omniture

ZTE Meningkat ke Tempat Pertama dalam Senarai Paten Organisasi Harta Intelek Dunia

ZTE Corporation
2017-03-17 13:04 627

SHENZHEN, China, 17 Mac 2017 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ) disenaraikan di tempat pertama dalam senarai tahunan terbaru Organisasi Harta Intelek Dunia bagi permohonan paten, mencerminkan peningkatan tumpuan syarikat terhadap kajian dan pembangunan teknologi generasi akan datang termasuklah 5G, kemayaan rangkaian, pengawanan dan Internet Komunikasi Benda.

ZTE memfailkan 4,123 permohonan untuk paten di bawah Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) pada 2016, lebih daripada mana-mana syarikat lain, menurut data yang diterbitkan oleh WIPO. ZTE beralih ke kedudukan teratas selepas menduduki tempat ketiga setahun sebelumnya, dan syarikat telahpun berada di kedudukan 3 Teratas dalam senarai tahunan WIPO saban tahun sejak 2010.

Huawei Technologies, dengan 3,692 permohonan paten pada 2016, disenaraikan di nombor 2 oleh WIPO, diikuti oleh Qualcomm Inc. dengan 2,466, Mitsubishi Electric dengan 2,053 dan LG Electronics dengan 1,888 permohonan.

"Posisi teratas ZTE dalam senarai kedudukan paten tahunan baharu WIPO mencerminkan semangat kami yang berterusan untuk menerajui industri ICT dalam pembangunan teknologi generasi akan datang," kata Shen Nan, Ketua Pegawai Harta Intelek ZTE. "Sebagai peneraju global dalam inovasi teknologi, ZTE benar-benar komited terhadap promosi dan perlindungan harta intelek."

Dengan 20 pusat R&D di Asia, Amerika Utara dan Eropah, ZTE melaburkan lebih daripada 10% keuntungan tahunan kepada R&D, menggaji lebih daripada 30,000 profesional penyelidikan bagi pembangunan teknologi generasi akan datang termasuklah 5G, IoT, NFV, SDN, Pengkomputeran Awan, Data Besar dan Bandar Pintar.

Dengan lebih daripada 1,500 permohonan paten berkaitan 5G, ZTE adalah pembekal pertama di dunia yang mengesahkan teknologi utama dalam gelombang millimeter 5G dan frekuensi sub-6GHz pada 2016. ZTE telah berjaya menyempurnakan teknologi titik-tunggal dan verifikasi prototaip 5G dan kini telah memasuki fasa verifikasi dan R&D.

"Pemfail yang berpangkalan di China adalah penyumbang utama terhadap pertumbuhan paten antarabangsa dan pemfailan tanda dagangan, mencatatkan perkembangan yang hebat dalam mengantarabangsakan perniagaan mereka selaras dengan perjalanan negara itu daripada 'Buatan China' kepada 'Ciptaan China'," kata Francis Gurry, Ketua Pengarah WIPO.

Penyelesaian Pra5G proprietari ZTE membolehkan pembawa rangkaian untuk mempercepatkan pengaplikasian teknologi 5G pada infrastruktur 4G LTE sedia ada, dan digunakan dalam lebih daripada 40 rangkaian di 30 negara oleh pembawa rangkaian termasuklah SoftBank, China Mobile dan Telefonica.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi canggih, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, pembawa rangkaian, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi M-ICT ZTE, syarikat komited untuk membekalkan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung yang bersepadu untuk memberikan kecemerlangan dan nilai pada masa sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bergabung. Disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong dan Shenzen (kod stok saham H: 0763.HK / Kod stok saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih daripada 500 pengendali di lebih daripada 160 negara. ZTE memperuntukkan 10 peratus daripada keuntungan tahunannya untuk penyelidikan dan pembangunan dan memiliki peranan kepimpinan dalam organisasi penentuan standard antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.zte.com.cn.

Hubungan Media:

Margrete Ma

Daniel Beattie

ZTE Corporation

AxiCom

Tel: +86 755 26775207

Tel: +44 (0)20 8392 8071

Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Emel: daniel.beattie@axicom.com

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Patent Law