omniture

Merck Perluas Keupayaan Huluan Celonic menerusi Bioreaktor Guna Sekali Mobius®

Merck
2017-09-13 20:00 622

DARMSTADT, Jerman, 13 September 2017 /PRNewswire/ --

  • Saiz berukuran antara 50-liter hingga 2,000-liter skala pengeluaran
  • Reka bentuk utama industri tawar kefleksibelan, kebolehskalaan dan kemudahan penggunaan

generated by system

Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, hari ini mengumumkan Celonic AG, organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak (CDMO) Switzerland, menaik taraf kemudahan pengeluarannya menerusi lima bioreaktor guna sekali Mobius® daripada Merck.

Celonic, yang mengeluarkan produk biosimilar dan turut menawarkan platform pembangunan titisan sel, akan menambah bioreaktor 50-liter, 200-liter dan 2,000-liter kepada kemudahan pembangunan dan pengeluarannya di Basel, Switzerland. Penaiktarafan ini akan memperluas keupayaan huluan Celonic, meningkatkan kefleksibelan serta kebolehskalaan.

"Portfolio teknologi gunaan tunggal kami yang luas membolehkan kami menyokong pelanggan CDMO seperti Celonic sewaktu mereka mengguna pakai teknologi baharu dan memperluas keupayaan mereka," kata Andrew Bulpin, Ketua unit perniagaan Penyelesaian Proses, Life Science di Merck. "Biorektor guna sekali Mobius® baharu kami akan membantu Celonic menyelaraskan prosesnya dan meningkatkan kapasitinya demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan."

"Bagi pelanggan bioteknologi kami, setiap langkah ke arah kebenaran pasaran meningkatkan penilaian aset mereka, dan keluasan perkhidmatan Celonic inilah yang memainkan peranan penting dalam mencipta nilai yang amat besar buat rakan kongsi kami," kata Konstantin Matentzoglu, Ketua Pegawai Eksekutif, Celonic. "Bioreaktor guna sekali Mobius® Merck menawarkan sistem yang anjal dan boleh diskala yang dapat memenuhi keperluan kami dan juga pelanggan kami. Menerusi penambahan bioreaktor 2,000-liter, kami mara selangkah lebih hampir dengan objektif kami untuk berkhidmat kepada pelanggan yang mempunyai keperluan pengeluaran komersial."

Peralatan dan sistem guna sekali dan pakai buang semakin popular dalam industri biofarmaseutikal, memandangkan ia memberi banyak kelebihan berbanding sistem keluli tahan karat konvensional, seperti kadar kejayaan kelompok yang lebih baik, risiko pencemaran silang yang rendah selain keperluan air dan air sisa yang berkurangan, tempoh projek yang singkat dan juga kos projek yang rendah.

Dalam masa yang sama, pengeluar biofarmaseutikal kini beralih kepada penyelesaian hujung-ke-hujung — bermula daripada pembangunan proses kepada pengembangan sehingga pengeluaran untuk bekalan praklinikal, klinikal dan komersial — tatkala mereka berusaha mengurangkan kos sambil meningkatkan kualiti dan juga kecekapan.

Portfolio Merck yang terdiri daripada bioreaktor guna sekali Mobius® 3-liter hingga 2,000-liter memberikan kefleksibelan dan kesinambungan untuk berkembang, mengurangkan keperluan untuk melatih semula pengendali. Ini merupakan beberapa alasan yang membuat CDMO seperti Celonic menjadi pengguna awal teknologi Merck.

Merck ialah pembekal unggul bagi penyelesaian pembangunan proses dan pengeluaran peringkat klinikal, bahan-bahan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi tujuan penghasilan ubat-ubatan biofarmaseutikal. Syarikat ini komited untuk menyediakan teknologi bioreaktor unggul kepada para pengeluar, dengan beberapa pengeluar telahpun bekerjasama dengan syarikat dalam segmen ini di Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Latar Belakang Celonic
Celonic AG ialah CDMO milik persendirian yang berpangkalan di Basel, Switzerland. Tawaran Celonic termasuk perkhidmatan pembangunan dan pengeluaran GMP komprehensif untuk Entiti Biologi Baharu (NBE) dan Biosimilar seluruh dunia. Mengaplikasikan empati, kecekapan dan kecemerlangan, Celonic mara selangkah melangkaui jangkaan dalam semua aspek perniagaan bagi membantu pelanggannya mencapai matlamat mereka dengan cekap dan andal. Perkhidmatan Celonic termasuk pembangunan titisan sel, proses pengeluaran, selain pembuatan bahan ubatan biofarmaseutikal GMP dan bukan GMP. Selain itu, Celonic melesenkan teknologi titisan sel CHOvolution™ proprietarinya kepada pelanggan, pembangun ubatan dan penyedia perkhidmatan. Layari www.celonic.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel yang turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – daripada terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem canggih bagi tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair bagi telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah €15 billion di 66 buah negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia tertua di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti kumpulan korporat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

 

Source: Merck
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals