omniture

Yayasan Tory Burch Lancar Kempen Galakkan Wanita Untuk #EmbraceAmbition

Tory Burch Foundation
2017-03-08 13:01 619

-- Inisiatif Termasuk Video PSA Tampilkan Gwyneth Paltrow, Julianne Moore, Reese Witherspoon, Kerry Washington, Gabby Douglas

NEW YORK, 8 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Yayasan Tory Burch hari ini mengumumkan pelancaran sebuah kempen global, #EmbraceAmbition, untuk menggalakkan wanita mengejar cita-cita. Inisiatif ini bermula hari ini serentak dengan Hari Wanita Antarabangsa. Diinspirasikan hasil pengalaman peribadi Tory sebagai seorang wanita dan usahawan, kempen ini bertujuan untuk menangani dwistandard yang wujud di sekeliling cita-cita, yang selalunya dilihat sebagai satu kekuatan bagi lelaki tetapi sebagai nilai negatif bagi golongan wanita.

Alami pengalaman interaktif Siaran Berita Multimedia di sini: https://www.multivu.com/players/English/8056451-tory-burch-foundation-embraceambition/

Asas kepada kempen ini adalah video PSA yang meraikan cita-cita, dicipta bersama Laird+Partners. PSA memaparkan selebriti dan pemimpin dari pelbagai industri termasuk hiburan (Gwyneth Paltrow, Julianne Moore, Kerry Washington, Chris Pine, Reese Witherspoon), fesyen (Anna Wintour), sukan (Billie Jean King, Gabby Douglas, Laila Ali), perniagaan (Eric Schmidt, Sheryl Sandberg), dermawan (Melinda Gates) dan ramai lagi.

Empat puluh tahun semenjak pergerakan hak wanita moden bermula, bilangan yang berkaitan dengan kesaksamaan wanita di tempat kerja masih lagi terlalu rendah. Hanya 4 peratus dari Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Tersenarai Fortune 500 adalah wanita dan kurang daripada 20 peratus wanita memegang jawatan dalam lembaga pengarah. Dalam kerajaan, wanita mewakili kira-kira 19 peratus daripada Kongres dan menyumbang kurang daripada 10 peratus sebagai pemimpin kebangsaan di seluruh dunia.

"Walaupun terdapat halangan secara sistematik terhadap kejayaan wanita di bidang perniagaan, adat dan budaya juga harus dipersalahkan," jelas Tory Burch, pengasas Yayasan Tory Burch. "Dalam sebuah temubual pertama saya, seorang wartawan telah menyebut perkataan "bercita-cita tinggi", dan saya berkata bahawa perkataan ini membuatkan saya marah. Seorang rakan saya berkata, "Anda tidak sepatutnya menjauhkan diri dari perkataan itu." Dia betul. Saya menyedari bahawa saya telah dikuasai oleh stigma bahawa wanita tidak boleh mempunyai cita-cita – bahawa ia sesuatu yang tidak menarik. Ia mencipta dwistandard yang berbahaya yang perlu kita atasi dalam usaha mencapai kesaksamaan."

Sebagai sebahagian daripada kempen, pengunjung EmbraceAmbition.org boleh berikrar secara digital kepada #EmbraceAmbition, mencabar rakan-rakan untuk berikrar dan berkongsi cita-cita mereka di media sosial. Juga terdapat kandungan, cara dan temubual tentang cita-cita bersama wanita-wanita yang telah berjaya.

 "Kebanyakan wanita mempunyai cita-cita, tetapi ramai yang takut untuk menunjukkannya," kata Presiden Yayasan Laurie Fabiano. "Matlamat kami adalah supaya wanita mengambil sedikit masa untuk berfikir sama ada mereka telah menyembunyikan cita-cita mereka dan persoalkan tindakan itu."

Sebagai tambahan, gelang tangan dan kemeja-T #EmbraceAmbition boleh didapati di butik-butik Tory Burch dan Tory Sport di seluruh dunia dan dalam talian. Seratus peratus daripada hasil bersih jualan produk-produk ini di Amerika Syarikat akan memberi manfaat kepada Yayasan.

Cara-cara untuk #EmbraceAmbition:

*Berikrar secara digital dan cabar rakan-rakan untuk melakukan yang sama menggunakan 'hashtag' #EmbraceAmbition

*Tonton dan kongsi video PSA

Latar Belakang Yayasan Tory Burch

Yayasan Tory Burch memberi kuasa kepada usahawan wanita dengan menyediakan akses kepada modal, pendidikan dan sumber digital: Program Fellows menyediakan 10 Fellow setiap tahun sebagai sokongan untuk mengembangkan perniagaan mereka; Program Modal Tory Burch, dikuasakan oleh Bank of America, telah mengagihkan $25 juta dalam bentuk pinjaman kepada 1,000 usahawan wanita; lebih daripada 140 wanita telah menamatkan kursus pendidikan perniagaan mendalam melalui kerjasama Yayasan Tory Burch bersama Program Pendidikan Perniagan Kecil Goldman Sachs, dan laman sesawang, www.ToryBurchFoundation.org, ialah destinasi mesti dikunjungi oleh usahawan wanita. Ikuti Yayasan Tory Burch di Instagram, Facebook, LinkedIn dan Twitter menggunakan 'hashtag' #EmbraceAmbition.

 

Source: Tory Burch Foundation
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility New products/services Small Business Services Women-related news