omniture

Syarikat Insurans Harta Komersial dan Industri FM Global Pecah Tanah Bina Pusat Latihan dan Operasi Pencegahan Kehilangan Tersendiri Bernilai S$80 Juta di Singapura

FM Global
2016-08-22 14:00 759

- Projek ini memperlihatkan komitmen bersungguh-sungguh FM Global terhadap Asia dan sokongan pelanggannya dalam usaha pengembangan operasi perniagaan ke seluruh rantau.

- Bangunan seluas 125,000 kaki persegi (11,610 meter persegi) ini akan menempatkan FM Global Asia SimZone, menyediakan pendidikan amali kepada pelanggan, rakan kongsi, pegawai industri dan kerajaan di Asia.

SINGAPURA, 22 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- FM Global, salah sebuah syarikat insurans harta komersial dan industri terbesar di dunia, hari ini mengadakan upacara pecah tanah bagi membina sebuah pusat latihan dan operasi pencegahan kehilangan yang baharu, terletak di Taman Sains Singapura, iaitu hab penyelidikan, pembangunan dan teknologi di Singapura. Majlis pecah tanah itu menandakan pemulaan fasa pembinaan kemudahan setinggi enam tingkat berkeluasan 125,000 kaki persegi (11,610 meter persegi) yang akan menempatkan FM Global Asia SimZone, kemudahan latihan amali pertama milik syarikat itu di Asia, dan merupakan yang pertama di benua tersebut. Bangunan bernilai S$80 juta itu akan dibangunkan oleh Ascendas-Singbridge, penyedia penyelesaian ruang perniagaan yang utama di Asia, dan dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2019.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160818/399496

"Sepanjang tempoh 35 tahun FM Global beroperasi di Asia, kami mendapati syarikat-syarikat di rantau ini amat berminat untuk meningkatkan ketahanan mereka terhadap risiko, seraya menambah baik keupayaan mereka untuk mengekalkan prestasi perniagaan yang positif ketika dilanda bencana," kata presiden dan ketua pegawai eksekutif FM Global, Thomas Lawson. "Kemudahan baharu ini akan menempatkan pelbagai kemudahan pembelajaran yang unik, agar dapat menyediakan pendidikan pencegahan kehilangan berasaskan pengalaman, tanpa sebarang kos, kepada pemegang polisi kami serta pereka bangunan, kontraktor, pelajar, insitusi pendidikan, broker insurans dan juga pegawai kerajaan. Kemudahan ini memanfaatkan hampir dua abad pengalaman kami dalam kejuruteraan pencegahan kehilangan dan pelanggan, serta memperluas operasi insurans dan juga kejuruteraan kami di Singapura menerusi program pendidikan sepenuhnya," tambah Lawson.

Tumpuan utama dalam segmen perniagaan FM Global akan terus membantu syarikat-syarikat agar lebih berdaya tahan dengan menyediakan pemahaman yang lebih baik tentang kerosakan harta yang dapat menjejaskan kesinambungan perniagaan mereka dan turut menyediakan nasihat pencegahan kehilangan yang terbaik berdasarkan penyelidikan saintifik serta ilmu kejuruteraan, dan bukan semata-mata bergantung pada insurans bagi mendapatkan perlindungan. Pusat tersebut bermatlamat untuk memperluas perkhidmatan ini menerusi kemudahan latihan yang dapat membantu komuniti perniagaan di benua itu berkembang maju dengan terus membantu mereka menghargai kepentingan daya tahan dan pengetahuan sejauh mana mereka dapat mengurangkan pendedahan risiko harta mereka dengan berkesan.

Makmal-makmal serta ruang belajar yang interaktif menyediakan rangsangan yang selamat berkaitan risiko harta, seperti bencana alam, kebakaran, cecair mudah terbakar, pembinaan, kejutan elektrik dan kerosakan peralatan industri, dalam ruang yang terlindung bagi membantu pengunjung lebih memahami sejauh mana bahaya di kawasan setempat boleh dielakkan.

"Singapura ialah lokasi paling sesuai memandangkan syarikat berkongsi kepercayaan yang sama dengan kerajaan Singapura berkaitan kepentingan ketahanan," kata Stefano Tranquillo, naib presiden kanan, divisyen Asia Pasifik, FM Global.

"Asia juga merupakan sebuah rantau yang sering mengalami bencana alam yang teruk seperti angin ribut, banjir dan gempa bumi. Memandangkan amalan pencegahan kehilangan yang baik di rantau ini sukar didapati, syarikat-syarikat jarang mengendalikan pengurusan risiko mengikut standard tertinggi. Oleh itu, kami berharap dapat menjalin kerjasama yang saling menguntungkan, termasuk kerjasama dengan institusi-institusi serta kerajaan menerusi penubuhan pusat ini, yang akhirnya akan memberi faedah kepada rantau Asia dan juga rakan dagangannya di seluruh dunia," kata Tranquillo.

FM Global telah menjalin kerjasama dengan pertubuhan pendidikan, teknikal dan kerajaan di seluruh dunia, termasuk Institut Pengurusan Risiko Bencana, yang berperanan sebagai penasihat yang dipercayai kepada Singapura dan kerajaan lain di rantau ini. Hasilnya, syarikat-syarikat tempatan beroleh manfaat langsung daripada pengaruh FM Global di rantau ini serta daripada peluang-peluang yang disediakan hasil jalinan kerjasama oleh syarikat tersebut di Asia.

"Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada FM Global atas pencapaian bersejarah ini," kata En. Manohar Khiatani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ascendas-Singbridge. "Kami amat berbesar hati FM Global memilih Taman Sains Singapura sebagai lokasi bagi hab mereka di Asia. Sebagai salah satu lokasi paling berprestij di Asia dalam bidang penyelidikan & pembangunan (R&D) dan teknologi, berserta ekosistem yang merangkumi perniagaan, ahli akademik dan penyelidik yang berkembang maju, kami yakin Taman Sains dapat memenuhi segala keperluan yang diperlukan oleh syarikat."

Latar Belakang FM Global
Ditubuhkan hampir 200 tahun lalu, FM Global ialah sebuah syarikat insurans bersama dengan modal, keupayaan penyelidikan saintifik dan kepakaran kejuruteraan dikhususkan sepenuhnya untuk pengurusan risiko harta serta ketahanan pelanggan-pemiliknya. Pemilik ini, yang turut yakin bahawa kebanyakan kehilangan harta boleh dielakkan, mewakili sejumlah besar organisasi terbesar di dunia, termasuk satu bagi setiap tiga buah syarikat Fortune 1000. Mereka bekerjasama dengan FM Global untuk lebih memahami tentang segala bahaya yang dapat memberi kesan terhadap kesinambungan perniagaan mereka demi membuat keputusan pengurusan risiko yang berkesan kos, yang melibatkan pencegahan kehilangan harta serta perlindungan insurans.

 

Source: FM Global
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Corporate Expansion