omniture

Cambium Networks Lancar Penyelesaian Dipertingkat untuk Penyedia Perkhidmatan Terurus

Cambium Networks
2017-11-08 00:00 630

Tambah baik pemasangan, peruntukan dan pengurusan rangkaian Wi-Fi industri dan perusahaan

ROLLING MEADOWS, Illinois, 7 November 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan penyelesaian baharu untuk Penyedia Perkhidmatan Terurus (MSP).

"Penyedia Perkhidmatan Terurus mereka dan mengendalikan sambungan Wi-Fi di pejabat dan daerah sekolah dan di lokasi perhotelan dan perniagaan," kata Drew Lentz, Pengasas Bersama, Frontera Consulting. "MSP memerlukan penyelesaian seperti cnMaestro Cambium Networks untuk memudahkan perancangan, reka bentuk, dan pengendalian rangkaian. Oleh kerana populariti Wi-Fi terus meningkat, pelanggan perhotelan, industri, pendidikan dan perusahaan menggunakan MSP untuk mengoptimumkan sambungan sewaktu mereka memberi tumpuan kepada perniagaan teras."

"Paling penting sekali, pelanggan akhir menginginkan Wi-Fi yang tersedia secara konsisten dan pada harga yang berpatutan," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Wi-Fi cnPilot™ dan sistem pengurusan cnMaestro™ kami menyediakan alat penting untuk MSP menyelaraskan reka bentuk dan pengurusan rangkaian Wi-Fi. Memandangkan MSP menjadi lebih cekap, mereka boleh meningkatkan operasi dan mengembangkan perniagaan sambil menawarkan sambungan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan mereka."

"Ini ialah masa yang tepat bagi MSP untuk menangani peluang besar yang disediakan oleh rangkaian yang tidak terurus," kata Chetan Hebbalae, Pengarah Kanan Pengurusan Produk, Cambium Networks. "Banyak syarikat kecil dan sederhana yang kurang kakitangan IT, dan rangkaian mereka tidak menyaingi teknologi terkini, ancaman keselamatan, atau perkhidmatan canggih. Sistem cnMaestro menyediakan set ciri pengawal bebas yang ideal untuk MSP."

Ciri-ciri MSP cnMaestro termasuk:

  • Peruntukan sentuhan sifar
  • Pemantauan AP dengan imbasan jarak jauh
  • Rakaman paket 2 lapisan AP
  • Pemantauan pelanggan
  • Keupayaan untuk mengelompokkan AP mengikut tapak
  • Pengurusan inventori

Cambium Networks menganjurkan acara penstriman langsung dengan Drew Lentz dan Chetan Hebbalae untuk membentangkan dan mendemonstrasikan penyelesaian MSP yang baharu. Acara percuma pada pukul 10 pagi Waktu Pusat pada hari Rabu, 8 November dan akan diulang pada pukul 9 malam Waktu Pusat. Daftar untuk menghadiri webinar di sini.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubung – Orang Ramai, Tempat dan Benda.  Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diperluas dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi.  Kini, syarikat mempunyai lebih tujuh lima juta radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan, India, Cambium Networks menjual melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com.

HUBUNGI: Sara Black, 1-213-618-1501

Logo: http://mma.prnewswire.com/media/596930/Cambium_Networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services