omniture

Stewart & Stevenson Lantik Ketua Pegawai Kewangan Baharu

Stewart & Stevenson LLC
2016-09-19 20:00 392

HOUSTON, 19 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Stewart & Stevenson LLC hari ini mengumumkan pelantikan Jack L. Pieper sebagai Ketua Pegawai Kewangan.

Kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perakaunan Syarikat, Jack mempunyai kelebihan sebagai generasi kedua kakitangan Stewart & Stevenson dengan latar belakang perkhidmatan cemerlang dalam pelbagai jawatan.  Beliau merupakan Akauntan Awam yang Diperakui dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Perniagaan, dengan anugerah tertinggi 'Summa Cum Laude' dari University of Colorado.

Dalam jawatan baharu ini, Jack bakal berkhidmat sebagai ahli Pejabat Pengerusi dan memainkan peranan yang besar, bergandingan dengan Pasukan Pengurusan Kanan kami, dalam memastikan disiplin fiscal, perancangan kewangan, bajet, pembendungan kos, pembangunan korporat, perbendaharaan, perbankan dan perkara-perkara berkaitan.

Stewart & Stevenson yang berpangkalan di Houston ialah peneraju dalam menyediakan peralatan khusus dan barangan dan perkhidmatan alat ganti kepada industri global minyak & gas, marin, pembinaan, penjanaan kuasa, pengangkutan, pengendalian bahan, perlombongan, pertanian dan lain-lain.  Untuk maklumat lanjut, lawati www.stewartandstevenson.com.

Hubungi:  Chris Archie
Pejabat Pengerusi
713-751-2772

Source: Stewart & Stevenson LLC
Keywords: Oil/Energy Utilities Personnel announcements