omniture

Kadar Jenayah Siber Dunia Capai Tahap Tertinggi dengan Peningkatan 45 Peratus Serangan bagi Rantau Asia Pasifik, Dedah Laporan ThreatMetrix

ThreatMetrix
2017-08-18 15:15 774

Penstriman Media Disruptif dan Syarikat Perkongsian Tunggangan Saksikan Kenaikan Tertinggi dalam Jenayah Siber

HONG KONG, 18 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- ThreatMetrix®, The Digital Identity Company®, hari ini mendedahkan bahawa serangan jenayah siber telah mencapai tahap tertinggi dengan 144 juta serangan dikesan sepanjang 90 hari yang lalu. Rantau Asia Pasifik menyaksikan peningkatan sebanyak 45% bagi jenayah siber berbanding tahun sebelumnya. Tatkala kadar serangan meningkat di seluruh dunia, penjenayah siber semakin menyasarkan model perniagaan digital baru muncul seperti aplikasi perkongsian tunggangan dan organisasi penstriman media, menunjukkan keadaan jenayah siber yang terus berkembang.

Laporan Jenayah Siber Suku Kedua ThreatMetrix mendedahkan bahawa jenayah siber dunia meningkat hampir 100% sejak tahun 2015. Pendorong utamanya adalah peningkatan kadar penipuan pengasalan akaun baharu, yang meningkat 30% sejak suku lepas. Data yang dicuri daripada pelanggaran keselamatan digunakan untuk memohon pinjaman baharu atau membuka akaun bank dan eDagang. Ia juga digunakan untuk melaksanakan ujian kelayakan identiti secara besar-besaran dan serangan terhadap industri-industri yang tidak begitu tradisional. Hal ini dilihat paling ketara dalam kalangan syarikat media, yang menyaksikan peningkatan 527% bagi serangan pengasalan akaun baharu.

"Kumpulan-kumpulan jenayah yang sangat terancang ini menetapkan tumpuan mereka terhadap industri disruptif yang banyak menggunakan fungsi mudah alih seperti penstriman media dan perkongsian tunggangan. Tatkala model perniagaan baharu menguasai ekonomi digital dengan begitu pantas, kaedah-kaedah inovatif pengewangan perakuan yang dicuri yang didapati pada laman web gelap kian meningkat," kata Vanita Pandey, naib presiden pemasaran produk dan strategi di ThreatMetrix. "Dengan aplikasi perkongsian tunggangan, sebagai contoh, penipu melakukan perjalanan menggunakan kad kredit yang dicuri atau menyebarkan penipuan dua pihak dengan menggunakan akaun pemandu palsu dan 'menerima pelanggan' menggunakan perakuan yang dicuri."

Trend utama di Asia Pasifik:

  • 45% kenaikan dalam serangan jenayah siber sejak suku kedua 2016
  • 80% kenaikan dalam transaksi mudah alih sejak suku kedua 2016
  • Serangan terancang dari rantau ini tertumpu khususnya terhadap pengambilalihan akaun dan penipuan pembayaran
  • Tahap global tertinggi bagi perdayaan peranti dan serangan perdayaan identiti
  • Jepun berada dalam senarai lima destinasi serangan tertinggi buat pertama kali

Laporan Jenayah Siber Suku Kedua 2017 ThreatMetrix – muat turun sekarang

Latar Belakang ThreatMetrix

ThreatMetrix®, The Digital Identity Company®, mengendalikan rangkaian perisikan dikongsi peringkat global bagi membezakan antara pelanggan dipercayai daripada penipu. ThreatMetrix diiktiraf sebagai satu-satunya Peneraju dalam Forrester WaveTM 2017 bagi kategori pengesahan berasaskan risiko. Ketahui lebih lanjut di www.threatmetrix.com.

Maklumat perhubungan media

Ken Lam, Pengarah Pemasaran, APAC
ThreatMetrix
Tel: +852 6180 0905
Emel: klam@threatmetrix.com

Source: ThreatMetrix
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Survey, Polls & Research