omniture

Pengorek besar SANY, pilihan istimewa anda bagi pasaran pelombongan yang semakin pulih

SANY
2017-09-08 16:11 583

JIANGSU, China, 8 September 2017 /PRNewswire/ -- Tahun 2017 menyaksikan peningkatan menyeluruh industri pelombongan sepanjang tahun lalu. SANY melancarkan pengorek besar SY395H dan SY750H untuk terus berkembang dalam pasaran tugas berat. Produk siri tugas berat SANY meliputi 95% model yang digunakan di lombong sehingga masa kini.

"Persekitaran umum menunjukkan keyakinan yang semakin meningkat," menurut tinjauan pandangan lombong 2017, oleh Pedersen and Partners. Sekitar 62.3% daripada responden akan meneruskan projek penerokaan semasa dan 15.8% mempertimbangkan untuk memulakan semula pengeluaran lombong yang berada di bawah penyelenggaraan.

Pengorek SY395H dan SY750H yang terbaru direka khas untuk binaan lombong. Mempunyai kecekapan yang tinggi, penggunaan bahan api yang rendah, berkuasa dan kekuatan yang tinggi, pengorek ini merupakan mesin yang optimum untuk penerokaan lombong.

Berbanding dengan generasi dahulu, kedua-dua model ini meningkatkan kecekapan sebanyak 8%-10% dan menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak 10%. Alatan kerja yang diperkuatkan dan penyedok berketahanan tinggi meningkatkan kekuatan menggali sebanyak 10%, menjadikan mesin-mesin ini boleh dipercayai untuk mengendalikan kerja pelombongan. Reka bentuk yang hebat dan teknik pembuatan tertinggi membantu mempromosikan kestabilan dan ketahanan mesin, memanjangkan jangka hayat perkhidmatan sebanyak 50%. Di samping itu, produk baharu ini juga boleh dilengkapi dengan bahagian dan pemasangan serba boleh, seperti jib sambungan, pemutus, pemotong dan riper untuk kegunaan yang berbeza.

Sejak 2011, SANY telah menduduki kedudukan No.1 dalam jualan pengorek di China selama 6 tahun berturut-turut dan telah memperoleh 20% daripada saham pasaran pengorek. Pelancaran produk baharu SY395H dan SY750H akan membawa nilai yang lebih tinggi untuk pelanggan dan mewujudkan jenama bertaraf dunia untuk China.

Latar belakang SANY

SANY Group (SANY) ialah pengeluar jentera berat utama dunia yang memiliki kilang-kilang di AS, Jerman, Brazil dan India, serta segmen perniagaan yang meliputi lebih 100 negara dan rantau di serata dunia. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat paling inovatif dan berjaya di dunia, manakala jentera konkritnya meraih kedudukan No. 1 pada peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sanyglobal.com, atau ikuti SANY Group melalui Facebook dan YouTube.

Lisa Li, +86-10-6073-7444, lixm20@sanygroup.cn

Source: SANY
Keywords: Machinery Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services