omniture

Merck Buka Studio Keselamatan Makanan Pelanggan Pertama

Merck
2017-08-30 20:00 635

- Studio Keselamatan Makanan Baharu di Bellevue, Washington, berperanan sebagai pusat global untuk inovasi dan kolaborasi

- Ruang makmal demonstrasi dan latihan melibatkan pembangunan produk dan proses kepada pelanggan

DARMSTADT, Jerman, 30 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, membuka Studio Keselamatan Makanan global pertamanya di Bellevue, Washington untuk para pengeluar daripada pelbagai jenis makanan (daging lembu, ayam itik, produk makanan, dsb) untuk berkolaborasi dengan saintis-saintis Merck bagi membangunkan produk keselamatan bagi tujuan pengesanan pantas patogen bawaan makanan.

generated by system

Pusat baharu berkeluasan 5,300 kaki persegi itu memberikan pelanggan akses kepada aliran keselamatan makanan yang lengkap, bermula daripada pengujian bahan-bahan mentah kepada pengujian keselamatan produk siap, bagi membantu mencari, membetulkan dan mencegah bahaya dalam rantaian bekalan makanan. Pusat ini membolehkan pelanggan mengendalikan banyak produk keselamatan makanan secara manual atau automatik seperti kit ujian dan swab kebersihan yang penting untuk mengekalkan keselamatan sepanjang proses pembuatan.

"Pembukaan Studio Keselamatan Makanan Merck memperlihatkan komitmen kami dalam usaha menjamin keselamatan bekalan makanan global," kata Jean-Charles Wirth, Ketua unit perniagaan Penyelesaian Gunaan, Life Science di Merck. "Kami menghimpunkan pasukan-pasukan dalam satu ruang kerja yang direka untuk memupuk inovasi dan kolaborasi bersifat terbuka dengan matlamat untuk menjadi peneraju bagi pengujian keselamatan makanan."

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kira-kira 600 juta orang di dunia — hampir satu dalam 10 — jatuh sakit selepas memakan makanan tercemar manakala 420,000 maut setiap tahun.

Merck, yang mengambil alih BioControl Systems, peneraju global bagi pengujian keselamatan makanan pada awal tahun ini, membantu pelanggan melindungi bekalan makanan global dengan menyediakan portfolio komprehensif melibatkan teknologi-teknologi pengujian yang canggih.

Lawatan pelanggan sedang diaturkan untuk Studio Keselamatan Makanan baharu, yang menyediakan Pusat Demonstrasi Keselamatan Makanan yang direka dengan latar bilik darjah serta makmal demonstrasi.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah €15 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam ini. Syarikat memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

 

Source: Merck
Keywords: Chemical Food/Beverages Health Care/Hospital Corporate Expansion Corporate Social Responsibility New products/services Public Safety