omniture

Ice Wireless Manfaatkan Parallel Wireless Hubungkan Penduduk Kanada yang Tidak Terhubung

Parallel Wireless
2017-08-03 21:00 556

Teknologi Inovatif Rangka Semula Cabaran Jurang Digital Yang Menjimatkan Sediakan Jalur Lebar Tanpa Wayar dan Khidmat Suara Berkelajuan Tinggi untuk Komuniti Artik Kanada  

NASHUA, New Hampshire, 3 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., perintis dalam menjadikan penggunaan rangkaian selular yang mudah dan berkesan kos sama seperti Wi-Fi, dan Ice Wireless, penyedia perkhidmatan tanpa wayar dan IP talian wayar yang berkembang paling pantas di Kanada, hari ini mengumumkan mereka telah berjaya menggunakan penyelesaian makro berbilang teknologi, berasaskan kesemua RAN maya IP (vRAN) Parallel Wireless. Kolaborasi ini akan membolehkan perluasan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang berkesan kos untuk pengguna dan perniagaan di komuniti Artik paling terpencil di Kanada.

Ice Wireless mengiktiraf bahawa inovasi diperlukan bagi meningkatkan perkhidmatan rangkaian dalam pasaran terpencil yang mendapat perkhidmatannya. Kebanyakan pasaran ini mempunyai ketersediaan angkut balik yang terhad dan akses terhad kepada kuasa. Penyelesaian rangkaian berasaskan Lambak Komersial (COTS) Parallel Wireless yang membolehkan Ice Wireless menggunakan liputan pada garis masa yang dipercepatkan, memberikan tawaran khidmat pelanggan dengan memanfaatkan mana-mana pengangkutan yang tersedia dan menggunakan kuasa minimum demi penjimatan OPEX yang ketara.

Teknologi konfigurasi kendiri dan pengoptimuman kendiri menggabungkan Get Laluan HetNet (HNG) Parallel Wireless dengan stesen utama Sistem Tanpa Wayar Tertumpu (CWS) Parallel Wireless.

Kawasan-kawasan ini akan menggunakan sepenuhnya keupayaan Radio Tentuan Perisian (SDR) daripada teknologi untuk menggabungkan 3G dan 4G/LTE ke dalam satu penyelesaian bersepadu yang dapat memberikan jejak tapak terkecil.

Petikan sokongan

Samer Bishay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Iristel & Ice Wireless, berkata, "Keputusan kami untuk bekerjasama dengan Parallel Wireless dipacu oleh wawasan bersama kami untuk menghubungkan yang tidak terhubung. Kami komited untuk menyediakan pelanggan kami – tanpa mengira lokasi – dengan pengalaman komunikasi yang terbaik agar mereka boleh terus berkembang maju. Perkara rumit untuk membawakan Internet kepada berbilion-bilion penduduk berikutnya ialah penyelesaian perlu sangat menjimatkan dan mudah digunakan. Perkongsian baharu ini mengukuhkan kepimpinan kami dalam pasaran selular dan membolehkan kami mewujudkan hubungan demi melahirkan dunia yang lebih baik. Gabungan cemerlang Parallel Wireless merangkumi kepakaran teknikal, penyepaduan sistem terbukti dan perkhidmatan serta sokongan cemerlang menjadikan mereka sebagai rakan kongsi ideal bagi membantu kami mencapai matlamat kami."

Steve Papa, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Parallel Wireless, berkata, "Hampir 4 bilion orang di dunia ini masih tidak terhubung. Mereka ketinggalan dalam meraih manfaat Internet membantu berhubung dengan keluarga dan rakan taulan, mendapat pendidikan, mengendalikan perniagaan, memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik, menikmati hiburan dan banyak lagi. Pengguna terpencil menginginkan seluruh pengalaman Internet, dan bukan hanya sebahagian daripadanya. Di Parallel Wireless, kami terus memperluas dan mengemas kini portfolio kami bagi membantu menyediakan pengalaman Internet ini untuk setiap individu. Sebagai peneraju komunikasi dan penginovasi teknologi, Ice Wireless berkongsi minat kami untuk menghubungkan seluruh penduduk dunia. Kami berharap dapat menyokong Ice Wireless dan pelanggannya menuju masa depan."

Latar Belakang Ice Wireless
Ice Wireless ialah pengendali rangkaian mudah alih berasaskan kemudahan yang menyediakan teknologi 3G/4G/LTE-A untuk komuniti terpencil dan luar bandar di bahagian Utara Kanada. Dilancarkan pada tahun 2005, Ice Wireless menyediakan telefon pintar dan peranti terhubung terkini untuk 24 komuniti di serata Yukon, Northwest Territories, Nunavut dan Quebec. Para pelanggan Ice Wireless boleh menggunakan telefon pintar dan peranti mereka merentasi Kanada, AS dan di peringkat antarabangsa melalui jaringan perkongsian perayauan syarikat. https://www.icewireless.com

Latar Belakang Parallel Wireless
Parallel Wireless kini dalam misi untuk menghubungkan 4 bilion individu yang tidak terhubung dengan merangka semula seni bina infrastruktur selular. Seni bina yang dirangka semula ini membolehkan pengendali menggunakan mana-mana rangkaian selular G dengan mudah dan berkesan kos seperti Wi-Fi perusahaan sama ada untuk kawasan luar bandar, perusahaan, keselamatan awam, M2M, Bandar Pintar atau bandar yang padat. Syarikat sedang menjalani proses pengeluaran di enam benua dan bekerjasama dengan banyak pengendali utama di seluruh dunia. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless telah diiktiraf menerusi 31 anugerah industri. www.parallelwireless.com.

Source: Parallel Wireless
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion Trade show news