omniture

Air China Memulakan Perkhidmatan Penerbangan Terus Beijing-Warsaw

Air China
2016-09-26 13:48 583

BEIJING, 26 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Air China mengumumkan bahawa penerbangan sulung Beijing-Warsaw akan mula berlepas pada 21 September, pada sidang akhbar yang diadakan di Beijing pada 20 September 2016.

Warsaw yang terletak di tebing Sungai Vistula merupakan ibu negara Poland dan juga tumpuan bagi politik, ekonomi dan kebudayaan. Ia merupakan sebuah bandar yang memberi inspirasi, aneh tetapi menarik. Warsaw dan Beijing masing-masing berbangga dengan kekayaan sejarah dan warisan budaya. Walaupun pernah melalui masa lampau yang bergolak, kedua-dua bandar ini terus dilimpahi dengan keindahan dan meriah dengan kehidupan, seperti muzik Chopin. Statistik menunjukkan 106,000 orang telah melakukan perjalanan antara China dan Warsaw setiap tahun bermula pada Jun 2015 hingga Mei 2016, meningkat 8.4% berbanding tahun lalu. Setelah memperkenalkan perkhidmatan penerbangan terus Beijing - Warsaw oleh Air China, demi memenuhi permintaan perjalanan yang terus meningkat, Air China dan LOT Polish Airlines, yang merupakan anggota perikatan syarikat penerbangan terbesar di dunia, Star Alliance, akan memulakan kerjasama perkongsian kod, yang dapat memberi lebih faedah kepada pelancong perniagaan dan percutian Cina yang melakukan perjalanan ke Poland dan dari Poland serta menawarkan lebih banyak pilihan perjalanan untuk menghubungkan penumpang di Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Asia Tenggara dan Ocenia ke Eropah Tengah serta Eropah Timur.

Laluan penerbangan Beijing - Warsaw merupakan perkhidmatan penerbangan antarabangsa jarak jauh tanpa henti kedua oleh Air China yang menghubungkan China dengan bahagian Eropah Tengah dan Timur setelah memulakan perkhidmatan penerbangan tanpa henti bagi laluan Minsk - Beijing - Budapest oleh syarikat penerbangan tersebut. Ia bukan sekadar menambah jaringan laluan global Air China menerusi hab di Beijing, bahkan ia merupakan tambahan penting untuk jaringan laluan yang menghubungkan China dengan bahagian Eropah Tengah dan Timur.

Setakat ini, Air China ialah syarikat penerbangan terbesar antara China dan Eropah, menawarkan hampir 200 penerbangan setiap minggu. Perkhidmatan penerbangan Beijing - Warsaw menjadikan jumlah laluan penerbangan Air China antara China dan Eropah sebanyak 24 laluan, menyediakan perkhidmatan untuk 19 buah bandar Eropah yang penting termasuk London, Paris, Munich, Frankfurt, Dusseldorf, Vienna, Geneva, Madrid, Barcelona, Rome dan Milan.

Penerbangan  

Penerbangan tersebut, CA737, beroperasi empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Penerbangan keluar berlepas dari Beijing pada jam 02:30 dan tiba di Warsaw pada jam 06:20. Penerbangan pulang berlepas dari Warsaw pada jam 14:10 dan tiba di Beijing pada jam 04:30 hari berikutnya. Pesawat Airbus 330-200 digunakan untuk laluan penerbangan tersebut, menyediakan tempat duduk rata sepenuhnya untuk Kelas Perniagaan dan AVOD peribadi untuk semua kelas perkhidmatan, demi menjamin pengalaman perjalanan yang benar-benar selesa buat penumpang.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

 

 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services