omniture

PDU Teknologi Outlet Berketumpatan Tinggi (HDOT) yang Meraih Anugerah Kini dengan Pengesanan Kuasa Setiap Outlet (POPS)

Server Technology
2016-12-01 21:00 467

PDU Suis HDOT Pintar Server Technology dengan Fasa Silih Ganti kini tersedia dengan Pengesanan Kuasa Setiap Outlet (POPS)

RENO, Nevada, 1 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Dengan puluhan ribu PDU HDOT yang telahpun dipasang, Server Technology kini telah melengkapkan rangkaian produknya yang paling terkenal dan inovatif dengan penambahan PDU Suis POPS (Pengesanan Kuasa Setiap Outlet) HDOT. Kini, dengan pemantauan menggunakan peranti, rak PDU paling unik dan penting yang terdapat dalam pasaran akan menyediakan penyelesaian #1 untuk ketumpatan, perancangan kapasiti dan pengurusan kuasa jarak jauh untuk pusat data moden.

generated by system

Rak PDU PRO2 Fasa Silih Ganti HDOT memperluas reka bentuk PDU modular kami yang membolehkan fungsi konfigurasi pengguna diperibadikan. Layari laman sesawang Bangunkan-Sendiri PDU Anda di https://byopdu.servertech.com untuk mengkonfigurasikan Suis POPS, POPS Pintar, Suis sahaja atau PDU rak berketumpatan tinggi Pintar sahaja yang sempurna. Proses konfigurasi Empat-Langkah serba baharu kami adalah mesra pengguna dan mampu membimbing anda secara grafik untuk memilih voltan, aliran elektrik, fasa, jenis plug, orientasi kabel input, konfigurasi outlet, ketersambungan dan pilihan warna. Menerusi ribuan konfigurasi yang mungkin terhasil, pelanggan pastinya dapat mencari produk yang tepat untuk aplikasi mereka.

"Penyepaduan pengukuran kuasa untuk rangkaian produk modular Fasa Silih Ganti HDOT kami adalah suatu cabaran kejuruteraan yang besar dan saya berbangga untuk menyatakan bahawa kami telah berjaya melaksanakannya tanpa perlu mengorbankan kualiti atau kebolehbuatan," kata Travis Irons, Pengarah Kejuruteraan di Server Technology.

Berikut ialah perincian ciri-ciri yang disediakan:

Pengesanan Kuasa Setiap Outlet

Tambahan terkini untuk rangkaian produk HDOT ialah Pengesanan Kuasa Setiap Outlet (POPS) yang memberikan ketepatan yang boleh ditaksir sebanyak +/-1% bagi penggunaan tenaga di setiap outlet untuk beban peralatan pusat data biasa. POPS juga melibatkan arus, voltan, kuasa aktif, kuasa ketara, faktor kuasa dan faktor puncak di setiap outlet. Ini memberikan analisis kecekapan dan kapasiti yang begitu hebat. POPS turut menyediakan penggera dan isyarat amaran terhadap arus, kuasa dan faktor kuasa untuk kedua-dua nilai rendah dan tinggi.

Teknologi Outlet Berketumpatan Tinggi (HDOT)

Untuk mengatasi masalah ruang fizikal terhad yang dihadapi oleh PDU dalam rak pusat data, Server Technology membangunkan Teknologi Outlet Berketumpatan Tinggi (HDOT), faktor bentuk PDU paling kecil yang dapat menambah ruang pada bahagian belakang rak yang dapat memuatkan sehingga 42 C13 dalam rangkaian tinggi 42U yang dikendalikan oleh peranti PDU—20 peratus lebih kecil berbanding PDU setara menggunakan outlet standard. Serentak dengan pelancaran HDOT, Server Technology membangunkan proses pengeluaran pusingan pantas yang dapat memberikan tempoh berlalu yang pantas untuk PDU dengan kombinasi outlet C19 dan C13 tepat di lokasi-lokasi yang diperlukan oleh pelanggan. Reka bentuk HDOT juga memberikan pengekalan kabel natif tinggi dengan lebih 12 paun kekuatan menarik, mengurangkan atau menghapuskan keperluan terhadap peranti kabel sokongan biasa dan mahal. Menerusi ketumpatan outlet yang semakin meningkat, kuasa yang terhasil juga meningkat dan bakal menambah penghasilan haba. HDOT dihasilkan menggunakan bahan-bahan bersuhu tinggi yang kukuh, mempunyai penarafan api UL94 V-0, menjadikan outlet ini sebagai pilihan yang amat ideal untuk persekitaran pusat data paling sukar.

Fasa Silih Ganti

Bagi memudahkan pengimbangan beban dan pengurusan kabel, Server Technology menawarkan PDU dengan outlet Fasa Silih Ganti, yang mengagihkan fasa mengikut setiap muatan (berbanding dalam kumpulan diskrit berasingan), yang menyediakan manfaat ketara dari segi laluan kabel yang lebih pendek, memberikan aliran udara yang lebih baik, pengimbangan beban yang lebih mudah dan kecekapan lebih hebat. Sebelum munculnya HDOT, produk Fasa Silih Ganti adalah tidak praktikal untuk dibangunkan disebabkan oleh adanya ketumpatan outlet yang rendah dengan outlet diskrit yang tersedia secara komersial.

PRO2

PRO2 ialah platform perkakas dan perisian tegar yang anjal dan mempunyai pelbagai ciri, mempunyai kuasa pengkomputeran dalam platform yang lebih tinggi, semua protokol keselamatan moden, ciri-ciri lewah dan penyesuaian maju, yang kesemuanya dibangunkan dalam produk itu. Seni bina PRO2 baharu itu amat sesuai untuk sebarang keadaan yang mementingkan keandalan dan masa operasi, khususnya untuk aplikasi bersuhu tinggi dan memerlukan tahap keselamatan yang tinggi. Dengan PRO2, pelanggan dapat mengekalkan masa operasi dengan capaian kepada data semasa dan trend masa depan.

Outlet Bersuis

Dengan kemampuan untuk MENGHIDUPKAN dan MEMATIKAN atau membut semula setiap satu atau secara berkumpulan, ciri-ciri tertentu kini boleh diperolehi seperti akses dan pengasingan outlet, turutan pemberian kuasa outlet yang mengurangkan kemungkinan berlakunya pemberian kuasa yang mengejut dan penyisihan beban pintar pilihan kami.

Latar Belakang Server Technology

Pakar strategi kuasa di Server Technology dipercayai untuk menyediakan penyelesaian Rak PDU untuk pusat-pusat data mencabar di seluruh dunia, bermula daripada syarikat-syarikat teknologi baharu kecil-kecilan kepada syarikat-syarikat besar dalam senarai Fortune 100. Lebih 60,000 pengguna di seluruh dunia bergantung pada unit pengagihan kuasa rak kami dan penyelesaian pengurusan kuasa jarak jauh yang meraih anugerah untuk meningkatkan ketumpatan, memudahkan perancangan kapasiti, memperbaiki pemantauan kuasa dan mendorong kecekapan. Memandangkan segmen kuasa adalah kepakaran kami, anda akan menemui kami di penyedia awan dan penempatan bersama yang terbaik, selain makmal dan operasi telekomunikasi berpandangan jauh. Pelanggan Server Technology terus menganggap kami sebagai penyedia PDU berkualiti tertinggi, penyedia sokongan pelanggan terbaik dan juga penyedia inovasi paling penting. Biarkan kami menunjukkan anda; kami mempunyai lebih 12,000 konfigurasi PDU agar sesuai dengan setiap keperluan pusat data dan 80% daripada PDU kami dihantar dalam tempoh 10 hari. Hanya dengan Server Technology, pelanggan akan Kekal Berkuasa, Kekal Disokong dan Mara Ke Hadapan.

Source: Server Technology
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Electronic Components Electronics Performance Measurement Broadcast feed announcements New products/services