omniture

GCL-SI Dipilih Pengeluar PV Tahap 1 oleh Bloomberg New Energy Finance

GCL System
2016-09-05 09:22 624

SUZHOU, China, 5 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology (GCL-SI), (SHE: 002506), sebuah anak syarikat bagi kumpulan tenaga yang terkemuka di dunia, GCL, tersenarai sebagai Tahap 1 oleh Bloomberg New Energy Finance's (BNEF), iaitu pemeringkatan pengeluar modul fotovolta (PV). Dalam senarai tersebut, GCL-SI menduduki tempat ke-2 berdasarkan kapasiti modul solar tahunannya.

Sistem pemeringkatan BNEF mengkategorikan beratus-ratus pengeluar modul solar kepada tiga tahap mengikut keupayaan meraih keuntungan – kemampuan projek solar berkaitan produk untuk memperoleh pembiayaan hutang tanpa rekursa daripada bank.

Pengeluar Tahap 1 perlu membuktikan mereka mampu menyediakan produk milik sendiri dan dibuat sendiri dalam lima projek berbeza tanpa rekursa yang dibiayai oleh lima buah bank berbeza (bukan pembangunan). BNEF juga hanya mengambil kira projek yang mempunyai kapasiti melebihi 1.5 MW. 

Apabila tersenarai dalam sistem pemeringkatan BNEF, ini menunjukkan GCL-SI memenuhi kesemua kriteria.

En. Shu Hua, presiden GCL-SI berkata, "GCL-SI telah berkembang begitu pesat sejak ditubuhkan. Dalam tempoh kurang daripada setahun, kami telah membangunkan projek-projek antarabangsa yang mampu mencapai piawaian BNEF. Ini adalah suatu yang jarang berlaku dalam industri solar."

Senarai "Tahap 1" telah digunakan secara meluas dalam ramalan pengeluaran dan analisis pesaing peringkat awal sebagai kaedah penting untuk mengenal pasti pembekal utama yang menjamin keuntungan dalam industri PV. Ia dinilai dan dikemas kini pada setiap suku tahun menerusi penambahan maklumat baharu ke dalam pangkalan data BNEF.

"Menerusi GCL-SI yang berada dalam senarai Tahap 1, ia memperlihatkan kemampuan kami untuk mendapatkan pembiayaan hutang daripada bank dan untuk menyediakan produk modul PV yang berkualiti," tambah En. Shu. "Ia juga akan memberikan syarikat kami dengan lebih banyak peluang untuk meninjau pasaran dan membolehkan kami untuk lebih banyak menyumbang terhadap tenaga hijau global."

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (Saham Shenzhen 002506) (GCL-SI), merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL), sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang pakar dalam pengeluaran kuasa yang bersih dan mampan, diasaskan pada tahun 1990. Menerusi aset global yang bernilai hampir USD16 bilion, gabungan antara syarikat ini menyediakan lebih 2 GW modul untuk seluruh dunia pada tahun 2015, dan kini membekalkan lebih 30% daripada kesemua polisilikon dan wafer yang digunakan dalam industri solar.

Source: GCL System
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Magazines Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Survey, Polls & Research