omniture

Merck Perkenalkan Portfolio Mobius® MyWay untuk Pemasangan Penggunaan Tunggal Tersuai

Merck
2017-03-21 20:00 422

- Portfolio baharu menawarkan masa penghasilan lebih pendek untuk pengilangan bio lebih pantas

- Mengoptimumkan keseimbangan kepantasan penghantaran dan penyesuaian

DARMSTADT, Jerman, 21 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini melancarkan suatu program pertama kali dalam industri— Portfolio Mobius® MyWay, sebuah program yang membolehkan lebih fleksibiliti, kebolehramalan bekalan yang lebih baik dan masa penghasilan yang lebih pendek untuk pengilangan ubatan yang lebih cekap dan selamat.

generated by system

"Kami memiliki satu-satunya penyelesaian gunaan tunggal yang lengkap dalam industri, memberikan pelanggan tiga cara berbeza untuk mencipta pemasangan boleh tersuai," kata Andrew Bulpin, Ketua Pemasaran & Inovasi Strategik Penyelesaian Proses di  perniagaan sains hayat Merck. "Ia penting bagi pelanggan, daripada organisasi pengilangan kontrak kepada syarikat farmaseutikal besar, di mana cabaran terbesar adalah mendapatkan pemasangan khusus dengan masa penghasilan yang pantas dan boleh diharap untuk pusing balik yang lebih cepat dan pengilangan bio yang lebih pantas."

Untuk pengilang komersial, portfolio Mobius® MyWay Merck membantu meminimakan gangguan dan penangguhan jadual. Kilang percubaan mendapat faedah daripada rekaan pemasangan dan penghantaran yang lebih cepat untuk menyesuaikan dengan keperluan yang baharu dan berubah-ubah dalam masa sebenar. Organisasi pengilangan kontrak mendapat faedah menerusi masa penghasilan yang lebih andal, membolehkan perancangan yang lebih baik, yang membantu memastikan penghantaran produk tepat pada masanya.

Portfolio Merck menawarkan pilihan pemasangan yang sudah tersedia dan dibuat mengikut tempahan, dan juga konfigurasi boleh tersuai sepenuhnya. Pemasangan yang tersedia sebagai sebahagian daripada portfolio Mobius® MyWay digunakan untuk pengurusan lancar yang selamat dan berkesan merentasi proses aliran atas dan bawah, daripada penyediaan penimbal rutin dan media, kepada proses aseptik premium yang kritikal dan pengilangan ubatan akhir.

Pemasangan dibahagikan kepada tiga kategori, setiap satunya menawarkan tahap fleksibiliti konfigurasi yang berbeza:

  • Mobius® Stock menawarkan penyelesaian mengikut permintaan yang sedia untuk dihantar dalam masa 24 jam.
  •  Mobius® Select menawarkan keseimbangan kelajuan dan keupayaan konfigurasi yang optimum bagi pemasangan khusus daripada koleksi komponen yang dioptimumkan dengan masa penghasilan pantas 6-minggu.
  • Mobius® Choice menawarkan penyelesaian yang amat tersuai daripada koleksi komponen kami yang meluas, dihantar mengikut masa penghasilan biasa.

Antara pemasangan-pemasangan yang terkandung dalam portfolio Mobius® MyWay ialah sistem Mobius® MIX yang menampung sehingga kepada 1,000 liter; tangki penyimpanan dan pengangkutan sehingga 3,500 liter; penghubung steril dan formulasi akhir gunaan tunggal Lynx® CDR, penapisan dan pemasangan pengisian akhir.

Kesemua hebahan berita Merck diedarkan melalui emel pada masa yang sama ia boleh didapati di Laman Sesawang Merck. Sila ke www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menamatkan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck

Merck ialah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 50,000 pekerja bertugas untuk terus membangunkan teknologi yang memperbaiki dan meningkatkan kehidupan – dari terapi biofarmaseutikal untuk merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem canggih untuk kajian dan penghasilan saintifik, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan televisyen LCD. Pada 2016, Merck menjana jualan € 15.0 bilion di 66 buah negara.

Diasaskan pada 1688, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan kimia tertua di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti bagi kumpulan korporat yang tersenarai secara awam ini. Merck memiliki hak global terhadap nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian adalah di Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Source: Merck
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals