omniture

Airborne Wireless Network Terima Kelulusan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan untuk Uji Sistem Demonstrasi

Airborne Wireless Network
2017-05-06 01:26 688

SIMI VALLEY, California, 6 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Airborne Wireless Network (OTCQB: ABWN), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka telah diberi sijil operasi eksperimen oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan ("FCC"), nombor fail 0378-EX-ST-2017X. Kelulusan FCC ini membolehkan ABWN menjalankan ujian darat dan ujian penerbangan sistem demonstrasi mereka, dalam membangunkan Infinitus Super HighwayTM, sistem komunikasi udara-ke-udara Syarikat yang dipatenkan. Kelulusan FCC membenarkan Syarikat untuk menjalankan ujian darat dan dalam kawasan operasi ujian penerbangan yang dicadangkan berhampiran Roswell, New Mexico.

Sebagai sebahagian daripada ujian, Syarikat akan menggunakan dua pesawat tapak uji Boeing dan menghantar data jalur lebar antara setiap pesawat dalam penerbangan dan stesen bumi, dalam jaringan rangkaian hubungan udara-ke-udara dan udara-ke-darat yang pertama seumpamanya.

Jason T. de Mos, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Pematuhan Penerbangan Syarikat, berkata, "Kelulusan ini adalah satu pencapaian yang penting dalam ujian dan pembangunan Infinitus Super Highway kami. Kami percaya teknologi kami mempunyai potensi untuk menjadi satu peluang penting dalam memperbaiki dan mewujudkan saluran global yang akan membawa ketersambungan ini melangkaui batasan semasa. Kami tidak sabar menunggu ujian demonstrasi ini dan membawakan sistem rangkaian komunikasi baharu, yang sangat inovatif ini ke pasaran."

Later Belakang Airborne Wireless Network         

Syarikat bercadang untuk mewujudkan rangkaian wayarles udara jalur lebar kelajuan tinggi dengan menghubungkan pesawat komersial dalam penerbangan. Setiap pesawat yang mengambil bahagian dalam rangkaian ini dijangka akan bertindak sebagai pengulang atau penghala udara, menghantar dan menerima isyarat jalur lebar dari satu pesawat ke pesawat seterusnya dan mewujudkan lebuh raya digital di langit. Syarikat mahukan rangkaian ini untuk menjadi saluran internet jalur lebar kelajuan tinggi bagi memperbaiki liputan ketersambungan. Syarikat tidak berhasrat untuk menyediakan liputan pelanggan runcit kepada pengguna akhir, tetapi, sebaliknya, bertindak sebagai pembawa borong dengan pelanggan sasaran, seperti penyedia perkhidmatan internet dan syarikat telefon.

Pada masa ini, ketersambungan di dunia dicapai dengan menggunakan kabel dasar laut, gentian di darat dan satelit. Syarikat percaya bahawa lebuh raya digital udara Syarikat boleh menjadi satu penyelesaian untuk mengisi kelompongan ketersambungan di dunia. Sebaik sahaja rangkaian dibangunkan dan dilaksanakan sepenuhnya, kegunaannya mungkin tanpa had. Rangkaian Syarikat, selepas dibangunkan, akan memberikan ketersambungan kos rendah, berkelajuan tinggi ke kawasan luar bandar, negara-negara pulau, kapal di laut, pelantar minyak, selain ketersambungan dalam penerbangan kepada pesawat komersil dan peribadi.

Untuk maklumat lanjut lihat: www.airbornewirelessnetwork.com

Notis Berkenaan Kenyataan Jangkaan:

Keluaran ini termasuk "kenyataan jangkaan" dalam pengertian peruntukan perlindungan selamat dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 Amerika Syarikat. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepercayaan dan jangkaan semasa pengurusan Syarikat dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan. Jika andaian membuktikan tidak tepat atau risiko atau ketidakpastian muncul, keputusan sebenar mungkin berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan.

Risiko dan ketidaktentuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, ketersediaan modal; ketidakpastian yang wujud berkaitan dengan pembangunan produk atau teknologi baharu dan beroperasi sebagai peringkat pembangunan Syarikat; keupayaan kami untuk mendapatkan pembiayaan tambahan yang kami perlukan untuk meneruskan rancangan perniagaan dan pembangunan produk; keupayaan kami untuk membangunkan dan memperdagangkan produk berasaskan platform teknologi kami; persaingan dalam industri di mana kami beroperasi dan berpasaran; keadaan umum industri; faktor umum ekonomi; kesan peraturan industri; kemajuan teknologi; produk-produk baharu dan paten yang dicapai oleh pesaing; kesulitan atau kelewatan pembuatan; kebergantungan kepada keberkesanan paten Syarikat; dan pendedahan kepada tindakan undang-undang, termasuk tindakan undang-undang paten, dan/atau tindakan kawal selia.

Hubungi:
Robert Haag
IRTH Communications
Telefon 1-866-976-4784
ABWN@irthcommunications.com

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/508284/Airborne_Logo.jpg

Source: Airborne Wireless Network
Related Stocks:
OTC:ABWN
Keywords: OTC/SmallCap IRW Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services