omniture

InnoLight Technology Umum Penghantaran Besar-Besaran 17 Produk 100G QSFP28 dan Pengenalan 400G OSFP di OFC 2017

InnoLight Technology
2017-03-20 08:00 654

SUZHOU, China dan SANTA CLARA, California20 Mac 2017 /PRNewswire/ -- InnoLight Technology, peneraju bagi penghantar-terima optik pengkomputeran awan generasi seterusnya, hari ini mengumumkan penghantaran besar-besaran himpunan produk QSFP28 yang lengkap. InnoLight turut mengumumkan ketersediaan 400G OSFP pertama dalam Industri sempena OFC 2017.

Hasil gabungan rangkaian Telekomunikasi, Mudah Alih, Perusahaan dan Pusat Data ke dalam seni bina rangkaian awan, permintaan terhadap jalur lebar tinggi dan merata serta optik berkos rendah turut meningkat secara mendadak. 100G QSFP28 menjadi piawaian sebenar optik bersaling hubung untuk rangkaian awan. Mengikut $/Gbit, 100G QSFP28 adalah lebih menjimatkan kos berbanding 10G SFP+ serta 40G QSFP+, dan dalam beberapa keadaan, dengan margin yang besar. Ekoran prestasi harga yang tiada tandingan ini, semua peserta industri serta merta melancarkan sambungan QSFP28. Bagi menyokong penerimaan yang pesat ini, InnoLight memperkenalkan portfolio optik QSFP28 paling komprehensif dalam industri:

- QSFP28 SR4

- QSFP28 eCWDM4

- QSFP28 eSR4

- QSFP28 CLR4

- QSFP28 AOC

- QSFP28 LR4 (Eternet)

- QSFP28 to 4X25G SFP28 AOC

- QSFP28 LR4 (dwikadar)

- QSFP28 PSM4

- QSFP28 LR4 Terima Sahaja

- QSFP28 CWDM4

- QSFP28 ER4-Lite

Secara keseluruhannya, InnoLight kini mempunyai 17 bahagian QSFP28 untuk pengeluaran besar-besaran.

Selain 100G, pencapaian seterusnya ialah 400G. Bagi mendayakan pengembangan 400G, InnoLight akan memperkenalkan dan mengadakan demonstrasi langsung untuk optik 400G OSFP pertama dalam Industri sempena OFC, Los Angeles tahun ini.

"Seni bina 4X terbukti sebagai platform optik yang paling menjimatkan kos untuk optik jalur lebar yang tinggi. Platform ini menjadi penyelesaian berpengaruh untuk kedua-dua 40G dan 100G. Kami menjangkakan platform ini akan meneruskan kejayaannya kepada 400G, sama ada menurut seni bina 4x50Gx2 atau 4X100G. InnoLight bersungguh-sungguh memacu pembangunan 400G dalam faktor bentuk OSFP dan QSFP-DD agar terus memberikan prestasi optik dengan harga yang terbaik dalam industri," kata Osa Mok, Ketua Pegawai Pemasaran, InnoLight Technology.

Latar Belakang InnoLight

InnoLight Technology mereka, membangunkan dan memasarkan penghantar-terima optik berkelajuan tinggi yang membolehkan pengembangan jalur lebar yang pesat bagi rangkaian awan generasi seterusnya. Penyelesaiannya menawarkan prestasi teknikal terunggul, cadangan nilai yang menarik dan kelebihan tempoh untuk dipasarkan yang amat penting dalam perkembangan pusat data awan yang mampan.

www.innolight.com

Source: InnoLight Technology
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Trade show news