omniture

One-Blue Lancar Program Pelesenan untuk Produk Ultra HD (UHD) Blu-ray Disc

One-Blue, LLC
2017-07-14 22:30 551

NEW YORK, 14 Julai 2017 /PRNewswire/ -- One-Blue, LLC hari ini mengumumkan ia telah memperluas kejayaan program pelesenan produk Blu-ray Disc ("BD") dengan melancarkan secara rasmi program pelesenan produk Ultra HD Blu-rayTM ("UHD"), berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.

One-Blue kini menawarkan pengeluar produk UHD dengan peluang untuk melesenkan paten Pemberi Lesen yang dianggap penting untuk piawaian Ultra HD Blu-rayTM, seperti yang dikeluarkan oleh Persatuan Blu-ray DiscTM.

"One-Blue terus menggunakan dan memanfaatkan amalan terbaik industri demi menjamin terma-terma yang saksama, harga yang adil dan perlindungan paten yang tekal untuk semua peserta – pemberi lesen dan pemegang lesen untuk program pelesenan produknya," ujar Roel Kramer, Ketua Pegawai Eksekutif One-Blue, LLC.

Perjanjian Produk UHD

Bakal pemegang lesen produk UHD kini boleh menyemak dan memuat turun ketujuh-tujuh perjanjian produk UHD dan maklumat kadar royalti dengan melayari:

http://www.one-blue.com/license-programs/

  • Pemain UHD dan/atau Kombinasi Pemain/Perakam UHD
  • Kenderaan Pengangkutan Pemain UHD
  • Pemacu Main Balik UHD dan/atau Kombinasi Main Balik UHD/Pemacu Perakam BD
  • Komputer Peribadi dengan Perisian UHD Diprapasang
  • Pemacu Selepas Pasaran dan Perisian UHD Tergabung
  • Perisian UHD
  • Cakera Filem ROM UHD dan/atau Cakera Data

Untuk sebarang maklumat tambahan tentang semua program pelesenan One-Blue sila layari:

www.one-blue.com

Insentif Penandatanganan Awal

One-Blue turut mengumumkan insentif penandatanganan awal untuk pengeluar UHD yang melaksanakan perjanjian pelesenan produk UHD pada atau sebelum 30 September 2017. Selaras dengan insentif ini, produk UHD yang dihantar dalam tempoh antara 1 April 2017 hingga 30 Jun 2017 akan dikenakan kadar royalti untuk produk BD yang setanding dengannya.

Bagi penghantaran pada dan selepas 1 Julai 2017, kadar royalti untuk produk UHD akan dikenakan.

Pengeluar UHD yang melaksanakan perjanjian UHD selepas tarikh 30 September 2017 tidak layak menerima insentif ini, dan akan dikenakan kadar royalti produk UHD untuk semua produk UHD yang dihantar pada bila-bila masa.

Untuk mengakses kadar royalti UHD berkenaan, sila layari:

http://www.one-blue.com/royalty-rates/ultra_hd_royalty_rates.html

Panggilan Awal untuk Paten UHD

Terdahulu, One-Blue mengumumkan mereka yang mempunyai paten produk UHD penting dan ingin menyertai program One-Blue sebagai Pemberi Lesen, boleh menghantar paten sedemikian bagi tujuan penilaian keaslian oleh firma-firma undang-undang penilaian paten One-Blue yang terpilih. Mana-mana pihak yang percaya mereka mempunyai paten yang penting untuk Piawaian Ultra HD Blu-ray™, Piawaian Blu-ray Disc™, Piawaian DVD mahupun Piawaian CD yang kini dimasukkan dalam program pelesenan produk Blu-ray Disc™ One-Blue dan ingin menyertai program ini sebagai Pemberi Lesen, boleh menghantar patennya bagi tujuan penilaian keaslian oleh firma-firma undang-undang penilaian paten One-Blue yang terpilih dan sila layari: http://www.one-blue.com/patent-evaluation/

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat tambahan tentang mana-mana produk pelesenan tertentu produk One-Blue; atau panggilan paten UHD, sila hubungi Ashley Teitelbaum di ashley.teitelbaum@one-blue.com atau melalui emel peti mel maklumat umum One-Blue di: info@one-blue.com.

Latar Belakang One-Blue

One-Blue, LLC, ialah kedai sehenti untuk paten-paten yang penting kepada piawaian Ultra HD Blu-rayTM dan the Blu-ray Disc™ daripada pemberi lesen terkemuka, termasuk ARRIS Enterprises LLC, Columbia Technology Ventures, CyberLink, Dell, Fujitsu, Hitachi Consumer Electronics Co. Ltd., HP Inc., JVCKENWOOD, LG Electronics, Panasonic, Pioneer, Philips, Samsung, Sharp, Sony, Taiyo Yuden dan Yamaha.

Kesemua tujuh belas (17) Pemberi Lesen ini menyediakan lebih sepuluh ribu paten produk Ultra HD Blu-rayTM dan Blu-ray Disc™ yang dikeluarkan di seluruh dunia yang penting untuk melaksanakan piawaian Ultra HD Blu-rayTM, Blu-ray DiscTM, DVD, serta CD. One-Blue menawarkan lesen-lesen untuk paten-paten ini kepada pelbagai produk Ultra HD Blu-rayTM dan Blu-ray Disc™  termasuk pemain, perakam, pemacu main balik, pemacu perakam, perisian, komputer peribadi (PC), cakera prarakam dan cakera boleh rakam. One-Blue menyasarkan untuk mewujudkan persaingan yang saksama dan himpunan patennya dibangunkan menurut amalan terbaik industri dengan menyediakan kadar royalti yang menarik, kos urus niaga yang rendah dan proses pelesenan paten terbukti yang diselaraskan.

Hubungi: Ashley Teitelbaum, 212-223-3190

Source: One-Blue, LLC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services