omniture

Perisian Pengurusan Risiko Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan SAI Global kini dinobat sebagai 'Peneraju' beralih daripada 'Penginovasi'

SAI Global
2017-07-27 20:34 1054

SYDNEY, 27 Julai 2017 /PRNewswire/ -- SAI Global, penyedia terkemuka bagi penyelesaian pengurusan risiko bersepadu, mengumumkan bahawa perisian pengurusan risiko alam sekitar, kesihatan dan keselamatan (EHS) mereka, Cintellate mencapai kedudukan Peneraju EHS oleh Verdantix menerusi Green Quadrant 2017 mereka; satu peningkatan daripada tahun 2016 apabila perisian ini diiktiraf sebagai kuadran Penginovasi.

"Saya berasa gembira melihat sejauh mana pelaburan berterusan kami dan pendekatan yang semakin holistik dalam perisian pengurusan risiko kami memainkan peranan penting dalam peralihan signifikan daripada kedudukan kuadran penginovasi pada tahun lalu kepada kedudukan peneraju yang melibatkan kekuatan produk yang dikenal pasti oleh Verdantix," kata Peter Granat, Ketua Pegawai Eksekutif, SAI Global.

Berdasarkan analisis Green Quadrant, kekuatan utama perisian EHS SAI Global merangkumi modul Pengurusan Keselamatan Kontraktor cemerlangnya dan keupayaan pengurusan risiko EHS keseluruhan. Ciri ergonomik dan prestasi kebersihan industri juga meningkatkan taraf produk kepada kuadran Peneraju.

Kekuatan luas pengurusan risiko SAI Global, dikenal pasti oleh Verdantix, yang membolehkan organisasi-organisasi mengesan risiko secara holistik dalam lokasi berimpak tinggi dari segi kesihatan dan keselamatan, alam sekitar, prestasi operasi perniagaan, keuntungan dan kerugian serta pihak berkepentingan.

Dengan memanfaatkan pendekatan yang holistik, SAI Global dapat menyediakan kebolehan untuk menyepadukan pengurusan risiko EHS kepada gambaran risiko lengkap, yang merupakan kelebihan penting untuk pasukan-pasukan EHS bekerjasama erat dengan fungsi-fungsi risiko lain dalam organisasi-organisasi mereka.

Pelaburan yang besar dan peningkatan tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan oleh syarikat induk SAI Global Baring Private Equity Asia menyokong usaha mempercepatkan peluasan seluruh dunia untuk suit penyelesaian pengurusan risiko milik syarikat, termasuk perisian pengurusan risiko EHS yang terkemuka dalam industri.

Dalam platform perisian pengurusan risiko EHS, ciri-ciri penambahbaikan ini akan memastikan pelanggan akan lebih bersedia untuk bertindak balas terhadap tumpuan antarabangsa yang semakin meningkat mengenai hasil alam sekitar yang lebih baik, kemajuan teknologi seperti Internet Komunikasi Benda dan peningkatan kesedaran terhadap masalah keselamatan IT. Perisian SAI Global menyediakan maklumat tepat melalui metrik pacuan data bagi mendayakan pengurusan korporat dan risiko keselamatan maklumat yang strategik. 

Ketahui lebih lanjut tentang perisian pengurusan risiko EHS SAI Global.

Pertanyaan media:
Bria Lamberton
Pengurus Komunikasi Saluran Global
SAI Global
M: + 61 (0) 428 009 117
E: Bria.Lamberton@saiglobal.com

Source: SAI Global
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Awards