omniture
Tunghsu
2017-09-26 18:09 542

NANJING, China, 26 September 2017 /PRNewswire/ -- Pada 24 September 2017, Tunghsu, syarikat peneraju aplikasi grafin, melancarkan lampu LED grafin terkini dengan bahan pengurusan terma grafin yang unik, yang dipanggil "Super Light", termasuk lampu jalan LED grafin, lampu kereta grafin, pencahayaan perindustrian grafin, dan lampu terowong grafin. Selain itu, setiap lampu jalan grafin atau setiap lampu kereta telah dipasang penyambung terminal pintar dan membolehkan setiap lampu jalan dan kereta menjadi titik penghantaran data WiFi atau 5G dan merupakan rangkaian asas untuk Bandar Pintar, Monitor Bandar, Pengurusan Pengangkutan Awam Pintar.

Dalam Persidangan Keluaran Produk Baharu Graphene Super Light, Tunghsu membandingkan Super Light grafin dengan lampu LED dan lampu natrium tradisional yang terdapat di lokasi. Disebabkan teknologi bahan pengurusan terma grafin dan proses pembuatan, modul LED dalaman Super Light hanya 1/4 daripada lampu tradisional, dengan pengurangan berat sebanyak 1/3, kesan pencahayaan yang meningkat lebih daripada 20%, dan penjimatan kegunaan elektrik sebanyak 20%-30% berbanding dengan LED tradisional. Jika dibandingkan dengan lampu natrium, kegunaan elektrik boleh dijimatkan sebanyak lebih daripada 80%.

Melalui demonstrasi setempat, pencahayaan Super Light jauh lebih tinggi dan kualiti lebih homogen berbanding lampu LED dan lampu natrium tradisional. Malah Super Light dengan kuasa yang lebih rendah mempunyai kecekapan optik jauh lebih baik daripada lampu LED tradisional atau lampu natrium dengan kuasa yang lebih tinggi. Menurut hasil paparan latar dan ukuran, kuasa yang digunakan oleh lampu natrium 125W boleh dijimatkan sebanyak 75%, jika menggunakan lampu LED grafin 31W, dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 295KG. Masa pengecasan lampu kereta grafin 21W kurang sebanyak 38 jam berbanding lampu kereta halogen 177W, ini bermaksud pengurangan pencemaran karbon dioksida sebanyak 222KG. Selain itu, lampu jalan grafin dapat memancarkan cahaya lampu kuning - teknologi unik dunia, yang memperluas kawasan geografi penggunaan lampu LED.

Selepas pengumuman Bateri Li-on Berasaskan Grafin, Raja Grafin, Tunghsu terus memperkuatkan status peneraju industri aplikasi grafin yang melancarkan produk aplikasi grafin baharu, Super Light, yang mempunyai halangan teknikal yang lebih tinggi tanpa kewujudan jenis produk lain seumpamanya di pasaran ini, dan akan memainkan peranan yang amat penting dalam pemuliharaan tenaga, perlindungan alam sekitar, dan pembinaan bandar pintar.

Source: Tunghsu
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Utilities New products/services