omniture

Maxion Wheels bakal Tampilkan Teknologi Terkini di IAA 2015

Maxion Wheels
2015-08-31 19:00 104

KONIGSWINTER, Jerman, 31 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Maxion Wheels hari ini mengumumkan pasukan pengurusannya bersama wakil-wakil kejuruteraan dan jualannya akan mengambil bahagian dalam pameran industri automotif utama dunia, International Motor Show IAA Cars ke-66 di Frankfurt/Main, Jerman. Semasa acara tersebut, Maxion Wheels akan mempersembahkan teknologi termajunya dalam bidang-bidang berikut: Teknologi Hibrid Maxion, Teknologi Kemasan Maxion, Teknologi Ringan Maxion, Teknologi Tempaan Maxion dan Teknologi Roda Pintar Maxion.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150511/215114LOGO

Pasukan Maxion Wheels akan berada di tapak Messe Frankfurt Trade Fair Grounds mulai 15 September hingga 18 September di Gerai Pameran No. D04 di Dewan 4.1. Sebarang maklumat lanjut, kunjungi http://www.iaa.de/en/.

Latar Belakang Maxion Wheels

Maxion Wheels, divisyen Iochpe-Maxion S.A., menghasilkan roda untuk kereta penumpang, trak ringan serta trak dan treler komersial. Syarikat ini turut menghasilkan roda keluli untuk kegunaan ketenteraan, pertanian dan aplikasi luar lebuh raya lain. Dengan lebih 100 tahun pengalaman dalam pembuatan roda dan lebih 10,000 pekerja di seluruh dunia, Maxion merupakan pengeluar roda terbesar dunia, yang kini menghasilkan 65 juta roda setahun dan menjana Jualan melebihi 2 bilion USD. Syarikat ini memenuhi keperluan pelanggan OEM global daripada 21 pusat operasi di 12 buah negara di 5 benua, dan mempunyai pusat teknikal tercanggih di benua Amerika, Eropah serta Asia. Kunjungi laman sesawang kami di http://www.maxionwheels.com.

Source: Maxion Wheels
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news