omniture

PW Power Systems Umumkan Kejayaan Operasi Komersial Penjana Turbin Gas MOBILEPAC® di Afrika Sub-Sahara

PW Power Systems, Inc.
2015-11-11 22:02 176

GLASTONBURY, Connecticut, 11 November 2015 /PRNewswire/ -- PW Power Systems, Inc. (PWPS), sebuah syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI), hari ini mengumumkan kejayaan operasi komersialnya yang merangkumi tiga pakej penjana turbin gas MOBILEPAC di Afrika sub-Sahara. Tiga unit MOBILEPAC itu terletak di Conakry, Guinea, dan dikendalikan oleh anak syarikat Miami Capital Holding Corporation, K-Energie.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151105/284312LOGO 

MKH Engineering telah memasang kelengkapan itu dengan sokongan kejuruteraan dan teknikal daripada PW Power Systems. K-Energie secara khusus memperoleh unit-unit MOBILEPAC itu awal tahun ini untuk mempertingkatkan kapasiti penjanaan kuasa Guinea dengan pantas dan berkesan.

PW Power Systems turut mempunyai unit-unit yang beroperasi di Togo dan Benin untuk membekalkan tenaga ke rantau tersebut. "Afrika sub-Sahara merupakan pasaran tumpuan yang kami usahakan pelbagai projek di negara tersebut yang mempunyai keperluan yang tinggi," kata Charles Levey, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran. Sebagai sokongan kepada inisiatif Power Africa, PWPS komited untuk bekerjasama dengan para pemimpin kerajaan dan rakan-rakan kongsi swasta untuk membawakan kuasa yang andal kepada berjuta-juta individu di Afrika sub-Sahara.  

Latar Belakang

Pakej turbin gas MOBILEPAC merupakan peneraju industri yang menyediakan teknologi canggih selama lebih 30 tahun. Menggunakan teknologi pakej turbin gas SWIFTPAC® yang terbukti, pakej ini direka untuk menyediakan kuasa yang pantas dan andal. Manfaatnya termasuk kesesuaian persekitaran, dwibahan bakar/dwifrekuensi, kebolehkendalian jarak jauh dan banyak lagi. Terdapat lebih 550 enjin FT8® dibekalkan kepada industri dengan lebih 125 pakej dalam konfigurasi MOBILEPAC.

Latar Belakang PW Power Systems, Inc.

PW Power Systems, Inc. (PWPS), beribu pejabat di Glastonbury, Conn., merupakan peneraju dunia dalam pembekalan penyelesaian tenaga untuk industri penjanaan kuasa. PWPS menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pakej turbin gas, perkhidmatan selepas jualan turbin gas industri, dan juga perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan serta pembinaan. PWPS merupakan syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI). MHI, beribu pejabat di Tokyo, Jepun, merupakan salah satu pengeluar jentera berat terkemuka dunia, dengan hasil jualan bersih tergabung adalah sebanyak $33.22 bilion untuk tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2015. Barisan produk dan perkhidmatan MHI yang pelbagai merangkumi pembinaan kapal, loji kuasa termasuk kuasa teragih, loji kimia, kelengkapan alam sekitar, struktur keluli, jentera perindustrian dan am, pesawat, sistem angkasa lepas serta sistem penyaman udara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PWPS, kunjungi  www.pwps.com.

Hubungi: Lucia Maffucci, 860-368-5535, Lucia.Maffucci@pwps.com 

Source: PW Power Systems, Inc.
Related Links:
Keywords: Gas Machinery Oil/Energy Utilities