omniture

Cambium Networks Lancar Pautan Titik-ke-Titik Jalur Lebar Tanpa Wayar Force 190 ePMP Baharu Dan Modul Pelayan Berbilang Titik

Cambium Networks
2017-08-08 22:00 913

Sambungan 200 Mbps dengan antena 22 dBi perolehan tinggi kompak dan mudah dipasang

ROLLING MEADOWS, Illinois, 8 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan ketersediaan modul jalur lebar tanpa wayar Force 190 ePMP™. Apabila dikonfigurasikan untuk pautan tanpa wayar titik-ke-titik, sistem ini menyediakan sehingga 200 Mbps sambungan untuk penstriman video, aplikasi suara dan data. Apabila digunakan dalam konfigurasi titik-ke-berbilang titik dengan Titik Akses (AP) ePMP 2000 atau ePMP 1000, Modul Pelayan (SM) Force 190 menyediakan sehingga 200 Mbps daya pemprosesan dwi-arah sehingga untuk suatu jarak jauh dengan antena 22 dBi.

"Force 190 ePMP direka untuk menyokong penggunaan pesat sambungan tanpa wayar dalam persekitaran RF yang bising," kata Sakid Ahmed, Naib Presiden Kejuruteraan di Cambium Networks. "Menerusi antena dengan perolehan tinggi, lebar alur yang sempit dan faktor bentuk yang padat, Force 190 memberikan sambungan berkualiti yang dapat dilaksanakan dalam persekitaran yang tinggi gangguan dan mudah dipasang."

Ciri-ciri utama Force 190 termasuk:

  • Daya pemprosesan dwi-arah 200 Mbps  
  • Frekuensi 4.9 -  5.9 GHz – boleh dikonfigurasi untuk 5, 10, 20 dan 40 MHz lebar saluran
  • Antena perolehan 22 dBi untuk sambungan berjarak jauh
  • Kependaman rendah 2 – 3 msaat untuk penstriman video dan sambungan suara yang sensitif
  • Jejak kecil – dan mudah dipasang

"Reka bentuk Force 190 adalah berasaskan input daripada penyedia perkhidmatan ISP tanpa wayar seluruh dunia," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Produk, Cambium Networks. "Penyelesaian ini memberikan sambungan yang mampu milik dan berkualiti yang tahan-gangguan dan boleh digunakan dengan pantas bagi menyediakan pautan berkelajuan tinggi hampir di mana-mana juga dalam masa beberapa jam sahaja."

Cambium Networks akan menganjurkan webinar Penyelesaian ePMP percuma pada 8 Ogos jam 9 pagi CDT.

Force 190 ePMP kini disediakan melalui penjual Cambium Networks.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubungOrang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai lebih enam juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai.

Untuk maklumat lanjut, layari www.cambiumnetworks.com.

Maklumat Perhubungan Media:
Sara Black
1-213-618-1501
sara@bospar.com

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services