepun. Tarikh keluaran dijadualkan pada 12 Julai 2024.

Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU
Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU

Gambaran Keseluruhan

"Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU" ialah judul kolaborasi antara siri popular "Fitness Boxing," yang melangkaui sejumlah 2.5 juta unit terjual di seluruh dunia dan penyanyi maya popular di peringkat global yang dicipta oleh Crypton Future Media, Hatsune Miku. Dalam judul ini, sambil mengekalkan ciri-ciri asas daripada siri Fitness Boxing, pemain boleh menikmati senaman tinju bersama Hatsune Miku. Telahpun dilancarkan di Jepun dalam Mac 2024, permainan ini mendapat maklum balas yang positif, dengan pemain mengatakan mereka boleh bersenam setiap hari bersama Miku dan menikmati penurunan berat badan melalui permainan irama menggunakan seluruh tubuh badan.

Sokongan bahasa termasuk bahasa Cina Tradisional, bahasa Cina Ringkas, bahasa Korea, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Itali, bahasa Jerman dan bahasa Sepanyol. Suara pengajar boleh didapati dalam bahasa Cina, bahasa Korea dan bahasa Inggeris.

Ciri-ciri

Pasangan: Pemain boleh memilih pasangan daripada empat watak termasuk Hatsune Miku, Kagamine Rin, Kagamine Len dan Megurine Luka. Pemain juga boleh berseronok mendandani pasangan mereka dengan kostum eksklusif.

Miku Exercise: Satu ciri baharu yang mana senaman boleh dilakukan dengan lagu-lagu asal watak Piapro Characters. Ia termasuk lagu-lagu mega popular seperti "Melt" dan " God-ish," serta lagu-lagu yang baru digubah oleh pencipta popular seperti cosMo@Bousou-P, yang turut menghasilkan lagu tema utama untuk permainan ini.

Mod Senaman: Dalam Mod Senaman, pasangan akan memberi galakan kepada pemain sambil bersenam. Nikmati lebih 99 rutin yang berbeza dengan lebih 60 buah lagu, bilangan tertinggi dalam siri ini.

Butiran

Judul: Fitness Boxing feat. HATSUNE MIKU
Platform: Nintendo Switch
Genre: Senaman
Harga: Bergantung kepada setiap kawasan
Kawasan: Hong Kong, Taiwan, Korea, Asia Tenggara
Tarikh Keluaran: Dijadualkan pada 12 Julai 2024
Pemain: 1-2 pemain
Pemeringkatan: Semua peringkat umur
Penerbit: Imagineer
Laman Web: https://fitboxing.net/hatsunemiku/en/
Art by Iwato
© Crypton Future Media, INC. www.piapro.net
© Imagineer Co., Ltd.
Nintendo Switch is a trademark of Nintendo.
"Exercise with Miku" and "Miku Exercise" are trademarks of Crypton
Future Media, INC.

Imagineer Co., Ltd.

Imagineer Co., Ltd. ialah sebuah syarikat berpangkalan di Jepun yang telahpun menyediakan perkhidmatan dengan tahap kepuasan yang tinggi sejak tahun 1986, memfokuskan kepada perniagaan kandungan.

 

Source: Imagineer Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics New products/services