omniture

Human mendedahkan butiran inovasi yang dinanti-nantikan, Sound, dan mengumumkan prapesanan

Human, Inc.
2016-09-20 20:00 396

Jenama audio paling pesat berkembang di media sosial mendedahkan butiran di sebalik reka bentuk canggih, peranti berbilang fungsinya, dan prapesanan.

SEATTLE, 20 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Human™ telah mengumumkan Sound Program™ idamannya yang boleh ditempah awal di seluruh dunia.

generated by system

Sound™ adalah evolusi audio peribadi. Reka bentuknya diinspirasikan daripada telinga manusia, dan suit peranti menampilkan ciri yang melangkui fon kepala sebagaimana takrifan masa kini. Teknologi ini terhasil daripada pemerhatian bahawa kebanyakan pemain audio utama mengambil jalan selamat menggunakan reka bentuk ketinggalan zaman dan mengelak kemajuan teknologi yang signifikan. Bukan lagi membina satu lagi fon kepala yang besar atau pemain putik telinga plastik yang mudah hilang, Human membina reka bentuk segar yang selesa dan selamat dipakai ke telinga, menggabungkan berbilang fungsi lentur industri, dan bertindak sebagai sambungan tubuh manusia.

Human ingin menghasilkan produk berteknologi canggih yang sangat mudah, yang dipacu kegunaan dan tujuan. Produk ini tidak mempunyai butang, membolehkan pergerakan seperti biasa dan gerak meleret untuk mengawal seluruh pengalaman pendengaran. Pendengar boleh menyimpan peranti secara mudah dengan mencantumkan dua fon telinga menggunakan daya magnet. Pendengar menghidupkan peranti dan memainkan audio dengan memisahkan fon telinga dan meletakkannya pada telinga mereka, dan berhenti secara automatik apabila peranti dialihkan dari telinga dan mencantumkan semula fon telinga. Pendengar boleh memainkan muzik, menjeda lagu, langkau ke hadapan, melaraskan kelantangan, menjawab panggilan telefon dan membuat pasangan dengan peranti Bluetooth pilihan mereka dengan hanya menyentuh permukaan luar fon telinga. Peranti ini dicas pada stesen pengecasan aruhan.  

Ciri yang menjadikan Sound berada dalam kategori audio baharu yang sememangnya berlainan adalah keseluruhan keupayaan perkakas dan perisiannya. Selain fungsi audio asas Sound, kawalan sentuhan dan bentuk serta pemasangan yang lain daripada yang lain, tawaran prapesanan ini menggabungan tiga ciri tambahan dalam satu sistem:

  • Social™ – Mendengar audio yang sama dengan beberapa orang, pada masa serentak. Sosial mewujudkan tahap baharu perkongsian audio dengan membenarkan pendengar untuk mengedarkan dan mendengar audio pilihan mereka dengan orang lain.
  • Fade™ – Menyekat atau meningkatkan hingar persekitaran sekeliling. Fade mengaktifkan sistem hingar ambien untuk mengurangkan bunyi luar, dan ciri ini turut menggunakan mikrofon yang terbenam dalam perkakas untuk meningkatkan kelantangan persekitaran pendengar melalui perintah sentuhan intuitif.
  • Amplify™ – Menukar Sound menjadi pembesar suara dengan menyatukan kedua-dua fon telinga. Amplify mewujudkan bunyi yang lebih kuat dan lebih beraneka berbanding pembesar suara mudah alih dan banyak tawaran Bluetooth® yang terkini. Ciri ini turut membolehkan berbilang unit disatukan bawah satu sumber audio, mewujudkan bunyi yang memenuhi bilik.

Human turut menawarkan peluang untuk menguji ciri tambahan beta kepada bilangan terhad pelanggan yang membuat prapesanan:

  • Speak™ – Alami terjemahan bahasa perbualan dan serta-merta, menggunakan sistem terjemahan bahasa Sound.
  • Active™ – Di dalam dan sekeliling telinga, terdapat peluang untuk pemantauan biometrik lanjutan. Active akan membawakan penjejakan biometrik ke tahap yang seterusnya.
  • Sleep™ – Padanan semulajadi Sound membolehkan pelanggan tidur dengan selesa semasa memakai peranti. Nikmati ritma bantuan REM, jejaki kitaran tidur dalam mod kuasa rendah dan dikejutkan dengan perlahan-lahan menggunakan senarai lagu pilihan anda.

Sound dibuka untuk prapesanan di IndieGogo® dengan harga dan tahap anugerah istimewa pada hari pelancaran untuk masa dan kuantiti yang terhad. 

"Kami berasa rendah diri dan teruja untuk membuka Sound Program bagi prapesanan melalui platform IndieGogo®," ulas Ben Willis, Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi. "Tanggapan tentang apa yang menjadikan peranti audio itu canggih akan berubah secara drastik."

Human memilih IndieGogo® sebagai rakan kongsinya untuk kempen prapesanannya disebabkan komuniti pengguna awalnya. IndieGogo® mempunyai sejarah dalam membantu syarikat teknologi baharu memuatkan program pengenalan mereka untuk pertumbuhan dan ia mempunyai pendekatan berpusatkan jenama dan  pelanggan untuk penyumberan ramai. 

"Masa hadapan audio adalah lebih daripada sekadar fon kepala wayarles. Industri telah mengambil jalan selamat dan beranjak sedikit sahaja untuk maju ke hadapan dalam tawaran audio penggunanya. Human mengambil langkah besar dengan mencipta kategori baharu komunikasi dan audio yang menjangkaui fon kepala dengan reka bentuk berevolusi dan suit ciri yang dinamik," jelas Joe Dieter, selaku Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pengurusan.

Human berkembang pada kadar yang mengejutkan dalam beberapa bulan lepas. Human telah mengumpulkan satu pasukan jurutera dan pereka bentuk daripada syarikat seperti Microsoft®, Amazon® dan Google® untuk merealisasikan teknologi ini.

Diasaskan oleh pasukan pereka bentuk dan jurutera Pacific Northwest, dan disokong oleh pelabur pertama Amazon® dan Apple®, Human ialah syarikat yang mencipta teknologi memperkasakan manusia dengan reka bentuk yang dipacu matlamat. Program pertama Human adalah teknologi komunikasi audio yang dipanggil "Sound." Human ingin membina program yang menyatukan teknologi dan kemanusiaan.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang Human, sila lawati http://www.humaninc.com/ atau ikut kami di Instagram® dan Facebook®.

Human™, Sound™, Sound Program™, Social™, Fade™, Amplify™, Speak™, Active™ dan Sleep™ adalah tanda dagangan Human, Incorporated, di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.  Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemiliknya masing-masing.

Untuk Pertanyaan Media:
Mimi Newman
mimi@humaninc.com
+1 323-829-3332

Source: Human, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services