omniture

CareFusion akan Mempamerkan Produk Keselamatan Pesakit Semasa Jelajah Pameran Global Merentasi Rantau Asia Pasifik

CareFusion
2012-08-09 16:05 779

ROLLE, Switzerland, 9 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ --

Tumpuan ialah kepada pengurusan rawatan perubatan terkini serta memaklumkan berhubung teknologi dengan menonjolkan mengenai kepentingan keselamatan pesakit dan pengurangan kos kepada pembekal penjagaan kesihatan di Asia Pasifik

CareFusion, sebuah syarikat teknologi perubatan terkemuka di dunia, akan memulakan satu jelajah pameran global dengan bermatlamat untuk memberi tumpuan kepada mengembangkan teknologi mereka berhubung keselamatan pesakit kepada pembekal penjagaan kesihatan di rantau Asia Pasifik.

"Sama seperti di hampir seluruh pelusuk dunia, hospital di seluruh rantau Asia Pasifik sedang mencari produk dan perkhidmatan yang berinovatif yang dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti penjagaan, dengan tumpuan kepada mengurangkan kos penjagaan," kata Prasanna Parthasarathy, naib presiden Bahagian Sistem Perubatan Antarabangsa di CareFusion. "Keperluan kritikal ini adalah selaras dengan misi CareFusion, dan kami amat komited kepada memberi perkhidmatan serta mengembangkan kehadiran kami di rantau Asia Pasifik."

Bermula di HIMSS AsiaPac 2.012, yang diadakan pada 17 hingga 19 September di Hotel Marina Bay Sands di Singapura, CareFusion akan mempamerkan produk-produk yang dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan pesakit dan aliran kerja doktor melalui pengurusan ubat yang lebih baik, teknologi infusi yang selamat dan pengagihan bekalan secara berautomasi di petak 505.

Semasa berlangsungnya HIMSS AsiaPac 2012, satu pasukan multi-nasional CareFusion dari Amerika Syarikat, Jerman, Hong Kong dan Singapura akan membentangkan sistem pengurusan ubat-ubatan, mengadakan demonstrasi produk dan membawa pelawat secara individu untuk melawat sambil mempelajari mengenai produk yang dipamerkan. Teknologi dan produk CareFusion di tempat persidangan dan pameran itu termasuk:

Buat pertama kalinya, CareFusion akan memperkenalkan sistem pengagihan ubat yang baharu secara automatik, Pyxis MedStation ES, kepada komuniti penjagaan kesihatan di Asia Pasifik.

"Pyxis MedStation ES dibina di atas satu set komponen perkakasan dan perisian yang standard," kata Dirk Wingenter, pengarah urusan bagi bahagian perniagaan Rowa Technologies di CareFusion dan seorang pemimpin International Dispensing. "Platform ini membolehkan aliran kerja yang mudah dan cekap ditumpukan kepada pesakit di samping meningkatkan kecekapan antara farmasi, jururawat dan kakitangan klinikal serta pengurusan ubat-ubatan."

Satu lagi tumpuan bagi pengunjung HIMSS ialah teknologi Rowa Vmax.

"Dengan sistem Rowa, pelanggan kami boleh menyelaraskan proses rawatan perubatan, membantu untuk memperbaiki aliran barangan dan mengurangkan kesilapan berhubung rawatan perubatan," kata Wingenter. "Dengan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dan lebih 4,000 pemasangan bagi teknologi pengurusan rawatan perubatan kami di seluruh dunia, kami berharap untuk berkongsi perkembangan teknologi dan penyelesaian terkini dengan pembekal penjagaan kesihatan di Singapura. Platform pengagihan kami yang serba baharu ini akan membuat ia lebih mudah untuk menguruskan ubat-ubatan, sekali gus membolehkan pelanggan kami untuk memberi lebih tumpuan kepada penjagaan pesakit. "

Jelajah produk Asia Pasifik itu akan diteruskan dengan pameran produk di Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China (CMEF) Musim Luruh 2012 di Chengdu, China pada 18 hingga 21 Oktober dan Persidangan Kebangsaan kali ke-38 Persatuan Farmasi Hospital Australia (SHPA) di Canberra, Australia pada 1 hingga 4 November.

Maklumat mengenai CareFusion

CareFusion (NYSE: CFN) adalah sebuah perbadanan global yang memberi khidmat kepada industri penjagaan kesihatan dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang dapat membantu pihak hospital meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti penjagaan. Syarikat itu membangunkan teknologi yang terkemuka di pasaran termasuk pam infusi Alaris(R), sistem pengagihan dan pengenalan pesakit secara automatik Pyxis (R), penyelesaian automasi Rowa(R), produk pengalihan udara dan pernafasan siri AVEA (R), AirLife(TM) dan LTV(R), produk persediaan kulit ChloraPrep(R), perkhidmatan MedMined(R) untuk pemantauan data perlombongan, peralatan pembedahan V. Mueller(R), dan barisan produk yang menyeluruh yang menyokong perubatan intervensi. CareFusion mempunyai lebih 14,000 orang pekerja di seluruh operasi mereka di seluruh dunia. Sejak Ogos 2011, Rowa menjadi sebahagian daripada CareFusion. Maklumat lanjut boleh didapati di www.carefusion.com.

Dokumen ini dimaksudkan untuk audiens yang berada di luar Amerika Syarikat

* Produk yang disebut dalam siaran media ini mungkin tidak terdapat di semua negara. Hubungi pejabat CareFusion di tempat anda untuk menentukan ketersediaan lesen pendaftaran dan maklumat mengenai preskripsi.

SUMBER  CareFusion

Source: CareFusion
Related Stocks:
NYSE:CFN
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Pharmaceuticals New products/services Trade show news