omniture

Cambium Networks Memperkenalkan cnMEDUSA™, Teknologi MIMO Berbilang Pengguna Besar-besaran Pertama Seumpamanya dalam Platform PMP 450 Untuk Jalur Lebar Tanpa Wayar Talian Tetap

Cambium Networks
2016-06-22 21:00 643

- Kapasiti berganda dan kecekapan spektrum yang tinggi membolehkan pengendali rangkaian menawarkan sambungan Internet seakan-akan 5G untuk pengguna yang jauh lebih ramai dan menghapuskan Jurang Digital –

ROLLING MEADOWS, Illinois, 22 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Cambium Networks™, penyedia penyelesaian jalur lebar tanpa wayar global yang utama, hari ini memperkenalkan produk pertama yang menggunakan teknologi cnMedusa™, PMP 450m. cnMedusa membolehkan pengendali rangkaian menawarkan kelajuan seakan-akan 5G yang lebih hebat berbanding DSL dan Kabel, di samping menyediakan daya pemprosesan setanding gentian. Kehendak pelanggan terhadap penstriman media seperti Netflix™, keperluan untuk menyokong trafik bersimetri yang diperlukan oleh perkhidmatan berasaskan Awan serta menyediakan Perjanjian Tahap Perkhidmatan dengan kapasiti lebih tinggi mendorong usaha terhadap hasil inovasi ini.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/117974

cnMedusa Cambium ialah platform Berbilang Pengguna Besar-besaran, berbilang input, berbilang output (MU-MIMO) yang pertama disediakan secara komersial untuk jalur lebar tanpa wayar talian tetap. Tatasusunan antena 14x14 yang disepadukan adalah lebih hebat berbanding 802.11AC Wave 2 dan pelaksanaan 8x8 terancang LTE-A serta mampu menyokong sehingga tujuh rantaian pembawa secara serentak. Kecekapan spektrum yang tiada tandingan bagi PMP 450m didayakan cnMedusa membolehkan pihak penyedia perkhidmatan tanpa wayar menawarkan perkhidmatan tiga serangkai kepada pelanggan sedia ada selain menambah pelanggan baharu, tanpa memerlukan spektrum tambahan yang sukar didapati dan mahal.

Dibangunkan dalam tempoh tiga tahun di Makmal Cambium, teknologi MU-MIMO Besar-besaran cnMedusa menawarkan tiga hingga empat kali peningkatan kapasiti rangkaian serta kecekapan spektrum yang inovatif di lapangan yang terbukti menerusi platform jalur lebar tanpa wayar PMP 450, selain dikendalikan daripada satu tetingkap kecil dalam awan.

"cnMedusa akan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan Jalur Lebar Ultra pada harga yang berpatutan untuk kegunaan di kawasan luar yang tidak mampu kami akses sebelum ini," kata Luca Spada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eolo SpA. "Teknologi MIMO Besar-besaran dalam PMP 450m membolehkan kami memanfaatkan pengaturan penggunaan sedia ada, menggunakan spektrum dan peralatan pelanggan yang sama seperti sebelum ini, di samping meningkatkan daya pemprosesan buat pelanggan sedia ada menerusi lebar jalur demi menyokong usaha perluasan rangkaian."

Ciri-ciri utama teknologi MU-MIMO cnMedusa dalam PMP 450m ini termasuk:

  • Peningkatan 3X-4X dari segi kapasiti, berserta lebih 400 Mbps dalam saluran 20 MHz
  • Kecekapan spektrum terhebat dalam industri iaitu lebih 20 bit sesaat per Hz (bps/Hz), dan lebih 40 bps/Hz apabila digunakan dalam frekuensi konfigurasi guna semula.
  • Sektor antena termaju yang disepadukan sepenuhnya dapat merendahkan kos modal dan mengurangkan kos pengendalian bagi pemasangan dan bayaran menara berulang.
  • Dapat berfungsi dengan modul pelanggan PMP 450 sedia ada bertujuan untuk melindungi pelaburan yang dibuat terhadap peralatan rangkaian, di samping meningkatkan kapasiti secara mendadak dengan hanya menukar Titik Akses.

"cnMedusa yang diperkenalkan ini menandakan satu perubahan dari segi kaedah orang ramai mengakses Internet: rangkaian tanpa wayar kini lebih pantas berbanding rangkaian berwayar," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "MIMO Berbilang Pengguna Besar-besaran membolehkan pengendali rangkaian tanpa wayar talian tetap menawarkan kelebihan dari segi kos yang terbaik dalam industri, kebolehskalaan dan capaian, khususnya bagi kawasan-kawasan yang kurang mendapat liputan sejak sekian lama, dengan kadar kelajuan serta keandalan yang jauh lebih hebat berbanding rangkaian berwayar. Keupayaan ini membolehkan orang ramai yang berada di mana-mana lokasi untuk mendapatkan kandungan beraneka media yang mereka inginkan, walaupun di kawasan yang rendah bilangan penduduknya dan sukar mendapat akses ke dunia luar."

cnMedusa kini boleh didapati menerusi rakan pengedar Cambium Networks.

Latar Belakang Cambium Networks:
Cambium Networks ialah penyedia global yang utama bagi penyelesaian jalur lebar tanpa wayar yang menghubungkan dengan yang tidak terhubung – Orang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform titik-ke-titik (PTP), titik-ke-berbilang titik (PMP) dan Wi-Fi bagi jalur lebar tanpa wayar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan; perusahaan; agensi kerajaan dan ketenteraan; syarikat minyak, gas dan utiliti; penyedia perkhidmatan Internet; serta rangkaian keselamatan awam untuk membina rangkaian komunikasi  yang berkuasa dan mudah dikekalkan. Kini, syarikat tersebut mempunyai lebih lima juta aksesnya dan perkhidmatan angkut balik radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 buah negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat-pusat R&D di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual melalui rangkaian pengedar global yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.cambiumnetworks.com dan www.connectingtheunconnected.org.

Hubungi

Golin untuk Cambium Networks – Cyrus Hedayati
+1 415 318 4377
chedayati@golin.com 

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services