omniture

Kepware Perluas Produk Utama Tawar Ketersambungan Peranti Tambahan

Kepware Technologies
2017-06-08 21:03 520

KEPServerEX V6.2 selaraskan pengumpulan data dan tingkatkan produktiviti tapak loji

PORTLAND, Maine, 8 Jun 2017 /PRNewswire/ -- Kepware®, sebuah syarikat PTC yang membangunkan perisian ketersambungan perindustrian, hari ini mengumumkan pelancaran platform ketersambungan perindustrian KEPServerEX® versi 6.2. Ciri-ciri peningkatan penting termasuk fungsi baharu untuk pemacu Eternet CODESYS, Utiliti Pengeksport Portal TIA, sokongan API Konfigurasi untuk Pengeksport EFM dan kesalingfungsian yang dipertingkat dengan Platform IoT ThingWorx®.

Kepware_Technologies_Jeff_Bates_Quote
Kepware_Technologies_Jeff_Bates_Quote

"Keutamaan utama kami ialah menyokong akses data masa sebenar sewaktu kami terus memajukan produk-produk kami," kata Jeff Bates, Pengurus Produk Kepware. "Dengan versi 6.2 ini, kami menambah fungsi ketersambungan peranti tambahan, meningkatkan prestasi suit pemacu penting dan menambah baik fungsi penghasilan projek dan instrumen pengurusan. Pelancaran ini terus menangani keperluan pelanggan yang mempunyai projek-projek yang semakin meningkat maju dan berkembang yang ingin terhubung kepada peranti tambahan, pengaturan kerja atau barisan pemasangan tanpa menjejaskan prestasi."

Dibangun berasaskan fungsi ketersambungan yang disediakan dalam pelancaran awalnya, pemacu Eternet CODESYS untuk KEPServerEX versi 6.2 kini memberikan akses data baca/tulis masa sebenar kepada peranti yang beroperasi dengan CODESYS V2.3 dan V3. Pelanggan yang menjalankan operasi pintar dan terhubung menggunakan peranti yang beroperasi menggunakan CODESYS (persekitaran waktu jalan dan pembangunan PLC biasa) kini boleh mengumpul data industri dengan mudah daripada peranti berbeza dalam seluruh kilang mereka.

"Dengan berganding bahu bersama-sama demi mencipta pemacu Eternet CODESYS untuk KEPServerEX, Kepware dan 3S-Smart Software Solutions memperlihatkan bagaimana pengguna akhir boleh mendapat manfaat daripada sistem automasi terbuka," kata Dieter Hess, Ketua Pegawai Eksekutif 3S-Smart Software Solutions, pengeluar CODESYS. "Di satu sisi, beberapa ratus sistem automasi berbeza kini boleh dihubungkan melalui KEPServerEX. Di satu sisi yang lain pula, pelanggan CODESYS mempunyai lebih banyak pilihan bagi memenuhi keperluan komunikasi mereka."

KEPServerEX versi 6.2 juga menyediakan yang berikut:

  • Utiliti Pengeksport Portal TIA Baharu: Pelanggan yang mempunyai pengawal S7-300, S7-400, S7-1200 dan S7-1500 Siemens yang menggunakan Portal TIA Siemens kini boleh mendapat akses serta merta kepada data mereka. Digunakan dengan pemacu Eternet TCP/IP Siemens, Utiliti Pengeksport Portal TIA membolehkan pengguna menghasilkan tag khusus yang mereka perlukan untuk projek-projek KEPServerEX mereka.
  • Sokongan API Konfigurasi untuk Pengeksport EFM: Pelanggan yang mempunyai aplikasi pihak ketiga (seperti aplikasi SCADA, HMI, IoT dan aplikasi web ringkas) kini boleh membuat perubahan berprogram kepada Pengeksport EFM—membolehkan penyeragaman dan pemudahan projek.
  • Integrasi ThingWorx Dipertingkat: Pelanggan yang menggunakan KEPServerEX dengan ThingWorx kini dapat mencari dan memanfaatkan data industri dengan pantas dan mudah menerusi pengalaman realiti perantara, model pembelajaran mesin, mashup atau instrumen ThingWorx yang lain. Bersama ThingWorx versi 8, KEPServerEX versi 6.2 mengandungi fungsi baharu yang memberi pengguna akses mudah kepada semua data KEPServerEX mereka dalam Komposer ThingWorx, keupayaan pantas untuk mengaitkan data dengan perkara baharu atau sedia ada dalam ThingModel, serta keupayaan untuk melihat pemetaan dan maklumat diagnostik kritikal daripada platform ThingWorx.

KEPServerEX versi 6.2 turut menyediakan kemas kini untuk 19 komponen pelayan, pemacu dan pemalam lanjutan lain.

Sumber Tambahan

Latar Belakang Kepware
@Kepware ialah syarikat pembangunan perisian milik PTC Inc. yang terletak di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu syarikat-syarikat menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian selain menyokong Internet Komunikasi Benda Perindustrian. Daripada tapak loji ke tapak telaga hingga ladang angin, Kepware berkhidmat untuk pelbagai kumpulan pelanggan dalam banyak pasaran vertikal termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, Automasi Bangunan, Kuasa & Utiliti, dan banyak lagi. Ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 negara, penyelesaian perisian Kepware® membantu beribu-ribu syarikat menambah baik operasi dan proses membuat keputusan. Ketahui lebih lanjut di https://www.kepware.com/.

Latar Belakang PTC
PTC memiliki teknologi Internet Komunikasi Benda paling mantap di dunia. Pada tahun 1986, kami merevolusikan reka bentuk 3D digital. Kini, platform IoT dan AR terkemuka kami dan penyelesaian yang terbukti di lapangan menyatukan dunia fizikal dan digital untuk mencipta semula cara anda mencipta, mengendali dan menservis produk. Dengan PTC, pengeluar bertaraf global dan ekosistem rakan kongsi serta pembangun dapat memanfaatkan jaminan IoT masa kini dan memacu masa depan berinovasi.

PTC.com       @PTC      Blog

Kepware, logo Kepware, KEPServerEX dan ThingWorx ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar PTC Inc. atau subsidiarinya di Amerika Syarikat serta negara-negara lain.

Maklumat Perhubungan Media
Torey Penrod-Cambra
Naib Presiden Program Pemasaran
+1 (207) 775-1660
tpenrodcambra@ptc.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/520136/Kepware_Technologies_Jeff_Bates_Quote.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/469987/Kepware_Technologies_Logo.jpg

 

 

Source: Kepware Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services