omniture

Ahli WISPA Undi Cambium Networks Pemenang 3 Anugerah Tertinggi Industri

Cambium Networks
2017-10-13 09:36 1367

Diiktiraf sebagai pemimpin Produk, Perkhidmatan, dan Pengilang Terbaik Tahunan

ROLLING MEADOWS, Illinois, 13 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia penyelesaian rangkaian tanpa wayar terkemuka dunia, telah dianugerahkan Pengilang Terbaik Tahunan, Perkhidmatan Terbaik untuk sistem pengurusan cnMaestro™ dan Produk Terbaik Tahunan untuk penyelesaian rangkaian tanpa wayar PMP 450m yang dipilih oleh ahli Persatuan ISP Tanpa Wayar (WISPA).

Cambium Networks wins WISPAPALOOZA Awards
Cambium Networks wins WISPAPALOOZA Awards

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh pelanggan pengendali rangkaian ISP Tanpa Wayar kami. Cambium Networks prihatin terhadap keperluan penyedia perkhidmatan dan membangunkan penyelesaian teknologi yang menyediakan 'fabrik tanpa wayar' penyelesaian tanpa wayar hujung-ke-hujung berkualiti tinggi dengan harga berpatutan," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Teknologi PMP 450m dan sistem pengurusan cnMaestro merupakan pencetus perubahan bagi penyedia perkhidmatan yang mencari penyelesaian berkelajuan dan berkapasiti tinggi yang memberikan prestasi yang andal dengan konsisten."

"Kami prihatin terhadap keperluan penyedia perkhidmatan yang memerlukan lebih banyak daya pemprosesan menggunakan spektrum yang sedikit," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk untuk Cambium Networks. "Keperluan mereka mendorong pasukan pembangunan kami untuk mewujudkan sektor MU-MIMO Besar 14x14 pertama dalam industri telekomunikasi untuk aplikasi titik-ke-berbilang titik tanpa wayar yang tetap, yang menyediakan daya pemprosesan yang tiada tandingannya dalam saluran 20 MHz. Kami gembira menerima pengiktirafan Produk Terbaik Tahunan ini dan memberi jaminan kepada WISP di seluruh dunia bahawa kami terus melabur dalam pembangunan teknologi baharu yang akan memajukan lagi perniagaan mereka. Kami memulakan penghantaran komersil PMP 450m beberapa hari sebelum konvensyen 2016 dan kini telah menghantar lebih daripada 3,000 unit di seluruh dunia, dengan kadar penggunaan yang semakin meningkat. Tepat pada masanya, pada acara WISPA tahun ini kami mengumumkan pengemaskinian yang bakal dilaksanakan kepada perisian PMP 450m yang menjadikan keupayaannya meningkat kepada 1.2 Gbps; dan rancangan untuk memperkenalkan varian 3 GHz pada tahun 2018."

"Sistem pengurusan cnMaestro dibangunkan berdasarkan keperluan khusus pengendali rangkaian yang menyediakan sambungan tanpa wayar hujung-ke-hujung untuk pelanggan kediaman dan perniagaan," kata Imhoff. "Anugerah Perkhidmatan Terbaik Tahunan ini merupakan satu penghormatan khusus kerana ia mengakui bahawa pasukan pembangunan kami prihatin terhadap keperluan pelanggan, dan melaksanakan penyelesaian yang memuaskan hati mereka dan memberikan nilai dengan mengurangkan masa dan kos perancangan, pemasangan dan penyelenggaraan. Platform ini boleh digunakan sama ada berasaskan awan atau pakej perisian di premis yang memberikan pengendali rangkaian kawalan penuh ke seluruh rangkaian mereka. "

Cambium Networks akan mendemonstrasi penyelesaiannya di WISPAPALOOZA Las Vegas minggu ini, di reruai #249.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah peneraju bagi penyedia penyelesaian tanpa wayar global yang dipercayai yang menghubungkan mereka yang tidak terhubung - Orang, Tempat dan Benda. Melalui portfolio luas platform jalur sempit dan jalur lebar tanpa wayar yang boleh dipercayai, berskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian industri, perusahaan dan kerajaan untuk membina sambungan yang mampu milik, boleh dipercayai dan berprestasi tinggi. Syarikat kini mempunyai lebih daripada tujuh juta radio yang digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mempunyai keperluan yang mendesak di lebih daripada 150 buah negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat R & D di A.S., U.K. dan India, Cambium Networks menjual penyelesaiannya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

Hubungan media:
Sara Black
1-213-618-1501
sara@bospar.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/582441/Cambium_Networks_3_Top_Industry_Awards.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/582483/Cambium_Networks_logo.jpg  

 

Source: Cambium Networks
Keywords: Semantic Web Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Awards Trade show news