omniture

Merck Buka Kemudahan Pengeluaran Meglumina Eksklusif di Sepanyol

Merck
2017-01-17 21:00 679

- Kemudahan patuh kawal selia, diaudit FDA berpangkalan di Mollet des Vallès, Sepanyol

- Satu-satunya kemudahan Eropah dikhususkan hanya untuk penghasilan meglumina

DARMSTADT, Jerman, 17 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan pembukaan sebuah kemudahan di Mollet des Vallès, Sepanyol khusus untuk menghasilkan meglumina, eksipien untuk farmaseutikal yang mendapat kelulusan FDA dan komponen untuk media kontras pengimejan perubatan.

generated by system

Kemudahan tersebut, yang mendapat pengesahan FDA, ialah satu-satunya kemudahan di Eropah yang menghasilkan meglumina, gula amino yang diperoleh daripada glukosa. Kemudahan di Sepanyol ini dikhususkan hanya untuk penghasilan meglumina, dan dengan itu menjamin kesinambungan bekalan untuk pelanggan, selain memenuhi peningkatan permintaan eksipien tersebut. Sebagai eksipien, meglumina bertindak balas secara langsung dengan bahan-bahan farmaseutikal aktif untuk meningkatkan keterlarutan. Oleh yang demikian, pengeluar meglumina perlu mematuhi keperluan kawal selia dan kualiti ketat yang sama seperti API.

"Kemudahan baharu kami dioptimumkan dari segi proses pengeluarannya demi mencapai kecekapan lebih tinggi dan memenuhi piawaian kualiti paling ketat bagi penghasilan meglumina," kata Andrew Bulpin, Ketua Bahagian Pemasaran Strategik Penyelesaian Proses & Inovasi, Life Science. "Hasil yang dicapai ialah keyakinan yang tinggi dari segi kualiti dan keselamatan bekalan untuk pelanggan kami."

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik dan mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal untuk merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang tertua di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat ini memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion