omniture

Edisi ketiga risalah antarabangsa daripada Aberje mengimbas kembali krisis negara

Aberje
2016-07-27 21:00 505

SAO PAULO, 27 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Aberje – Persatuan Komunikasi Perniagaan Brazil menerbitkan edisi ketiga BRpr bagi bulan Julai. Risalah ini ialah satu inisiatif persatuan bagi memperlihatkan amalan baik yang dilaksanakan di kawasan-kawasan Komunikasi di Brazil menerusi dialog dengan masyarakat antarabangsa.

Edisi ketiga ini menyediakan dua artikel yang mengisahkan tentang Brazil. Artikel pertama, ditandatangani oleh Paulo Nassar, Presiden Aberje dan seorang profesor daripada USP (University of Sao Paulo), membincangkan tentang krisis di negara ini dan peranan jurukomunikasi untuk mengatasinya. Serge Giacomo, Pengarah Komunikasi di GE, mengulas tentang Sukan Olimpik Rio 2016, legasi dan inspirasinya.

Satu artikel lagi membincangkan tentang LATAM, jenama yang dicipta oleh gabungan antara syarikat-syarikat penerbangan TAM dan LAN, yang mana usaha komunikasi yang dijalankan adalah sangat luas. Kempen-kempen oleh Votorantim Cimentos, Pirelli dan Volvo turut diketengahkan dalam edisi ini. Akhir sekali, risalah ini mengulas tentang pencalonan Brazil sebagai ahli baharu lembaga Kerjasama Global untuk PR, dan mengenai kerjasama Aberje selama 10 tahun dengan Syracuse University.

Latar Belakang AberjeAberje – Persatuan Komunikasi Perniagaan Brazil ialah rujukan utama dalam penghasilan dan pengedaran berkaitan maklumat dan amalan Komunikasi serta Perhubungan. Ditubuhkan pada 8 Oktober 1967, Aberje ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang bertaraf profesional dan saintifik dengan objektif utama untuk meningkatkan komunikasi di syarikat-syarikat dan institusi-institusi, selain untuk menyemai rasa hormat terhadap peranan jurukomunikasi. Tunjang aktivitinya ialah Advokasi, Kandungan, Pendidikan dan Kerjaya.

Entiti ini memiliki lebih 500 anggota (syarikat dan golongan profesional) yang menjalankan aktiviti Komunikasi Korporat dan Organisasi, atau yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung. Aktiviti-aktiviti Aberje tidak hanya terhad di sempadan Brazil sahaja, memandangkan ia menjalin kerjasama dan pertukaran projek bersama negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Portugal, Jerman, Itali, India, Mexico, Argentina, Chile, Colombia dan Peru, selain berperanan sebagai Kumpulan Pemikir Komunikasi Perniagaan Brazil.

Bagi mendapatkan risalah BRpr, daftar di sini.

Maklumat Perhubungan:
Tato Carbonaro
Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Antarabangsa
+55 11 5727-9090
tatocarbonaro@aberje.com.br

Source: Aberje
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Economic news, trends, analysis New products/services