omniture

Cambium Networks Berjaya Demonstrasikan Pautan Antara Negeri Sejauh 245.8 Kilometer

Cambium Networks
2015-08-05 19:00 196

- Rekod dunia baharu dicipta oleh Cambium Networks, mengatasi rekod terdahulu iaitu pautan sejauh 243 kilometer yang dicatat oleh Ceragon Networks –

ROLLING MEADOWS, Illinois, 5 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Cambium Networks™, penyedia global utama bagi penyelesaian jalur lebar tanpa wayar, telah mencatat rekod dunia baharu bagi pautan rangkaian terpanjang yang direkodkan setakat ini. Dalam ujian pautan dari Pikes Peak, Colorado ke Cheyenne, Wyoming, kawasan darat sepanjang 245.8 kilometer atau 153 batu yang merentasi kawasan metropolitan Denver, Colorado, Cambium telah berjaya mendemonstrasikan penstriman video berdefinisi tinggi menggunakan kamera AXIS dan khidmat VoIP merentasi talian negeri.

Video - http://origin-qps.onstreammedia.com/origin/multivu_archive/PRNA/ENR/FX-20150803-SF70577.mp4

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/117974

Dua pautan selari telah dipasang menggunakan produk PTP 650 dan PTP 700, menunjukkan kekuatan isyarat serta kualiti kedua-dua penawaran. Di kawasan yang mana khidmat telefon bimbit hampir tidak wujud, Cambium Networks telah dapat memasang dan melaksanakan pautan rangkaian itu dalam masa kurang daripada satu jam. Menggunakan LinkPlanner, produk Cambium yang membolehkan rekaan rangkaian PTP dan PMP yang mudah dan pantas, pasukan-pasukan telah dapat mereka bentuk dan memasang pautan yang menyediakan VoIP serta komunikasi penstriman video berdefinisi tinggi merentasi muka bumi yang mencabar dan juga melalui kawasan metro berkepadatan tinggi, tanpa gangguan.

"Di Cambium, kami mempunyai budaya mencabar diri sendiri. Kami membuat keputusan untuk menyediakan pautan titik ke titik terpanjang yang pernah dilakukan di dunia, memasangnya dengan cepat, dan menambahkan sebuah pusat metro yang bising di tengah laluannya. Kami melakukannya dengan sempurna menampilkan video berdefinisi tinggi dan VoIP," kata Atul Bhatnagar, presiden dan KPE, Cambium Networks. "Sasaran kami adalah untuk menyediakan keterhubungan merentasi semua bentuk muka bumi, menyampaikan capaian sejagat untuk pelanggan kami, dan rangkaian mereka."

Latar Belakang Cambium Networks:
Cambium Networks merupakan penyedia global utama bagi penyelesaian jalur lebar tanpa wayar yang menghubungkan dengan yang tidak terhubung. Melalui portfolio luas platform titik-ke-titik (PTP) dan titik-ke-berbilang titik (PMP) jalur lebar tanpa wayar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan; perusahaan; agensi kerajaan dan ketenteraan; syarikat minyak, gas dan utiliti; penyedia khidmat Internet; serta rangkaian keselamatan awam untuk membina rangkaian komunikasi  yang berkuasa dan mudah dikekalkan. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat-pusat R&D di A.S, Ashburton, U.K. dan Bangalore, India, Cambium Networks menjual melalui rangkaian pengedar global yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.cambiumnetworks.com dan www.connectingtheunconnected.org.

Hubungi

Golin untuk Cambium Networks – Cyrus Hedayati
+1 415 318 4377
chedayati@golin.com

Source: Cambium Networks
Keywords: Telecommunications VoIP Wireless Communications Broadcast feed announcements