omniture

Johnson Controls Bantu Pfizer Bina Kilang Farmaseutikal Diperakui LEED Platinum Pertama Dunia

Johnson Controls
2017-11-01 14:27 825

SHANGHAI dan SINGAPURA, 1 November 2017 /PRNewswire/ -- Johnson Controls, peneraju dalam penyelesaian mencipta bangunan pintar dan tenaga cekap dalam menunaikan janji untuk bandar dan komuniti pintar, hari ini mengumumkan peranan utamanya dalam membantu Pfizer membina kilang farmaseutikal yang diperakui LEED-NC Platinum pertama di dunia. Ini berikutan daripada projek pengembangan di kilang Pfizer di Dalian, China. Sebagai rakan kongsi strategik yang terpilih bagi projek ini, Johnson Controls menyediakan perkhidmatan perundingan pensijilan kitar hayat bangunan hijau, di samping sistem kawalan bangunan dan produk lain yang berkaitan untuk membantu Pfizer berjaya memenuhi keperluan kecekapan tenaga dalam industri farmaseutikal. Hasilnya, peningkatan ketara dalam kecekapan tenaga telah dicatatkan, termasuk penjimatan air (45 peratus), tenaga (35 peratus) dan kos (28 peratus), menurut piawaian ASHRAE90.1-2007.

Projek peluasan kilang Pfizer Dalian sebagai bengkel aseptik
Projek peluasan kilang Pfizer Dalian sebagai bengkel aseptik

 

Ditubuhkan pada tahun 1989, kilang di Dalian merupakan pusat pengilangan pertama Pfizer di China. Projek pengembangan ini merupakan bengkel aseptik bagi produk-produk sefalosporin, ialah langkah penting dalam usaha Pfizer untuk mengembangkan pelaburan dan keupayaan di China. Meliputi kawasan seluas kira-kira 13,000 meter persegi, kawasan yang dikembangkan ini telah dibina pada tahun 2014 dan siap pada April 2017. Johnson Controls terlibat sepenuhnya di sepanjang proses rekabentuk dan pembinaan kawasan ini. Ini termasuk menyediakan perkhidmatan rundingan pensijilan kitar hayat LEED untuk memberikan kecekapan dan kemampanan tenaga yang cemerlang.

"Pfizer bukan hanya komited dalam memastikan kualiti produk yang terbaik, tetapi juga untuk menerapkan kelestarian dalam perniagaan kami. Untuk mencapai matlamat ini, kami menggabungkan teknologi-teknologi tercanggih dan paling sesuai secara proaktif untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan meminimumkan kesan ke atas alam sekitar," kata Meng Yu, pemimpin tapak Pfizer Dalian, "Matlamat pembangunan mampan Johnson Controls sejajar dengan matlamat Pfizer. Perkhidmatan profesional syarikat, pengalaman yang luas dan penyelesaian terbukti dalam pensijilan bangunan hijau penting untuk membantu kami mencapai pensijilan platinum tertinggi LEED."

Bangunan ini telah dipasangkan dengan Sistem Automasi Bangunan Metasys® (BAS) Johnson Controls yang telah meningkatkan kecekapan keseluruhan operasi kemudahan ini secara ketara. Ia juga menggunakan platform pengurusan tenaga pintar SPEED Johnson Controls yang membolehkan pengiraan masa nyata penggunaan tenaga kilang bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga melalui imej, teks dan video. Untuk memaksimumkan penjimatan tenaga, bangunan ini mengumpul air buangan dan air hujan untuk menyiram halaman dan tanah, menggabungkan peralatan berkecekapan tinggi dan sistem pencahayaan LED dan solar automatik.

"Sebagai gergasi farmaseutikal di dunia, Pfizer komited untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan penggunaan tenaga," kata Josephine Su, Naib Presiden dan Pengurus Kanan, Teknologi dan Penyelesaian Bangunan China, Johnson Controls. "Kami memahami sepenuhnya permintaan dan menyediakan penyelesaian berintegrasi termasuk perundingan pensijilan LEED dengan memanfaatkan kelebihan dan kepakaran produk kami. Kami bangga membantu Pfizer dalam mengurangkan jejak alam sekitar mereka dan mencapai pembangunan mampan."

Sebagai penyedia utama global bagi penyelesaian bangunan pintar bersepadu, Johnson Controls berada dalam kedudukan kukuh untuk menyediakan penyelesaian yang membantu industri farmaseutikal menjadi lebih cekap dan mampan berdasarkan kefahaman mendalam tentang keperluan pensijilan LEED.

Hasil daripada peningkatan ketara dalam kecekapan tenaga yang dicapai oleh projek ini, Johnson Controls telah dianugerahkan "Pembekal Terbaik 2017" oleh Pfizer. Projek ini merupakan lanjutan kepada perkongsian jangka panjang antara Johnson Controls dan Pfizer. Ia juga dibina berdasarkan kerjasama sedia ada kedua-dua syarikat, termasuk produk pengautomasian dan penyelesaian bangunan yang disediakan oleh Johnson Controls dalam peringkat-peringkat berlainan projek kilang Pfizer Dalian. Johnson Controls akan terus meningkatkan usaha Pfizer untuk mencapai dan mengatasi matlamat awamnya dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mempromosi usaha berterusannya untuk persekitaran yang lestari.

Latar Belakang Johnson Controls

Johnson Controls ialah peneraju teknologi pelbagai dan multi industri dunia melayan rangkaian pelanggan yang luas di lebih daripada 150 buah negara. Seramai 120,000 pekerja kami mewujudkan sistem bangunan pintar, penyelesaian tenaga cekap, infrastruktur bersepadu dan pengangkutan generasi akan datang yang bekerjasama dengan lancar dalam menunaikan janji untuk bandar dan komuniti pintar. Komitmen kami dalam kemampanan bermula sejak 1885, dengan ciptaan termostat bilik elektrik yang pertama. Kami bertekad untuk membantu pelanggan kami menang dan mewujudkan nilai yang lebih baik untuk semua pihak yang berkepentingan melalui tumpuan strategik kepada bangunan dan platform pertumbuhan tenaga kami. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami di Twitter @johnsoncontrols.

Latar Belakang Teknologi dan Penyelesaian Bangunan Johnson Controls

Teknologi dan Penyelesaian Bangunan Johnson Controls menjadikan dunia ini lebih selamat, pintar dan lebih mampan – sebuah bangunan pada satu masa. Portfolio teknologi kami menggabungkan setiap aspek bangunan – samada sistem keselamatan, pengurusan tenaga, perlindungan kebakaran atau HVACR – untuk memastikan bahawa kami melangkaui jangkaan pelanggan setiap ketika. Kami beroperasi di lebih daripada 150 buah negara melalui rangkaian cawangan dan saluran pengedaran kami yang tiada tandingan, membantu pemilik, pengendali, jurutera dan kontraktor bangunan memperluaskan kitar hayat penuh sesebuah kemudahan. Arsenal jenama kami termasuk nama-nama paling dipercayai dalam industri seperti Tyco®, YORK®, Metasys®, Ruskin®, Titus®, Frick®, PENN®, Sabroe®, Simplex® dan Grinnell®. Untuk maklumat lanjut, layari www.johnsoncontrols.com atau ikuti @JCI_Buildings di Twitter.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171023/1972312-1  
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO

Source: Johnson Controls
Keywords: Construction/Building HVAC Internet Technology