omniture

One-Blue Kurangkan 20% Kadar Royalti

One-Blue, LLC
2017-02-27 22:30 428

NEW YORK, 27 Februari 2017 /PRNewswire/ -- One-Blue, LLC hari ini mengumumkan ia akan mengurangkan kebanyakan kadar royaltinya sebanyak 20% bermula 1 April 2017. One-Blue ialah syarikat yang menawarkan penyelesaian kedai sehenti untuk paten-paten pelesenan daripada 17 pemberi lesen utama yang penting untuk produk-produk Blu-ray Disc (BD). Memandangkan produk-produk BD adalah serasi ke belakang, program-program pelesenan One-Blue untuk produk-produk BD termasuk paten-paten yang penting mengikut piawaian standard optik, iaitu piawaian BD, DVD dan CD. Dengan pengurangan royalti yang besar ini, One-Blue bertindak balas secara proaktif terhadap penamatan tempoh paten semasa dan berterusan berkaitan piawaian DVD. Pengurangan kadar royalti sebanyak 20% itu merangkumi program-program pelesenan One-Blue untuk kebanyakan produk BD, termasuk pemain, perakam, pemacu, komputer peribadi (PC) dan perisian. Kadar royalti One-Blue untuk pemain BD, contohnya, akan dikurangkan daripada US$9 kepada US$7.20 dan kadar royalti untuk perakam BD dikurangkan daripada US$12 kepada US$9.60 untuk penghantaran produk-produk berlesen yang dibuat pada atau selepas 1 April 2017.  

One-Blue yakin piawaian baharu kadar royalti dan terma-terma lesen yang menggalakkan akan terus menyediakan nilai hebat kepada pengeluar dan pemilik jenama produk-produk BD untuk skop dan keluasan portfolio paten One-Blue.

One-Blue kini berusaha mewujudkan satu program pelesenan untuk produk-produk Ultra HD Blu-ray Disc (UHD-BD), yang dijangka akan diumumkan beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang program pelesenan One-Blue, termasuk senarai lengkap kadar royalti One-Blue, sila layari laman sesawang One-Blue di www.one-blue.com.

Latar Belakang One-Blue

One-Blue, LLC, ialah kedai sehenti untuk paten-paten yang penting kepada piawaian Blu-ray Disc™ daripada pemberi lesen terkemuka, termasuk ARRIS Enterprises LLC, Columbia Technology Ventures, CyberLink, Dell, Fujitsu, Hitachi Consumer Electronics Co. Ltd., HP Inc., JVCKENWOOD, LG Electronics, Panasonic, Pioneer, Philips, Samsung, Sharp, Sony, Taiyo Yuden dan Yamaha. Kesemua tujuh belas Pemberi Lesen ini menyediakan lebih sepuluh ribu paten produk Blu-ray Disc™ yang dikeluarkan di seluruh dunia yang penting untuk melaksanakan piawaian Blu-ray, DVD, serta CD. One-Blue menawarkan lesen-lesen untuk paten-paten ini kepada pelbagai produk Blu-ray Disc™ termasuk pemain, perakam, pemacu main balik, pemacu perakam, perisian, komputer peribadi (PC), cakera prarakam dan cakera boleh rakam. One-Blue bermatlamat untuk mewujudkan persaingan yang saksama dan himpunan patennya dibangunkan menurut amalan terbaik industri dengan menyediakan kadar royalti yang menarik, kos urus niaga yang rendah dan proses pelesenan paten yang diselaraskan.

 

Source: One-Blue, LLC
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components