omniture

Yili Anjur Persidangan Kepimpinan di New Zealand untuk Bentangkan Nilai Korporat dan Bina Pengaruh Global

Syarikat itu dicalonkan untuk menerima Anugerah Perniagaan South Canterbury kerana membantu penternak tenusu tempatan
Yili Group
2015-12-10 18:30 374

BEIJING, 10 Dis. 2015 /PRNewswire/ -- Pada 9 Disember, Yili Group, syarikat tenusu terbesar di Asia dan salah satu daripada 10 terbaik di dunia, menganjurkan persidangan kepimpinan bertemakan "Kecemerlangan dalam Inovasi & Kepimpinan Pada Masa Depan" di New Zealand.

Pan Gang, presiden Yili Group menganjurkan Persidangan Kepimpinan di New Zealand
Pan Gang, presiden Yili Group menganjurkan Persidangan Kepimpinan di New Zealand

Semasa persidangan itu, Yili Group menambah baik nilai budaya korporat kepada Kecemerlangan, Inovasi, Tanggungjawab & Menang-Menang dalam usaha mereka untuk melaksanakan satu susun atur strategik yang dipacu oleh inovasi perusahaan dan pengantarabangsaan menggunakan cara yang meyakinkan dalam perusahaan. Pakar yakin Yili Group kini menerajui perusahaan tenusu China, malahan jenama negara China itu sendiri meluaskan pengaruh ke seluruh dunia dengan lebih kukuh melalui inisiatif yang inovatif dan berpotensi, termasuk mengadakan persidangan tahunan sulung mereka di luar negara serta menambah baik nilai budaya koporat mereka.

Di persidangan itu juga, presiden Yili Group, Pan Gang, menekankan strategi inovasi dan pengantarabangsaan syarikat itu, antaranya termasuk membina tapak industri tenusu lengkap yang terbesar di dunia di New Zealand. Dilancarkan oleh pemimpin China dan New Zealand, tapak tersebut adalah satu tanda aras dan rujukan kepada strategi pengantarabangsaan Yili dan perusahaan China untuk menggalakkan strategi "Satu Lingkaran Satu Jalan".

New Zealand, lokasi persidangan kepimpinan tersebut diadakan, adalah satu rantau yang penting kepada operasi Yili. Yili bukan sahaja mengamalkan nilai budaya korporat yang baik di peringkat antarabangsa serta membina tapak industri tenusu, ia juga dicalonkan untuk menerima Anugerah Perniagaan South Canterbury kerana membantu penternak tenusu tempatan menangani masalah serta menyumbang kepada pembangunan setempat di New Zealand, yang merupakan pencalonan pertama untuk perusahaan China.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151209/0861512223

Source: Yili Group
Keywords: Agriculture Beverages Non-Alcoholic Beverages Corporate Expansion