omniture

Bond No. 9 Nolita

BOND NO. 9 NEW YORK
2017-02-14 22:37 600

Gandingan wangian-gincu yang pertama di dunia, Bond No. 9 Nolita, muncul  dengan ketibaan Musim Bunga '17, merupakan satu keraian hebat  kewanitaan yang menggoda dan kejiranan pusat tumpuan hiburan terkini Pusat Bandar.

NEW YORK, 14 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Pengakuan kami di Bond No. 9:  Suasana di sini sungguh sibuk sejak  akhir-akhir ini yang menyebabkan kami hamper tiada masa untuk bersiar-siar di persekitaran dan meneroka jalan-jalan lain di luar ibu pejabat  kami di Bond Street. Tetapi keadaan berubah apabila berita mengenai  Nolita,  satu kejiranan yang bermula hanya di seberang Houston Street, menjadi kegemaran generasi Milenial dan  menjadi tumpuan utama antara pusat-pusat hiburan Pusat Bandar. Kami lakukan perkara yang kami biasa lakukan dengan kawasan-kawasan kejiranan ikonik New York. Kami berikan harumannya yang tersendiri.  Eau de parfum Nolita, diperkenalkan pada April 2017, seiring ketibaan musim bunga '17.

Ikutilah  Siaran Berita Multimedia interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/8025051-bond-no-9-nolita-perfume-lipstick-duo

Tetapi apakah Nolita? Dengan lokasinya yang terbaik di selatan Noho, timur Soho, dan barat Lower East Side, enklaf ini yang dihiasi jalan-jalan sempit yang dibarisi pokok-pokok sememangnya hebat dan mengagumkan. Tidak hairanlah ia menempatkan New Museum dan salah satu daripada kedai buku yang terkemuka di New York. Tambahan pula, ia menjadi tarikan kepada butik-butik kecil yang anggun lagi memikat (pakaian dan kasut gaya terkini untuk wanita!).

Namun begitu, seolah-olah satu keajaiban, Nolita terselamat daripada arus pemodenan yang ketara. Tidak kelihatan sebarang bangunan tinggi yang kontemporari.

Ia adalah sebahagian daripada masa silam- dan berbagai tarikan wanita yang hangat dan menggoda di butik-butiknya yang canggih - telah mengilhamkan eau de parfum Nolita Bond No.9. Not-not awal bermula dengan bunga freesia haruman klasik wanita, digabungkan dengan haruman tangerin yang menyegarkan. Melati tropika yang mengasyikkan disebatikan bersama teratai yang memukau lagi romantis sebagai inti patinya. Kesemua ini dikekalkan dengan not asas yang hangat  dan mempesonakan - ambar, kesturi, dan cendana.

Masih dengan tema penggoda, kami melengkapi wangian Nolita dengan  kucupan  warna-warna gincu yang meriah dalam pelbagai warna merah keemasan, fuchsia, dan merah jambu  - kerana  untuk Gadis Bond No. 9, sebatang gincu tidak akan pernah memadai. Mengiringi Nolita eau de parfum ialah inovasi  Bond No. 9 - gincu berkrim kami yang pertama, mengiurkan dalam  warna merah New York sejati dan tulen yang tiada tandingan. Gincu yang sempurna untuk si Gadis Bond No. 9!

Berada di kaunter-kaunter pada April 2017.

Butik Bond No. 9 New York, Saks Fifth Avenue, gedung Bloomingdales terpilih, Harrods, dan www.bondno9.com

Harga:100ml, $350.

Source: BOND NO. 9 NEW YORK
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Broadcast feed announcements New products/services