omniture

Gucci Bakal Lancar Koleksi Kapsul Eksklusif Melalui MR PORTER

MR PORTER.COM
2017-04-10 14:30 692

LONDON, 10 April 2017 /PRNewswire/ -- MR PORTER, destinasi dalam talian bertaraf global yang memenangi anugerah untuk gaya lelaki, berserta Gucci, salah satu jenama fesyen mewah terkenal di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran koleksi kapsul eksklusif akan datang di bawah arahan kreatif Alessandro Michele.

MR PORTER x Gucci Exclusive Capsule
MR PORTER x Gucci Exclusive Capsule

Diperkenal buat julung kali melalui MR PORTER pada 18 Mei, koleksi kapsul 43 helai pakaian ini diinspirasikan oleh elemen pembandaran dan ekspresi diri, digandingkan dalam bebayang jahitan klasik dan pakaian sukan yang eksentrik. Koleksi ini terdiri daripada pakaian sedia dipakai, kasut dan aksesori dan mengadunkan tekstur serta fabrikasi beraneka Butik tersebut dalam palet warna terang iaitu jingga dan kuning berseri, biru langit dan merah Bordeaux.  

Paling ketara dalam koleksi ini ialah motif ikonik Gucci seperti lebah dan harimau, serta tambahan terkini, seperti rangka manusia dan kucing, yang dihiasi dengan ceria pada seluruh blazer atau poket sepasang seluar jeans pudar. Pakaian yang menonjol termasuk baju ungu fil coupé, baju sejuk leher bulat lebah jacquard bulu satu ela, jaket berzip jersi teknikal berwarna beri biru dengan corak 'paisley' dan sulaman corak harimau, serta sepasang kasut 'loafer horsebit' dalam corak kertas dinding GG yang dijelaskan dalam mimosa yang menarik.

Koleksi selebihnya menyediakan lima jeans berpoket berwarna biru lesi, jaket dan seluar tempahan khas diinspirasikan sekolah prep berserta dua suit formal, pakaian sukan teknikal dan aksesori kecil termasuk gelang kulit, kafling, tali leher, jam tangan dan skarf. Label Gucci berwarna kuning akan ditampilkan pada semua pakaian yang sedia untuk dipakai, unik untuk koleksi kapsul eksklusif ini.

Koleksi kapsul eksklusif ini ialah gabungan contoh terbaik antara akar umbi seni menjahit Inggeris tradisional MR PORTER dan romantisme Itali Gucci, dan semua pakaian ini digandingkan dalam unsur kelembutan dari segi semangat dan keunikan.

Kempen pemasaran global bersepadu akan melancarkan perkongsian ini menerusi platform media sosial, emel dan laman sesawang serta aplikasi MR PORTER, memuncak menerusi rakaman video MR PORTER x GUCCI eksklusif di lokasi di London.

"Kami berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Gucci dalam projek eksklusif ini, sewaktu Butik ini dilihat begitu bertenaga dan berpengaruh dengan rekaannya. Bakat Alessandro dan pasukan beliau benar-benar menyerlah melalui koleksi pakaian ikonik dalam kapsul unik ini, yang kesemuanya kami yakini bakal membawakan kejayaan serta merta bersama pelanggan global kami."

En Toby Bateman, Pengarah Urusan, MR PORTER

"Kami berbesar hati dapat meneruskan kejayaan koleksi kapsul eksklusif kami untuk Net a Porter tahun lalu menerusi kapsul baharu kali ini untuk Mr. Porter, sebahagian pelanggannya tidak dapat dinafikan lagi terdiri daripada pengguna fesyen busana lelaki paling berpengetahuan dan sofistikated dalam pasaran."

En Marco Bizzarri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gucci

Harga bermula daripada £140 / $200 hingga £2,030 / $3,350

Untuk melihat Koleksi Gucci terkini: https://www.mrporter.com/mens/designers/gucci

MRPORTER.COM 

MR PORTER dilancarkan pada Februari 2011 dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi runcit bertaraf global yang memenangi anugerah untuk gaya lelaki, digabungkan dengan tawaran produk tiada tandingan daripada jenama-jenama busana lelaki dan mewah terbaik dunia – termasuk Saint Laurent, Prada, Gucci, Brunello Cucinelli, Ermenegildo Zegna, Moncler, Acne Studios, APC, Kingsman, Tom Ford, Common Projects, IWC Schaffhausen dan Bremont. MR PORTER melengkapi busana lelaki terbaik dalam kelasnya menerusi kategori-kategori yang semakin berkembang dan memajukan industri, seperti jam tangan mewah, dandanan, prestasi, sukan, teknologi dan gaya hidup. Selain itu, MR PORTER menerbitkan kandungan tiada tandingan menerusi majalah digital mingguan yang sesuai untuk membeli belah. The Journal, akhbar dwibulanannya, The MR PORTER Post, dan sumber berita digital beberapa kali sehari bersaiz amat kecil, The Daily, semuanya dikuasakan oleh MRPORTER.COM. Kandungan video MR PORTER juga boleh distrim dan sesuai untuk membeli belah daripada aplikasi Apple TVnya sendiri. MR PORTER mengungguli khidmat pelanggan yang tiada tandingan dengan penghantaran seluruh dunia yang pantas ke lebih 170 negara, termasuk penghantaran hari yang sama ke New York dan London serta penghantaran hari berikutnya ke UK, AS, Jerman dan Perancis, suatu pengalaman membeli belah yang lancar menerusi telefon bimbit, tablet, komputer meja, emel, telefon, pembungkusan khas putih dan hitam, pulangan mudah dan khidmat penjagaan pelanggan berbilang bahasa selain pasukan membeli belah peribadi yang tersedia 24/7, 365 hari setahun.

www.mrporter.com

(Instagram:@mrporterlive / Facebook:#mrporterlive/ Wechat: MRPORTERLIVE)

GUCCI
Diasaskan di Florence pada tahun 1921, Gucci ialah salah satu jenama fesyen mewah terkemuka dunia, memiliki reputasi terulung menerusi daya kreativiti, inovasi dan ketukangan Itali. Gucci ialah sebahagian daripada Kering Group, peneraju dunia bagi pakaian dan aksesori yang memiliki portfolio merangkumi jenama-jenama mewah, sukan dan gaya hidup yang hebat. Untuk maklumat lanjut tentang Gucci, layari www.gucci.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/487843/MR_PORTER_x_Gucci_Exclusive_Capsule.jpg

 

Source: MR PORTER.COM
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles New products/services