omniture

ZTE lancar rangkaian penuh stesen utama prakomersial 5G

ZTE Corporation
2017-02-28 01:16 490

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan ia akan melancarkan rangkaian penuh stesen utama prakomersial 5G mmWave dan Sub6GHz, serta akan mendemonstrasikan kadar puncak 50 Gbps stesen utama 5G mmWave di Kongres Dunia Mudah Alih 2017 di Barcelona. Pelancaran ini membolehkan para pengendali menggunakan produk ini dan mengambil peluang era 5G agar pengguna dapat menikmati kadar terunggul 5G lebih awal.

Di MWC, rangkaian penuh produk prakomersial 5G mmWave dan Sub6GHz ZTE menunjukkan sokongan terhadap antara muka udara baharu radio baharu (NR) dan jalur frekuensi 5G aliran utama Projek Perkongsian Generasi Ketiga (3GPP) dalam industri. Rangkaian ini menggunakan input berbilang, output berbilang (MIMO) besar, Penjejakan Alur dan pembentuk alur selain teknologi-teknologi 5G utama yang lain, demi memenuhi keperluan pelaksanaan prakomersial 5G dalam pelbagai senario. Stesen utama 5G Sub6GHz merupakan stesen utama terkecil dan paling ringan dengan penyepaduan tahap tertinggi dalam industri, dan pemprosesan data mereka boleh mencapai 10 Gbps. ZTE, dan rakan strategiknya, China Mobile, turut membuat demonstrasi bersama-sama untuk stesen utama prakomersial 5G mmWave tersebut.

Pada tahun 2016, ZTE menjadi vendor pertama dunia yang menentusahkan teknologi-teknologi utama dalam segmen 5G mmWave dan Sub6GHz selain berjaya menyempurnakan ujian lapangan 5G mmWave. Dengan prestasi cemerlangnya, ZTE mendahului dan melepasi kesemua ujian dalam fasa pertama ujian 5G China. ZTE berjaya menyempurnakan teknologi titik tunggal 5G dan pengesahan prototaip dan kini memasuki fasa pengesahan penyelesaian 5G serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk. Pelancaran rangkaian penuh stesen utama 5G mmWave dan Sub6GHz memberi laluan kepada ujian dan pelaksanaan prakomersial 5G yang selanjutnya.

Sebagai salah satu teknologi 5G utama, MIMO Besar memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan frekuensi dan lebar jalur antara muka udara. Pada Jun 2014, ZTE menjadi vendor pertama dunia yang mengetengahkan konsep Pre5G dalam era 4G dan memperkenalkan MIMO Besar dalam kegunaan komersial lebih awal, demi memenuhi peningkatan keperluan data pengguna dan membolehkan evolusi lancar menuju era 5G. Setakat ini, MIMO Besar Pre5G ZTE digunakan secara meluas oleh China Mobile, Softbank (di Jepun) dan pasaran mewah global yang lain.

Diiktiraf secara meluas oleh pengendali dan industri, MIMO Besar telahpun digunakan dalam senario 5G menerusi rangkaian mudah alih sedia ada. Ia dapat menyelesaikan masalah teknologi dan aplikasi yang berlaku semasa proses operasi komersial, dan sangat mempercepatkan kematangan teknologi 5G teras dan memendekkan tempoh pengesahan produk dengan berkesan selain penggunaan komersial secara besar-besaran. ZTE telah memohon beratus-ratus paten teknikal dan menyumbang kepada banyak cadangan berharga daripada organisasi-organisasi standard berhubung proses teknologi ini berasaskan data besar yang dikumpul daripada senario sebenar.

Zhang Jianguo, naib presiden kanan ZTE berkata: "ZTE akan meneruskan usaha inovasinya dalam segmen 5G bagi memenuhi keperluan produk dan perkhidmatan untuk pengguna. ZTE akan menguasai tempat dalam pasaran komersial 5G pertama dunia dan menyediakan asas kukuh demi masa depan Internet Komunikasi Benda (IoT)."

Latar Belakang ZTE 

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited menyediakan pengguna dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada hasil tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Maklumat Perhubungan Media:


Margrete Ma

Daniel Beattie

ZTE Corporation

AxiCom

Tel: +86 755 26775207

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: daniel.beattie@axicom.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Software Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news