omniture

Sunline Master International bakal Tingkatkan Perbankan Digital di Indonesia

Shenzhen Sunline Tech Co.,Ltd.
2017-10-13 09:33 1187

JAKARTA, Indonesia, 12 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Sunline Master International (SMI) merasmikan pejabat baharunya pada 12 Oktober 2017 setelah menandatangani satu perjanjian usaha sama pada Julai 2017 antara Shenzhen Sunline Tech Co Ltd & PT Mastersystem Infotama. Syarikat baharu ini, beroperasi di bawah nama Sunline Master International akan mendapat faedah daripada portfolio yang diperkukuh dan bakat-bakat tempatan bagi melebarkan sayapnya dalam pasaran IT kewangan Indonesia yang inovatif dan semakin berkembang.

Ribbon cutting to inaugurate the opening of Sunline Master International office. From the left: Eddy Anthony, Jameson Li, Avy Lim, Tjen Sit Fong and Welianto Halim.
Ribbon cutting to inaugurate the opening of Sunline Master International office. From the left: Eddy Anthony, Jameson Li, Avy Lim, Tjen Sit Fong and Welianto Halim.

"Kami pastinya melihat potensi terhadap inisiatif dan pertumbuhan dalam industri kewangan yang fokus terhadap kebangkitan Teknologi Kewangan (FinTech), sistem perbankan digital dan fungsi hujung-ke-hujung di Indonesia," kata Avy Lim, Presiden Pesuruhjaya Sunline Master International. Dengan penubuhan rasmi pejabatnya di pusat kewangan Jakarta, Sunline Master International akan bersama-sama memanfaatkan pembangunan teknologi kewangan dalam pasaran Indonesia.

"Dengan kedudukan pejabat kami yang strategik iaitu berhampiran dengan ibu pejabat bank-bank utama di Segi Tiga Emas Jakarta, Sunline Master International menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan terkemuka bagi menyokong institusi-institusi kewangan dalam inisiatif transformasi digital mereka," kata Wellianto Halim, Pengarah Presiden Sunline Master International.

Sunline Master International ingin menjadi rakan kongsi dipercayai untuk para pelanggan kewangannya di Indonesia. Perusahaan ini merancang untuk memudahkan langkah perjalanan transformasi digital para pelanggannya dengan menyediakan kaedah terbukti, penyelesaian sistem dan individu yang selari dengan objektif-objektif perniagaan mereka.

Sebagai langkah pertama ke arah menjadi penyedia perkhidmatan perbankan terkemuka, Sunline Master International turut menjadi tuan rumah bagi Forum Perbankan Digital 2017 yang bertajuk "Berinovasi Tanpa Gentar dalam Era Disrupsi Digital" di Ayana Hotel pada hari yang sama. Lebih 100 delegasi daripada industri kewangan yang terdiri daripada para pemimpin IT dan kewangan berhimpun dalam forum yang menumpu pada kebangkitan FinTech dan perbankan digital untuk Indonesia. Forum ini membolehkan para delegasi meneroka impak baru muncul, trend dan cabaran menerusi sesi perkongsian oleh pakar-pakar industri kewangan yang berpandangan jauh. Buat julung kali di Indonesia, acara ini turut menunjukkan bagaimana realiti diperkukuh/realiti maya (AR/VR) boleh mengubah masa depan industri teknologi kewangan.

Menerusi strategi tumpuan khusus, Sunline Master International bermatlamat untuk mengembangkan perniagaannya dan meningkatkan pengalaman pelanggan perbankan melalui capaian, skala dan rangkuman kewangan. Salah satu tumpuan utama syarikat ini adalah untuk memperluas perkhidmatan profesionalnya dan menyediakan penyelesaian perbankan digital yang bersepadu dan terancang melalui nilai-nilai Integriti, Keutamaan Pelanggan, Kecemerlangan dalam perkhidmatan (ICE), di samping berkembang serentak dengan pihak berkepentingannya.

Latar Belakang PT Sunline Master International

Ditubuhkan pada tahun 2017, PT Sunline Master International ialah sebuah syarikat usaha sama antara Sunline Holding (HK) Limited dan PT Mastersystem Infotama. PT Sunline Master International menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang terbaik dalam kategorinya untuk pasaran Indonesia yang sedang mengalami proses revolusi teknologi kewangan bagi menyasarkan transformasi digital seluruh negara.

Alamat: Wisma Nugra Santana Tingkat 11, Jl. Jend. Sudirman Kav. 7-8, Jakarta Pusat 10220, Indonesia

No. Telefon Pejabat: +622151000005

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171012/1964619-1

 

Source: Shenzhen Sunline Tech Co.,Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Joint ventures