omniture

Merck Bakal Sedia Khidmat Hujung-ke-Hujung Provantage® untuk Acticor Biotech SAS

Merck
2016-12-05 21:00 487

- Percepat pembangunan dan pengeluaran fragmen antibodi Acticor rawat strok iskemia

DARMSTADT, Jerman, 5 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan ia bakal menyediakan perkhidmatan Hujung-ke-Hujung Provantage® kepada Acticor Biotech SAS untuk mempercepat usaha pembangunan dan pengeluaran fragmen antibodi Acticor yang digunakan sebagai rawatan utama untuk strok iskemia.

generated by system

Penyelesaian Hujung-ke-Hujung Provantage® daripada Merck ialah himpunan produk dan perkhidmatan lengkap yang membolehkan syarikat-syarikat biofarmaseutikal mempercepatkan usaha pembangunan molekul untuk tujuan rawatan dan ke arah pengkomersialan.

"Penyelesaian Hujung-ke-Hujung Provantage® kami akan menyediakan Acticor dengan pendekatan pembangunan yang pantas dan anjal serta pembuatan untuk tujuan klinikal, kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Kami berharap dapat melaksanakan pembangunan dengan proses lengkap untuk fragmen antibodi, yang akan membantu mempercepatkan pembangunan molekul baharu yang penting ini melalui perancangan untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan."

Pakej siap guna merangkumi pembangunan proses, pembuatan klinikal cGMP, sokongan kualiti dan kawal selia, latihan, reka bentuk kemudahan komersial, kejuruteraan dan pembangunan, selain bekalan peralatan pengeluaran dan juga aktiviti-aktiviti pemindahan teknikal proses.

"Strok ialah punca kematian ketiga utama di dunia dan punca utama masalah hilang upaya dalam kalangan individu dewasa," kata Gilles Avenard, Ketua Pegawai Eksekutif, Acticor Biotech. "Didorong oleh statistik ini, kami berusaha membangunkan strategi terapeutik yang inovatif untuk menyediakan rawatan kecemasan yang selamat dan berkesan terhadap fasa akut strok iskemia. Menerusi jalinan kerjasama kami dengan Merck, kini kami mendapat akses terhadap himpunan perkhidmatan pembangunan dan pengeluaran yang begitu komprehensif yang akan membantu kami mencapai matlamat."

Penyelesaian Hujung-ke-Hujung Provantage® daripada Merck memberi manfaat penting dan mampu menangani cabaran utama yang dihadapi syarikat-syarikat biofarmaseutikal dalam seluruh peringkat kitar hayat di sebarang lokasi, termasuk syarikat-syarikat biofarmaseutikal yang mantap untuk mengagihkan segmen pengeluaran yang perlu mewujudkan keupayaan pengeluaran tempatan dengan pantas dan berkesan. Menerusi pendekatan hujung-ke-hujung, Merck akan membantu memudahkan dan mempercepat proses pemindahan seluruh proses itu ke lokasi baharu. Syarikat-syarikat tahap awal dengan keupayaan pengeluaran, sumber dan prasarana yang terhad, boleh memanfaatkan rakan kerjasama yang mempunyai operasi unit yang terbaik dalam kategorinya, selain sokongan dan kepakaran dalam membangunkan proses dan kemudahan pengeluaran.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 buah negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Syarikat ini memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Latar Belakang Acticor Biotech
Acticor Biotech ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal dan subsidiari Inserm, ditubuhkan pada akhir tahun 2013, khusus untuk membangunkan rawatan inovasti bagi terapi strok iskemia akut.

Acticor kini membangunkan ACT-017, Fragmen Antibodi Manusiawi (Fab). Bahan terapeutik dihalakan terhadap sasaran baharu dengan kepentingan utama, platlet glikoprotein VI (GPVI), dan merencat tindakannya. Bukti kecekapan antitrombotik ACT-017 dan tahap keselamatan perencatan GPVI telah dibuat secara ex vivo dan in vivo. Sasaran itu terlibat dalam pertumbuhan trombus, tetapi tidak terlibat dalam hemostasis fisiologi. Ini mengehadkan risiko pendarahan berkaitan dengan perencatan itu.

Acticor Biotech dibangunkan hasil kepakaran dan keputusan kajian yang dijalankan oleh para pengasasnya: Dr. Martine Jandrot-Perrus dan Dr Christian Gachet, dalam dua unit INSERM, serta Profesor Philippe Billiald di Paris-Sud University.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Broadcast feed announcements New products/services