omniture

Derwent Innovation nama baharu untuk Thomson Innovation, tonjol warisan penuh bangga

Clarivate Analytics
2017-05-23 21:00 664

Clarivate Analytics labur dalam masa depan Derwent, tambah set data prediktif baharu

PHILADELPHIA, 23 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Semalam di mesyuarat Tahunan Patent Information Users Group (PIUG) di Atlanta, Clarivate Analytics mendedahkan nama baharu untuk platform carian dan analitiknya, Thomson Innovation, akan ditukar menjadi Derwent Innovation. Perubahan nama itu menyokong komitmen paten dan IP syarikat yang lebih luas serta kepakarannya dalam memacu inovasi, di samping memberi penghormatan terhadap warisan Derwent selama lebih 50 tahun dalam menganalisis maklumat paten berkualiti.

Selama lebih 50 tahun Derwent menjadi peneraju dalam teknologi, kandungan dan aplikasi paten pintar. Nama baharu ini menonjolkan warisan Derwent World Patents Index yang mempunyai data paten yang tepat, diindeks dengan jitu dan dipertingkat.

"Dengan Derwent Innovation, Clarivate Analytics terus menyediakan data paten dipercayai dan teknologi terbaik dalam kategori seperti Smart Search demi membantu pelanggan kami memperhebat kitaran hayat inovasi, bermula daripada inovasi kepada pengkomersialan," kata Dan Videtto, presiden perniagaan IP & Standard Clarivate Analytics.

Sebuah syarikat baharu yang bebas, Clarivate Analytics mempercepatkan kadar pelaburan dalam teknologi, analitik dan kandungan, mendayakan ketangkasan dalam penyelesaian masalah pelanggan. Derwent Innovation tidak terkecuali. Sebagai sebahagian daripada pelancaran Derwent Innovation pada Julai 2017, syarikat memperkenalkan status undang-undang yang tepat (cth. status tidak berfungsi/berfungsi, tarikh luput) dan pemilikan bagi jutaan paten dengan mengaplikasikan kecerdasan buatan yang inovatif terhadap data paten Derwent yang dipertingkat.

Dengan menganggap bahawa purata paten yang akan berkuat kuasa selama 20 tahun, apabila pemfaktoran dibuat dari segi lanjutan yang dikeluarkan pada kadar 54%, kesukaran menentukan status paten meningkat dengan ketara. Pembolehubah tambahan akan merumitkan lagi proses ini. Ciri-ciri terkini Derwent Innovation menjadikannya lebih mudah untuk menentukan sekiranya suatu paten masih berkuat kuasa dan tarikh ia akan tamat tempoh.

"Status undang-undang yang tepat dan data pemilikan amat penting terhadap hak mengakses maklumat bagi memproses pandangan, mengesahkan pelesenan dalaman dan/atau peluang penggabungan & pengambilalihan (M&A) atau menilai portfolio IP dengan tepat," kata Jason Resnick, Segmen Teraju Inovasi di Clarivate. "Data prediktif kami adalah unik kerana kami menjadikan input digunakan untuk mentaksir data dengan lebih telus, agar pelanggan mendapat keterlihatan terhadap kaedah dan keyakinan dalam keputusannya."  

Nama baharu ini berkuat kuasa serta merta dan akan diimplementasikan untuk seluruh produk dan perkhidmatan syarikat sepanjang kalendar tahun ini dan menuju tahun 2018.

Clarivate Analytics

Clarivate Analytics mempercepatkan pacuan inovasi dengan menyediakan maklumat serta analitik yang dipercayai kepada pelanggan seluruh dunia, membolehkan mereka meneroka, melindungi dan mengkomersialkan idea-idea baharu mereka dengan lebih pantas. Sebelum ini merupakan segmen perniagaan Harta Intelek dan Sains Thomas Reuters, kami memiliki dan mengendalikan himpunan perniagaan berasaskan langganan terkemuka yang menumpu pada penyelidikan saintifik dan akademik, analitik paten dan piawaian pengawalseliaan, farmaseutikal dan kecerdasan bioteknologi, perlindungan tanda dagangan, perlindungan jenama domain serta pengurusan harta intelek. Kini, Clarivate™ Analytics merupakan sebuah syarikat bebas yang menggaji lebih 4,000 kakitangan, beroperasi di lebih 100 negara seluruh dunia, selain memiliki jenama-jenama terkenal dunia termasuk Web of Science™, Cortellis™, Derwent, CompuMark™, MarkMonitor® dan Techstreet™, antaranya. Untuk maklumat lanjut, sila layari clarivate.com.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20170109/455613LOGO

Source: Clarivate Analytics
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Publishing/Information Service