omniture

Keupayaan Pengilangan Pintar XCMG Percepat Tempoh Pengeluaran 83 Peratus

XCMG
2017-11-10 04:50 496

SHANGHAI, 10 November 2017 /PRNewswire/ -- XCMG, pengilang jentera pembinaan terkemuka dunia, mengumumkan bahawa pencapaian terkini syarikat dalam Pengilangan Pintar (IM) telah meningkatkan kecekapan pengeluaran sebanyak 32.5 peratus dan menurunkan pusing ganti penggunaan tenaga semasa pengeluaran sebanyak 22.2 peratus di subsidiarinya, XCMG Hydraulics. Pengumuman ini dibuat semasa XCMG membentangkan inovasinya yang terkini di Pameran Industri Antarabangsa China (CIIF) ke 19 di Shanghai.

"XCMG Hydraulics kini memiliki 600 buah kelengkapan IM di 12 rangkaian pemasangan termasuk silinder dan injap hidraulik, serta peralatan pergudangan dan logistik," kata Zhang Qingshan, Pengarah Institut Pemprosesan Produk di XCMG Hydraulics.

Beliau menyebut bahawa 90 peratus proses teras XCMG disempurnakan dengan sistem kawalan berangka, yang berjaya mengurangkan kos operasi sebanyak 34.3 peratus, memendekkan kitaran R&D sebanyak 42.3 peratus, mengurangkan kitaran pengeluaran pesanan dari enam ke satu bulan, dan menurunkan kadar produk rosak sebanyak 33.3 peratus.

Di CIIF, XCMG turut membuat demonstrasi sistem pengurusan awan MES generasi baharu yang dibangunkan sendiri, membolehkan syarikat mengamalkan integrasi mendatar bagi rantaian bekalan dan integrasi menegak bagi prosedur operasi, stesen kerja dan kelengkapannya.

Selain keupayaan terasnya dalam mereka bentuk dan membangunkan jentera berat kelas dunia, XCMG telah mempercepatkan pembangunan platform awan tersuai dengan berpegang teguh kepada piawaian emas "Maju dan Bertahan."

Pada tahun 2016, XCMG telah melancarkan XCMG-Cloud, sebuah platform awan industri yang baharu dan sangat inklusif berdasarkan data dan sistem maklumat proprietari XCMG. Projek usahasama ini, dengan kerjasama Aliyun Alibaba, menyatukan internet, perkomputeran awan dan pengilangan dalam satu hab.

XCMG juga membangunkan bengkel pintar dan platform IoT (Internet Komunikasi Benda), mengukuhkan kedudukan teratas dalam menghadapi gelombang semasa transformasi industri.

"Dunia pengilangan sedang menghadapi perubahan yang signifikan, dan industri pengilangan harus menyesuaikan diri dengan trend pembinaan yang baharu. IM menyediakan peluang-peluang baharu yang dapat membantu XCMG dalam era Internet," kata Wang Min, pengerusi XCMG.

Latar Belakang XCMG

XCMG merupakan sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional dengan 74 tahun pengalaman. Ia kini disenaraikan pada tangga ketujuh di dunia dalam industri jentera pembinaan. Syarikat ini mengeksport kepada lebih 177 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau laman web XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

 

Source: XCMG
Keywords: Auto Internet Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals