omniture

The Mulia, Mulia Resort & Villas Memperkenalkan Tempat Acara Terbaharu di Bali - The Unity Garden

The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali
2016-09-19 15:31 713

JAKARTA, Indonesia, 19 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- The Mulia, Mulia Resort & Villas -- Nusa Dua, Bali (www.themulia.com) melancarkan The Unity Garden, sebuah tempat menghadap pantai yang eksklusif dan amat sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan serta acara-acara penting di bawah sinaran bintang. Menyajikan pemandangan saujana mata memandang Lautan Hindi serta Kuil Balinese Geger ikonik yang terletak di atas tebing Teluk Nusa Dua, The Unity Garden merupakan tempat acara pelbagai fungsi berkeluasan 2,000 meter persegi yang dapat menampung lebih 1,000 tetamu.

The Unity Garden
The Unity Garden

The Unity Garden terbahagi kepada tiga kawasan iaitu, kawasan dek dan kawasan berumput yang amat sempurna untuk majlis sambutan koktel atau hiburan, serta halaman utama yang dapat menampung lebih kurang 600 tetamu dengan suasana meja bulat atau 1,000 tetamu bagi gaya koktel. Dengan pemandangan laut yang berkilauan sebagai latar belakang dan hembusan bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa. The Unity Garden adalah pilihan yang tepat untuk mengadakan majlis perkahwinan mahupun acara korporat.

The Mulia, Mulia Resort & Villas -- Nusa Dua, Bali turut menampilkan dua dewan tarian yang serba mewah dan 15 bilik persidangan yang dapat menampung sehingga 5,000 tetamu. Buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan yang tercari-cari nilai keanggunan yang sebenar, pusat peranginan ini menyediakan dua Dewan Perkahwinan dan lapan destinasi menjamu selera yang sungguh ideal untuk mengadakan majlis sambutan atau makan malam raptai.

Rancang acara anda sekarang di 'Pusat Peranginan Pantai Nombor Satu di Dunia' dan 'Tiga Hotel & Pusat Peranginan Terbaik di Dunia' oleh Edisi 2014 Condé Nast Traveler USA. Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan kepada wedding@themulia.com atau hubungi (62 361) 301 7777.

Latar Belakang The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali

Gaya menjadi ciri utama bagi tiga hartanah ultra mewah yang terletak sepanjang landskap 30 hektar yang luas, di persisiran pantai Nusa Dua yang dramatik, yang menempatkan The Mulia and Mulia Resort & Villas (www.themulia.com). Melambangkan ekstravaganza dan kemewahan, digabungkan dengan ciri hospitaliti yang penuh mesra, pusat peranginan yang memukau ini memberikan tafsiran baharu kepada erti sofistikasi.

Sejak dilancarkan, The Mulia, Mulia Resort & Villas -- Nusa Dua, Bali diiktiraf menerusi pelbagai anugerah berprestij, setelah Condé Nast Traveler USA memilih Mulia Bali sebagai pusat peranginan pantai nombor satu di dunia bagi tahun 2014, selain anugerah Spa Terbaik di Dunia yang baru diraih daripada Readers' Choice Awards pada tahun 2015, Editors of Condé Nast turut memperakui The Mulia, Mulia Resort & Villas -- Nusa Dua sebagai Hotel Kegemaran di Dunia dan Pusat Peranginan Pantai Kegemaran di Dunia oleh Condé Nast Traveler USA – Senarai Emas (2016), antara anugerah berprestij lain yang diterima.

Jabatan Komunikasi
+62-361-3017777 samb 6011 
E-mel: communications@themulia.com  

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160915/8521605874

Source: The Mulia, Mulia Resort & Villas - Nusa Dua, Bali
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services