omniture

Arena Solutions Terima Pelaburan Pertumbuhan Strategik daripada JMI Equity

Arena Solutions
2017-08-22 19:30 410

Syarikat Bersedia untuk Pertumbuhan Selanjutnya sebagai Platform Pembangunan Produk Awan Utama dalam Industri

FOSTER CITY, California, 22 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Arena Solutions, perintis bagi platform pembangunan produk semua-dalam-satu dan berasaskan awan yang menyatukan antara PLM (pengurusan kitar hayat produk), ALM (pengurusan kitar hayat aplikasi), kolaborasi rantaian bekalan dan QMS (sistem pengurusan kualiti), hari ini mengumumkan ia telah menerima pelaburan daripada JMI Equity, sebuah firma ekuiti pertumbuhan yang fokus terhadap pelaburan dalam syarikat-syarikat perisian terkemuka.

Ditubuhkan pada tahun 2000, Arena mencipta PLM berasaskan awan dan hari ini menyediakan platform pembangunan produk semua-dalam-satu yang menyatukan antara PLM, ALM, kolaborasi rantaian bekalan dan QMS untuk reka bentuk dan pengeluaran barangan elektronik yang kompleks. Penyelesaiannya mewujudkan aliran kerja pembangunan-kepada-pengeluaran kolaboratif yang berkaitan dengan rekod produk dan menghubungkan para jurutera elektrik, mekanikal dan perisian, seraya membolehkan mereka bekerjasama dengan lancar bersama pasukan pembangunan produk, kualiti dan pengeluaran. Platform Arena ialah sistem rekod untuk menyelaraskan proses ini, memberi nilai kepada pelanggan dengan membantu meningkatkan kualiti produk, mengurangkan kos, dan mempercepatkan tempoh proses pengeluaran produk. Dengan pengguna di lebih 125 negara, Arena mempunyai kira-kira 1,000 pelanggan hari ini, termasuk Intuit, Citrix Systems, Nutanix, GoPro, Thermo Fisher Scientific dan eBay.

"Kami berbesar hati untuk menerima pelaburan daripada JMI ini dan kini mempunyai akses kepada kepakaran dan rangkaian industri yang kami yakini akan menjadi bahagian penting untuk pertumbuhan dan perluasan berterusan kami," kata Craig Livingston, Ketua Pegawai Eksekutif Arena. "Ini merupakan saat terbaik untuk perniagaan kami mengambil langkah seterusnya sewaktu kami sedang mengusahakan perluasan pelanggan yang berterusan dan evolusi platform produk kami yang utama dalam industri. Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan pasukan JMI memandangkan perspektif dan minat mereka terhadap perniagaan kami selaras dengan perspektif dan minat kami."

Arena ialah peneraju bagi aplikasi SaaS bagi pasaran pembangunan produk, khususnya dalam vertikal teknologi, elektronik dan sains hayat, yang mana peningkatan penggabungan antara komponen perkakasan dan perisian mewujudkan proses pengeluaran yang rumit.

"Perisian berasaskan awan terus merevolusikan pelbagai industri dan Arena menjadi peneraju bagi kemajuan ini," kata Brian Hersman, Rakan Kongsi Umum di JMI. "Kami telah mengikuti perkembangan Arena buat beberapa waktu dan berasa kagum dengan kebolehannya menginovasi dan terus meningkatkan perisiannya yang canggih. Kami berasa teruja dapat mula bekerjasama dengan Craig dan pasukan beliau bagi membantu mereka tatkala mereka terus memberikan nilai hebat kepada para pelanggan dan pasaran akhir mereka."

En. Hersman daripada JMI, Rakan Kongsi Umum, dan Suken Vakil, Prinsipal, akan berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Arena.

Latar Belakang Arena Solutions
Arena, pencipta bagi PLM awan, menyediakan platform pembangunan produk semua dalam satu yang menggabungkan PLM, ATM, kolaborasi rantaian bekalan dan QMS bagi reka bentuk dan pengeluaran barangan elektronik rumit. Dengan Arena, jurutera elektrik, mekanikal, perisian dan perisian tegar boleh bekerjasama dengan pasukan pengeluaran dan kualiti untuk mengurus bil bahan mereka, memudahkan pesanan pertukaran kejuruteraan dan mempercepatkan pemprototaipan. Hasilnya, pelanggan Arena dapat memenuhi piawaian dengan lebih baik sambil memastikan pematuhan pengawalseliaan, meningkatkan pengurusan latihan, mengurangkan kos, meningkatkan kualiti dan memendekkan tempoh proses pengeluaran produk. Arena mengungguli kedudukan 10 penyedia PLM Terbaik dan meraih Anugerah Design News Golden Mousetrap yang menjadi rebutan bagi tahun 2016 dan 2017 berturut-turut. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.arenasolutions.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Arena Solutions:
Baca blog Arena tentang reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran produk.
Ikuti @arenasolutions melalui Twitter.
Ikuti Arena melalui LinkedIn.

Latar Belakang JMI Equity
JMI Equity ialah firma ekuiti pertumbuhan yang memberi tumpuan terhadap pelaburan dalam syarikat-syarikat perisian terkemuka. Ditubuhkan pada tahun 1992, JMI telah melabur dalam hampir 130 perniagaan dalam pasaran-pasaran sasarannya, berjaya menyelesaikan lebih 85 pelaburan keluar dan mengumpul lebih $3.0 bilion bagi modal komited. JMI bekerjasama dengan pasukan pengurusan yang hebat bagi membantu membangunkan syarikat-syarikat mereka menjadi pemimpin industri. Untuk maklumat lanjut, layari www.jmi.com.

Arena dan Arena Solutions ialah tanda dagangan Arena Solutions, Inc., Reg. U.S. Pat. & Tm. Off. Semua hak cipta terpelihara. Produk dan nama syarikat lain adalah hak milik pemegang masing-masing.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20151117/288645LOGO

Source: Arena Solutions
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Semantic Web Telecommunications