omniture

Kereta Solar Osaka Sangyo University dilengkapi sel IBC Trina Solar Menang "Kelas Impian" "Kejohanan Elektrik & Tenaga Baharu FIA 2017"

Trina Solar Limited
2017-08-16 12:59 461

TOKYO, 16 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Trina Solar ("Trina Solar" atau "Syarikat") mengumumkan bahawa Kereta Solar Osaka Sangyo University ("OSU"), dilengkapi dengan sel dan modul Interdigitated Back Contact (IBC) Trina Solar, "OSU-Model-S", memenangi "Kelas Impian" daripada "Kejohanan Elektrik & Tenaga Baharu FIA 2017" yang diadakan di Litar Perlumbaan Antarabangsa Suzuki ("Perlumbaan Kereta Solar Suzuka IFA") pada 5 Ogos.

Trina Solar telah bekerjasama dengan OSU sejak tahun 2015. "OSU-Modul-S" yang dibangunkan oleh Pasukan Kereta Solar OSU 100% dikuasakan oleh sel solar yang dibangunkan oleh State Key Laboratory of PV Science and Technology Trina Solar ("SKL") dan ia membantu OSU mendapat keputusan yang baik.

Perlumbaan Kereta Solar mempunyai beberapa matlamat penting - bagaimana untuk menghasilkan kereta yang lebih cekap dan ringan dan bagaimana pemandu menguruskan penggunaan tenaga di bawah persekitaran cahaya matahari yang berubah-ubah selama 4 atau 5 jam. Ia bukanlah sekadar perlumbaan untuk bersaing kelajuan tetapi turut bermatlamat untuk memberi didikan kepada golongan muda yang akan menjadikan masyarakat masa hadapan lebih hijau dengan tenaga solar yang mampan dan mesra alam.

Naib Presiden Trina Solar dan pengarah State Key Laboratory of Photovoltaic Science & Technology, Dr. Zhiqiang Feng berkata, memandangkan nama perlumbaan itu ditukar daripada "CUP Tenaga Alternatif" kepada "Kejohanan Elektrik & Tenaga Baharu" tahun ini, tenaga solar telah beralih daripada tenaga alternatif ke peringkat seterusnya. Trina Solar telah mencapai beberapa rekod dunia sebagai perintis dalam pembangunan teknologi penjanaan kuasa PV. Bagi sel IBC yang digunakan dalam kereta solar, kami mencapai kecekapan penukaran sebanyak 24.13% pada bulan April tahun ini. Data dan maklum balas yang diperoleh melalui kerjasama dengan Pasukan Kereta Solar OSU juga digunakan dalam penyelidikan dan pembangunan.

Kami tidak sabar untuk terus bekerjasama dengan OSU, bakat muda dan masyarakat Jepun untuk membangunkan dunia masa hadapan dengan tenaga PV.

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar Limited ialah peneraju global dalam modul, penyelesaian dan perkhidmatan fotovoltan. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai penyepadu sistem PV, Trina Solar kini memacu tenaga pintar bersama-sama pemasang, pengedar, utiliti dan pemaju di seluruh dunia. Kedudukan utama syarikat dalam industri adalah berdasarkan kecemerlangan inovasi, kualiti produk terunggul, keupayaan bersepadu secara vertikal dan pengawasan terhadap alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards